Pages

Tuesday, July 7

Resepi Mudah Biskut Raya Nestum Sukatan Cawan

Salam ...

Last time dah bagi resepi biskut raya coklat rice, Klik Sini. Kali ni nak share resepi biskut raya nestum pula. Kalau korang dah pernah buat doh biskut, mudah aje nak buat rasa apa pun, just ejas-ejas je :)
biskut nestum sedap rangup
Resepi Mudah Biskut Raya Nestum Sukatan Cawan. Cara Buat Biskut Nestum Sedap Rangup Senang
Biskut nestum yang wangi dan rangup :)
biskut nestum sedap rangup
Actually BW kalau buat biskut, sukatan sama, just adjust certain bahan aje. So, resepi ni sama jga macam resepi bikut coklat rice, cuma ditambah nestum. Klik Sini untuk resepi asas biskut yang BW sentiasa guna :)
biskut nestum sedap rangup
Resepi Mudah Biskut Raya Nestum Sukatan Cawan. Cara Buat Biskut Nestum Sedap Rangup Senang
Susun dalam loyang yang telah digris.
(Abaikan sedikit coklat rice tu, sebab buat guna bekas yang sama selepas buat biskut coklat rice :)
biskut nestum sedap rangup
Bahan-Bahan;
biskut nestum sedap rangup
- 1 Buku Buttercup (250g)
- 1 1/4 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1 Cawan Nestum
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
biskut nestum sedap rangup
Cara-Cara;
biskut nestum sedap rangup
1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot ;)
2. Masukkan esen vanilla, semua tepung, nestum dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
3. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
4. Rollkan doh dan tekan menggunakan acuan.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
biskut nestum sedap rangup
Klik Sini untuk resepi asas doh biskut dan tips tambahan.
biskut nestum sedap rangup
Resepi Mudah Biskut Raya Nestum Sukatan Cawan. Cara Buat Biskut Nestum Sedap Rangup Senang
 Bila dah siap bakar nampak rangup :)
biskut nestum sedap rangup
Resepi Mudah Biskut Raya Nestum Sukatan Cawan. Cara Buat Biskut Nestum Sedap Rangup Senang
 Kalau tak guna kertas minyak, memang agak melekat diloyang, so keluarkan guna spatula kek yer, kalau guna sudu kena la slow-slow takut hancur.
biskut nestum sedap rangup
Selamat Mencuba!
biskut nestum sedap rangup
Entri Berkaitan;
biskut nestum sedap rangup
1. Resepi Asas Doh Biskut Raya
2. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Kek Simple & Senang
biskut nestum sedap rangup
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
biskut nestum sedap rangup

40 comments:

  1. Anak2 suka biskut ni..sedapnye..
    Dah siap byk kuih ke BW?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak sy pun suka makan biskut, especially yg baru keluar oven :) ... baru dua tiga jenis untuk makan sendiri aje, nak bawa balik kampung belum buat lagi :)

      Delete
  2. wahhh! dah start sekut raya laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... semangat biskut untuk makan lepas berbuka ni namanya :)

      Delete
  3. Bestnya! macam teringin nak cuba.
    Satu buku buttercup tu yang seketul besar tu ek?
    Sebuku sekali gus untuk satu adunan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan, yang kecil 250gram je ... sat nak update :)

      Delete
  4. Replies
    1. wahh mesti satu kampung terpegun ... kalau anak bujang bawa balik biskut raya hasil tangan sendiri :)

      Delete
  5. biscuit nestum....bebudak suka nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... anak-anak suka. lagipun senang nak buat :)

      Delete
    2. Hai kak JM.
      Jalan-jalan cari resipi biskut nestum..at last jumpe SS, Zumal.. Kat sini jugak. Hehe..

      Delete
    3. ramai kenalan nazeck kat sini yer :)

      Delete
  6. rajin BW sebab anak2 suka.. nina pun dh siap bakar 6 jenis.
    tinggal nk buat kerepek2 jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... seronok buat bila anak-anak suka makan :)

      wahhh ... lagi banyak, 6 jenis dah siap. awat tak blogging? nanti banyak dapat hits ;)

      Delete
  7. sedap sangat.. bolehkah nestum diganti oat? tq

    taboo princess

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat ... nestum kalau ganti dengan oat lebih sihat biskut tu :)

      Delete
  8. boleh x mentega gnti dgn minyak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ... kalau guna minyak jagung, pukul minyak dengan telur hingga kembang dulu baru masukkan gula dan pukul lagi. anggaran dalam satu cawan minyak. nanti tepung last sekali masuk sikit-sikit tau takut keras.

      tapi kan, biskut guna minyak kurang sedap dan kurang wangi. boleh jer kalau nak cuba :)

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Kalu guna tepung putih lg halus gantikan tepung naik sendiri...baking powder pun kna tambah ke klu guna tepung putih lg halus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepung putih tu tepung gandum bleach ke? ... kalau guna tepung gandum sahaja memang kena tambah sedikit baking powder lah :)

      Delete
  11. Kalu guna tepung putih lg halus gantikan tepung naik sendiri...baking powder pun kna tambah ke klu guna tepung putih lg halus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepung putih tu tepung gandum bleach ke? ... kalau guna tepung gandum sahaja memang kena tambah sedikit baking powder lah :)

      Delete
  12. Insya Allah .. nak cuba buat hari ni ... harap2 menjadi .. akak, api bawah jer kan ??! Ke atas bawah??! Sy guna oven kecik jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Api atas bawah ... suhu dan masa tu ikut oven masing-masing tau :)

      Delete
  13. Kak, kalau pakai tepung naik sendiri perlu baking powder lg ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak nak letak baking powder, lebihkan sedikit tepung naik sendiri tu :)

      Delete
  14. Waahh semalam dah buat 10 balang conflakes madu ikut resepi akak. Mmg menjadi dan sedap sangat rasa. Lps ni smgt nak buat biskut nestum hehe

    ReplyDelete
  15. Dlm resepi xde pon tulis telor. Hmm

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya telur memang tak ada dalam resipi ni.. sebab kalau tengok resepi asas dia telur optional sebijik kalau nak letak :-)

    ReplyDelete
  17. Terimakasih ya resepi yang ringkas .. <3

    ReplyDelete
  18. Boleh guna majerin x gantikan buttercup tu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)