Last time dah cerita pasal Misi Menanam Cendawan, Cara Buat Rumah Cendawan & Cara-Cara Penjagaan Bongkah Cendawan. Kali ni nak cerita pasal cendawan telah berputik & hasil tuaian pertama cendawanku :)
Setelah kita perap bongkah cendawan selama seminggu, kita buka stopper dan tunggu cendawan keluar. So, kiraan hari dibawah ni adalah setelah stopper dibuka.
Hari ke-empat, botol ketiga telah mula berputik.
Hari ke-lima, botol pertama dan kedua pun dah keluar cendawan. Botol ketiga pula dah keluar tiga kuntum cendawan. Kuntum ke keping? :)
Hari ke-enam, cendawan dah membesar dan segar.
Hari ke-enam, botol keempat dan kelima dijangkiti kulat sebab tu tak tumbuh cendawan. Cendawan pun sejenis kulat, so ini adalah kulat yang dijangkiti kulat ;p Korek kulat menggunakan batang sudu, kemudian tutup dengan stopper.
Hari ke-tujuh. Cendawan teroverdose kembangnya, dah nampak macam cendawan tua. Actually masa yang sesuai nak petik adalah hari ke-enam.
Hari ke-tujuh, cendawan dipetik dan korek akarnya. Korek sampai tanah di mulut botol jadi bersih. Lepas tu tutup dengan stopper dan perap lagi seminggu.
Inilah hasil dari bongkah ketiga, tiga kuntum cendawan. Sebesar tapak tangan tau ;)
Hasil tuaian pertama cendawanku. Boleh ler dapat semangkuk sup untuk seorang :p
Seronok rasanya bila tengok cendawan berputik dan membesar. Lagi seronok bila memetiknya. Cendawan segar rasanya lebih manis tau berbanding cendawan dalam pack. Kalau korang nak cuba cendawan segar, tapi malas nak tanam cendawan sendiri, bolehlah beli di mana-mana bangsal cendawan kay.
Dari mula kita beli bongkah cendawan sehinggalah cendawan boleh dipetik, ambil masa selama dua minggu gak tau. Kena banyak bersabar yer. Selepas kita dah tuai semuanya, kita tutup dengan stopper dan tunggu lagi seminggu. Nanti BW akan review hasil tuaian kedua pula kay. Bak kata peniaga bongkah cendawan, setiap bongkah boleh mengeluarkan cendawan 8-10 kali. Erm, boleh ke? ;)
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
wah,dan berhasil mpknyer..mesti seronok n bersemangat nk masak cendawan tuaian sendiri...huhuhu
ReplyDeleteactually tak masak pun, sebab sikit sangat, pastu macam dah tua sikit :p tapi memang seronok bila tengok dan petik :)
Deleteseronoknya...mana nak dapatkan bongkah cendawan ni?
ReplyDeleteseronok seronok seronok :) beli kat cendawan tiram puchong
DeleteAlhamdulillah..menjadi jg cendawan bw. Sedap kan mkn cendawan hasil tgn sendiri :)
ReplyDeletehehe... tak masak pun. tapi dulu time beli bongkah, beli sekali cendawan segar kat bangsal cendawan tu, tu yang tahu rasa cendawan segar memang jauh lagi sedap dari yang pack, manis aje :)
Deletewaaaahhhh nice....
ReplyDeletebak mai sikit ....
alamak. cendawan tu dah memang sikit. hehe. mai tengok gambar aje lah :p
Deleteseronoknya hati bila tengok apa yg kita tanam mengeluarkan hasil..hehe
ReplyDeletebetul tu memang seronok, tapi ni tak tanam pun, just jaga ajer :)
DeleteSeronoknye!!..kat puchong area mana ye?saya tinggal di kinrara.
ReplyDeletekampung aman puchong. alamat boleh search cendawan tiram puchong. boleh la beli kat sana yer :)
Delete