Wednesday, February 19

Resepi Mudah Makaroni Bakar / Baked Macaroni


Resepi yang sangat mudah dan disukai anak-anak. Actually kalau tak bakar pun, siap masak terus makan dah memang menjadi rebutan anak-anak tau :)

Makaroni bakar, yummy ;)


Bahan-Bahan;

- 1/2 Pack Makaroni (Direbus)
- 1 Botol Sos Spaghetti (Saiz Medium)
- 1 Tin Cendawan Butang (Dihiris)
- 300g Daging Cincang
- 1 Ulas Bawang Putih (Dicincang)
- 1/2 Potong Bawang Holand (Dicincang)
- 3 Sudu Minyak Masak
- Sedikit Garam
- Sedikit Mix Herb (Jika Ada)
- 3 Sudu Cheddar Cheese (Disagat)

Cara-Cara;

1. Daging cincang dicuci kemudian ditapis untuk buang darahnya.
2. Goreng daging cincang tanpa minyak sehingga garing kemudian ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bawang holand dan bawang putih sehingga naik bau.
4. Masuk cendawan yang dicincang dan daging yang digoreng, gaulkan.
5. Masukkan sos spaghetti, mix herb dan garam kemudian gaul sehingga didih.
6. Tutup api dan masukkan makaroni yang telah direbus, gaul sebati.
7. Masukkan kedalam loyang dan taburkan cheddar cheese di atasnya.
8. Bakar selama 30 minit pada suhu 200 darjah celcius.

Tips Tambahan;

1. Jangan masukkan banyak sangat bahan seperti carrot, tomato dan sebagainya kerana ianya akan mengubah keaslian rasa sos spaghetti.
2. Boleh digantikan dengan daging burger, tetapi ia akan mengubah rasa sos.
3. Gunakan minyak zaitun jika ada, lebih sihat.
4. Boleh dimakan begitu sahaja setelah selesai digaul, tanpa tabur cheese dan tanpa bakar.

Dalam gambar hanya tinggal seloyang kecil je untuk dibakar. Makaroni memang menjadi kesukaan anak-anak. Bukan sahaja makaroni bolognese atau makaroni bakar ni yang menjadi rebutan, makaroni goreng dan makaroni sup pun anak-anak suka sangat :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

28 comments:

  1. nak try jugak nie..dah lama nak buat...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. try la.. bukan anak je suka, suami pun suka juga ;)

      Delete
  3. Replies
    1. bukan nampak je... memang sedap. haha :p

      Delete
    2. saya boleh nampak je la.. nk rasa x sampai.. hehehe

      Delete
  4. how i wish u r my neighbour...
    hahah... senang nak p belajar masak ...

    ReplyDelete
  5. kalau kita nk order je boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ... tak ambil order la huda. sebab nak masak side dish ni kena ikut mood anak-anak, bukan boleh masak ikut order :p

      Delete
  6. maksud saya - order yang berbayar lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lah ada masa nak buat bisnes kan best ... tapi tak ambil order la huda. sorry :)

      Delete
    2. buat pertama kalinya ada orang nak order ... nak verangan buat bisnes baking bagai bila anak-anak semua dah besar nantilah :)

      Delete
  7. Mudahnyerrr.... saya tgh buat ni.... xsabar nak rasa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah jer buat makaroni bakar ni. kalau nak sedap lebihkan cheese. yummeh... ni tengah bakar ke? mesti tak sabar nak rasa lah kan kalau dah keluar bau dia :)

      Delete
  8. Mudahnyerrr.... saya tgh buat ni.... xsabar nak rasa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah jer buat makaroni bakar ni. kalau nak sedap lebihkan cheese. yummeh... ni tengah bakar ke? mesti tak sabar nak rasa lah kan kalau dah keluar bau dia :)

      Delete
  9. Memang saya lebihkan cheese. Licin dah.... abah saya pun suka. Terkejut juga. Hihihihi.... boleh buat lagi nnti. Anyway thanks for the recepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh mesti sedap ni kalau abah pun suka ... biasa orang tua-tua tak minat makanan macam ni kan. pasni boleh buat lagi yer. sama-sama :)

      Delete
    2. Tula, tok saya pun suka. Hihihihi... Tok suh buat lagi. Nk kena pi cri brg la ni...

      Delete
    3. Tula, tok saya pun suka. Hihihihi... Tok suh buat lagi. Nk kena pi cri brg la ni...

      Delete
    4. tok pun suka? terbaiklah, selera western tu ... seronok masak bila semua orang suka masakan kita kan :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...