Monday, December 15

Review Joy Oh Joy. Saiz Kecil Harga Besar. Pilih ke Tidak?

Selamat Pagi ...

Hari ni nak review satu product pencuci pinggan yang kerap keluar kat iklan TV lately ni. Pencuci pinggan JOY. First time beli ni tau, selama ni tak teringin pun nak beli sebab rasa macam mahal. Kali ni terbeli ;) ...

 Kiut Miut je Joy ni. Tapi harga lebih kurang dengan Glo & Sunlight.


Normally, BW guna sama ada Glo ataupun Sunlight. So, review Joy ni, dicomparekan dengan Glo dan Sunlight la.

First sekali nak compare harga la kan. Harga Joy sebotol, kuantiti 250ml lebih kurang je dengan harga Glo dan Sunlight sebotol, 1000ml tu. So, maknanya mahal 3-4 kali ganda la kan.

Dari segi kualiti pula, kalau nak compare dengan Glo dan Sunlight, power 2 kali ganda aje la. Dekat botol dia tulis setitik joy, sama dengan 5 titik pencuci pinggan tradisional. Maybe dia compare dengan pencuci cap ayam kot, pencuci yang bubuh banyak pun susah nak berbuih tu. Kalau nak cuci botol susu, atau pinggan mangkuk plastik, joy better la, sebab guna sikit pun boleh hilangkan kesan susu dan kesan minyak. Kalau Glo dan Sunlight kena guna sampai berbuih, pastu nanti ada pula bau sabun.

Joy ni sebotol kecil, kalau kita guna, setelah berjimat cermat pun boleh tahan dalam 4 minggu. Kalau Glo atau Sunlight, boleh guna dalam 6 minggu, tanpa perlu berjimat sangat la bila picit. So, kesimpulannya Joy ni harga je 3-4 kali ganda tapi power 2 kali ganda aje kalau compare dengan Glo dan Sunlight :p

So, pilih ke tidak? BW tidak pilih la. Beli sekadar nak cuba. Lebih prefer cuci dengan buih-buih. Kalau guna Joy, nak berbuih kena letak banyak, alamatnya sebotol boleh guna 2 minggu aje la. Macam tak berbaloi je harganya. Hehe. Jujur kan. Sebab ni bukan la review berbayar, so, review dengan jujur la kot ;)

Klik Sini untuk lihat Product Review yang lain.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

24 comments:

  1. sama.. sy pun guna glow... cara nk guna joy ni cerewet sikit.. tak boleh buat air sabun...sbb nnt tak berkesan... kena titik pada span basah..lpas tu basuh... aihh..letih la cmtu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. tak syok la tak berbuih sangat ;p

      Delete
  2. assalamualaikum...

    hahaha...kelakar statement ne:

    "Sebab ni bukan la review berbayar, so, review dengan jujur la kot ;)"

    so review berbayar yang bnyk blogger2 glammer bagi tu... boleh tak kita assume macam tipu n goreng jer lebih... silap2 dia tak cuba pun... theeee ;-)


    btw sis, saya ada 4 lagi voucher photobook size 8.5*11" yang tak buat...if u want, saya jual kt sis jer. dan ada satu "Introductory Offer for 12R Photo Print with Frame (Vocuher worth RM39"... saya beli photo print with frame ne RM19 kot haritu...tapi tak termasuk postage...

    if u want?

    sbb saya x sempat buat...
    hihihi...

    nnt emel ea : reallife.nhhas@gmail.com

    p/s : sis betul2 xder whatssappss ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. review berbayar haruslah puji melangit, kang tak dapat payment lak. hehe :p

      sekarang ada promo Cool Image Wrap: 11'' x 8'' Portrait RM42, tapi nak order, kena ada P-Code. berminat sangat dengan yg ni. banyak gambar potrait.

      yg 8.5 X 11 tu lanscape la pulak. erm, photo print lak, malas nak susun nanti. nway, thanks for your offer nhhas :)

      nanti kalau tetiba rasa nak yg 8.5 X 11 tu, will email nhhas kay :)

      Delete
  3. utk cuci pinggan mangkuk jer . membazir rasanya klu beli yg mahal kecuali duit dah berkepok tak tau nak buat apa kan ... ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. golongan marhain cam kita ni.. glo ke sunlight ke dah cun sangat dah kan :)

      Delete
  4. Replies
    1. tu la, test power sat.. ingatkan power 5 kali ganda :p

      Delete
  5. kalau pekat sangat nanti rosak tangan.. kalau cair sangat rugi pulaakkkk..dilema pencuci pinggan mangkuk LOL

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok brand kot, macam sunlight semua ni wpun pekat tapi tak rosak tangan. kalau cair pulak tak feel nak mencuci ... dilema pengguna juga :)

      Delete
  6. yan guna sunlight jer...minyak2 cepat hapus... :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasni guna yg biasa la, glo dan sunlight :)

      Delete
  7. Asalkan produk tu worth for money kita beli je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze... tapi nampaknya joy tak worth for money ;p

      Delete
  8. Saya guna sunlight ja sebab dah biasa. Sekarang pakai Dish wash sama.

    ReplyDelete
  9. hehe.. kita prefer yang murah je.. asal pinggan cuci OK aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. asalkan pinggan bersih, tangan tak rosak kan :)

      Delete
  10. macam mak saya..dia lebih suka yang berbuih..katanya lagi puas membasuh hehe

    ReplyDelete
  11. mahal nya.. kalau ina pun ina pilih glo n sunlight jugak.. kat rumah nenek ina pakai glo.. boleh tahan bersihnya n tahan lama.. tu yang ina suka tu hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... memang mahal. saje nak mencuba ke'poweran'nya ;)

      Delete
  12. org kaya boleh la.. skrg semua brg kena compare sbb nak jimat. dh biasa guna sunlight. kalau basuh pinggan kena tuang air panas utk hilangkan minyak tu dulu baru boleh sental :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, maybe target cutomer dia org kaya kot ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...