Showing posts with label Nasi Arab. Show all posts
Showing posts with label Nasi Arab. Show all posts

Sunday, February 1

Tempat Makan Best : Nasi Arab Damsyik Best @ Senawang Negeri Sembilan

Salam ...

Nasi Arab. Nasi Arab. Lagi lagi Nasi Arab :p Husband BW ni ha suka sangat nasi arab. Jauh ni Senawang pu la tu. Tapi bukan lah datang semata-mata nak makan nasi arab :) kami singgah on the way ke Kuala Pilah.

Biasa kalau makan nasi arab kami pergi malam. Tapi sebab ni on the way, so lunch la nampaknya. Kami order dua set je, satu ayam, satu kambing. Nasi arab damsyik ni dihidangkan bersama salad timun, sambal dan yogurt.

 Wahid set - ayam. Nama je wahid, tapi untuk makan dua orang tau ;) Menu BW share dengan my dotter.

Thursday, January 22

Tempat Makan Best : Nasi Arab @ Sultan Restaurant Cyberjaya

Selamat Pagi ...

Makan nasi arab je, terasa nak review. Kalau restoran yang biasa pergi, cam restoran melayu; nasi campur ataupun restoran thai; tomyam, takde mood pula nak review sebab ramai orang dan panas, so takde mood nak snap gambar :p

Kat Cyberjaya ni, restaurant nasi arab yang famous, restaurant Saba. Restoran Saba memang ramai orang, nak snap gambar pun rasa segan. Dah 10 kali kot asyik pergi Saba, kali ni kami tukar selera pula.

Kami ke Sultan Restaurant. Dari luar nampak macam restoran mewah. Kami datang malam, so lampu-lampu dia kot menyebabkan restoran nampak cam mewah. Sebab nak cuba kami masuk juga.

 Nasi Mandi dengan Beef kebab. Nasi mandi lembut dan wangi. Beef kebab tu best sangat, rempah dia tak terlalu kuat, anak pun suka. Dihidangkan bersama salad timun, limau dan mayonese. Ni BW share dengan si kakak.

Monday, October 21

Tempat Makan Best : Nasi Arab Best Cyberjaya. Saba VS Sana'a VS Mr Kabab

Selamat Pagi ...  (Malam tadi nyer entri tapi baru publish :)


Dah 12.30am dah pun tapi mata tak boleh nak lelap pulak. So apa lagi... moh kite berbelogging :)

Entry kali ni nak review pasal nasi arab area cyberjaya. So far, area cyber ni BW pernah pergi 3 restoran je Saba , Sana'a dgn Mr Kabab & Briyani. Saba dah pergi 5 kali & Sana'a dah pergi dua kali dah. Mr Kabab baru pergi sekali je.

BTW, BW sebelum ni tak la plan nak jadi blogger food review (blogger la sgt :p) so takde la nak tangkap gambar makanan bagai. Kalau ada pun tangkap gambar family seronok-seronok je time tunggu makanan sampai.Yang ada gambar Mr Kabab & Briyani, yo la baru je pergi kan, tu pun tangkap guna henpon je.


Friday, October 18

Tempat Makan Best : Nasi Arab @ Mr Kabab & Briyani Cyberjaya

Salam Jumaat Semua ...

Mesti seronok sebab besok nak cuti :) Hari ni BW nak review restoran Mr Kabab & Briyani. Restoran nasi arab dan makanan pakistani. Restoran ni cawangan cyberjaya yer, 1 lot kedai je. Yang main nya ada kat Putrajaya, 3 lot kedai tu, area Mydin. Tapi yang dekat Putrajaya tu just tengok je belum cuba pun :p

Restoran Mr Kabab cyberjaya ni sangat la cantik kalau datang waktu malam. Penuh dengan lampu-lampu yang cantik. My dotter cakap "wow! cantiknya. yeay! yeay! nak makan kat sini". Serius memang cantik dan nampak eksklusif bahagian luar and dalam. Bahagian dalam ada air-cond yer sesuai la kalau bawa anak-anak.

 Meja makan pun guna meja kayu ekslusif, bukan kerusi plastik bagai yer :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...