Pages

Wednesday, July 8

Berhenti Tanam Cendawan Sendiri Di Rumah

Salam ...

Ingat tak dulu BW pernah cerita pasal tanam cendawan sendiri dirumah? Klik Sini. Sepatutnya setiap bongkah boleh mengeluarkan 10 kali hasil cendawan. Tapi ...
tanam cendawan tiram sendiri dirumah
Tanam Cendawan Tiram Sendiri Di Rumah. Cara-Cara Tanam Dan Penjagaan Cendawan Tiram
 Ni hasil pemerapan ke-empat, tumbuh subur dibelakang sebab bocor.
Kat bahagian depan tumbuh juga tapi kurang subur.
tanam cendawan tiram sendiri dirumah
Bila petik hasil cendawan pertama excited sungguh, Klik Sini. Lepas tu kurang excited, pemerapan kedua tak jadi sebab diserang semut dan pemerapan ketiga cendawan keluar belakang bongkah, Klik Sini.
tanam cendawan tiram sendiri dirumah
Kali ni nak cerita hasil pemerapan keempat. Pun keluar subur dibelakang bongkah. Kat bahagian depan tempat sepatutnya cendawan keluar, tak berapa nak subur. Kali ni BW biar aje, just lembapkan kain sekali sahaja. Nampak tak gambar diatas tu? Kulat pun dah nampak dah kat lantai area belakang bongkah.
tanam cendawan tiram sendiri dirumah
Tanam Cendawan Tiram Sendiri Di Rumah. Cara-Cara Tanam Dan Penjagaan Cendawan Tiram
 Ni bila dah petik. Boleh la dapat sepinggan aje semuanya :)
tanam cendawan tiram sendiri dirumah
Kepada yang teringin nak berekperimen tanam cendawan sendiri boleh la refer entri cara-cara tanam cendawan, Klik Sini. Atau Klik Sini untuk semua entri berkaitan tanam cendawan sendiri dirumah. Perkara penting yang perlu ada bila nak tanam cendawan ni adalah kesabaran dan kesungguhan.
tanam cendawan tiram sendiri dirumah
Tanam Cendawan Tiram Sendiri Di Rumah. Cara-Cara Tanam Dan Penjagaan Cendawan Tiram
Ni pula untuk kali kelima. Actually yang ni BW tak perap pun.
Penuh kulat kat lantai, ni bahagian depan bongkah pula.
tanam cendawan tiram sendiri dirumah
Kali kelima ni cendawan keluar kat depan. Padahal tak perap pun. Untuk perap kena tutup dengan stopper selama seminggu, Klik Sini. Yang ni memang BW biarkan terbiar terus, nak tengok apa jadi sebelum buang bongkah cendawan. Kain tu sekali pun tak lembapkan, memang terbiar la. Last-last bila usyar, alamak, penuh kulat kat lantai, yang best tu still mengeluarkan hasil, tapi sebab dah lama terbiar, hasil cendawan dah kecut :p
tanam cendawan tiram sendiri dirumah
Nampak sangat BW ni hangat hangat taik ayam aje kan. Mula-mula excited lepas tu terbiar jer. Confirm gagal ni kalau jadi pengusaha cendawan ;)
tanam cendawan tiram sendiri dirumah
Selamat tinggal bongkah cendawan. Bye bye :(
tanam cendawan tiram sendiri dirumah
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
tanam cendawan tiram sendiri dirumah

22 comments:

  1. tapi kira hebat juga tu sbb ber eksperimen sampai 5x kan, apa apa pun tahniah buat diri sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu ... nak tengok gak, betul ke boleh keluarkan hasil 10 kali nak kata penjual bongkah :)

      Delete
  2. nampak macam senang kan tanam cendawan macam tu... Nak makan pon tinggal petik je... he he he...

    ReplyDelete
  3. peluang jana pendapatan tiap hari.. modal rm30. http://www.baiduri4u.com/isszybis

    ReplyDelete
  4. bagusnya..puas hati tanam sendiri dn tuai hasil..dpt mkn bnyk2:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... seronok nak tuai. tapi tak dapat nak makan banyak sebab bukan semua bongkah keluarkan hasil dalam satu masa :)

      Delete
  5. bagusnya..puas hati tanam sendiri dn tuai hasil..dpt mkn bnyk2:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... seronok nak tuai. tapi tak dapat nak makan banyak sebab bukan semua bongkah keluarkan hasil dalam satu masa :)

      Delete
  6. nampaknya kalau nk mkn pergi pasar lah ye lepas ni

    ReplyDelete
  7. macam2 la cendawan ni.. bila jaga xnk keluar pulak. haih main2.
    bila jd petani kena banyak bersabar la BW.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann ... ingatkan senang. memang tak layak la jadi petani macam ni :p tabik spring buat semua petani la

      Delete
  8. Kita buat jugak, tp alhamdulillah sgt subur n fresh.. mungkin sis kurang spray air kot... sbb dia mmg kena byk spray air atas dia, mmg kena lapik paper tepi2, sbb nnti dia akan jatuh benda putih2 mcm debunga dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... kalau rajin memang akan subur dan fresh :)

      saya tak ada masa sebenarnya nak gadap cendawan ni ... sajer suka-suka. tu pasal letak kain lembap ... bila terlupa kain lembap pun jadi kering hehe :p

      Delete
  9. tq sis for the info,bru nak try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ... klik label tanam cendawan untuk semua entry yang berkaitan cendawan kay :)

      Delete
  10. Tanam sejak sebelum puasa lagi..10 bongkah jerrr....blh kata 2 hari sekali boleh petik hasil(satu bongkah akan keluar 4 hari sekali)...selalu goreng celup tepung kfc tu lah..best mcm ayam isinya

    ReplyDelete
  11. Sapa yg berminat blh wasap.my/60179041946...kami blh ajar n bagi tips

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)