Selamat Pagi ...
Korang tahu kewujudan Zoo Johor tak? :p Tak famous Zoo Johor ni. Kalau korang pernah pergi jb, korang mesti pernah nampak zoo johor ni bila lalu nak ke Masjid Sultan Abu Bakar. Nampak macam tak ada apa je dari luar. Tapi don't judge a book by it's cover tau.
Zoo Johor merupakan zoo yang paling murah didunia, sebab harga tiket masuk terkini, RM2 untuk dewasa RM1 untuk kanak-kanak. Murah giler kot, boleh pergi banyak kali, haha. Kalau mat salleh pergi ni, convert duit diorang, bape sen sangat lah. Tapi jangan underestimate dengan harga tiketnya yang murah tu kay.
Zoo Johor ni bersih terjaga. Walaupun zoo nya tak berapa nak luas tapi dalam tu complete dengan pelbagai haiwan, ada singa, harimau, unta, buaya, rusa, orang utan bagai. Dari haiwan kecil sampai haiwan besar, macam-macam ada.
Jom Layan ...
Badak Air. Time kami pergi gerimis, my nephew tu pakai penutup kepala segera :p