Monday, December 8

Resepi Mudah Pancake. Sedap & Ringkas

Selamat Pagi ...

Nak share resepi pancake yang mudah dan ringkas. Sesuai untuk breakfast dan minum petang serta supper.

 Pancake dimakan bersama butter dan susu pekat. Nyum~

Bahan-Bahan;

- 2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Bji telur Gred A
- 5 Scoop Susu Tepung
- 5 Sudu Butter Cair
- Air Secukupnya.

Cara-Cara;

1. Masukkan semua bahan kedalam bekas dan bancuh sehingga menjadi adunan seperti adunan kek.
2. Panaskan tempat bakar, tuang adunan sebanyak satu scoop senduk kecil. Bakar dengan api perlahan.
3. Sekiranya buih-buih sudah timbul, terbalikkan pancake dan bakar seketika lagi sehingga masak.

 Buih-buih akan timbul dan tepung nampak seperti separuh masak. Bolehlah diterbalikkan time ni.

Pancake ku tak berapa cantik, sebab tak guna pan :p Jemput minum semua ;)~

Tahu tak, dengan tambah yis dan perap seketika, adunan ni dah boleh buat jadi apam balik. Klik Sini untuk Resepi Mudah Apam Balik Gebu

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

24 comments:

  1. mmg mudah buat pancake... hehe... sy pun suka buat..

    ReplyDelete
  2. tepun naik sendiri tu yg pankek naik cantik jer kan ...

    ReplyDelete
  3. Terbayang-bayang makan pancake dengan madu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan.. makan dengan maple syrup lagi sedap :)

      Delete
  4. Letak butter and honey..... sedap gilossss

    ReplyDelete
  5. asalamualaikum..bw..tahu tak cara nak buat button follow..sebab ada 3 rakan blog email yan ..katanya xdapat cari button follow..maaf yer..susahkan bw..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam... nanti free, buatkan tutorial yer :)

      Delete
  6. salam....pancake ni susu tepung tu blh tak ganti susu pekat.sbb sy tak minum sus tepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... boleh je. susu pekat boleh. susu sejat boleh. susu segar lagi bagus :)

      Delete
  7. Replies
    1. senang kan? ayah pun boleh buat untuk anak-anak ni :)

      Delete
  8. terliur tgk pancake ni.. senang dan cepat masak :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...