Ada sesiapa kat sini teringin nak jadi pengusaha cendawan tak? Sebelum beli pelbagai alatan yang mahal tu, korang test dulu tau dirumah. Sebab tanam cendawan ni perlukan kesabaran dan minat yang mendalam. Janganlah selepas pergi kursus terus berkobar-kobar beli alatan itu ini. Nanti hangat-hangat tahi ayam :p
Untuk misi pertama tanam cendawan ni, BW just beli 5 bongkah sahaja.
Nanti kalau menjadi boleh la difikirkan nak beli lebih ke tidak ;)
Tanam cendawan ke ternak cendawan? Kalau tanam, start dari biji benih. Yang ni, BW beli bongkah cendawan matang yang siap dengan biji benih dan baja. Kalau ternak, kena bagi makan bagai. Yang ni, just letak kain lembap je kat atas dia. Bila dah keluar cendawan nanti, kena harvest la dengan cara petik. So, ternak ke tanam? Erm, tanam ternak manja-manja gitew kot :)
Setiap bongkah yang dibeli, akan diberi stopper.
Actually tak ada la niat nak jadi pengusaha cendawan ke apa. Sebab anak-anak suka makan cendawan, teringin juga nak tanam sendiri. Lagipun BW memang suka berexperimen :)
Bongkah cendawan matang ni BW beli dari Cendawan Tiram Puchong. So, kepada sesiapa yang teringin nak tanam cendawan dirumah, rumah lak tak jauh mana dengan lokasi pembekal cendawan ni, boleh dapatkan disana yer. Murah je kay, RM2 untuk sebongkah. Kalau beli banyak, kuantiti ratus-ratus bongkah, boleh la dapat RM1.40 sebongkah.
Ambil masa lama tau nak tunggu sampai keluar cendawan. Nanti bila dah keluar cendawannya, BW review kay. Kalau tak keluar pun review juga :p Sebab tak sure la keluar ke tidak kan. Kalau ikut kata staff yang jual tu, satu bongkah boleh keluarkan 8-10 kali cendawan tau. Ok, kita tunggu dan lihat :)
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
wow syoknya...lps ni nak mkn cendawan petik je dari pokok..fresh gitu
ReplyDeletekan.. syok je. tapi tak sure keluar cendawan ke tak ni :)
Deleteasalam nak tnya cendawan ni bole tanam dlm umah ker macam mana . nak kena aircond ker idak? umah flat tapi minat nak cuba buat makan sndri . wasalam
Deletewassalam ... saya tanam bawah sinki jer. asalkan tempat tak kena cahaya matahari, tapi pengudaraan baik dah ok.
Deleteklik pada label "tanam cendawan" semua info berkaitan ada saya share :)
baru minggu lepas tgk kat tv2 cara tanam cendawan ni . bila dah putik , ambik masa 4 jam klu x salah utk membesar ... klu salah . sila maafkan saya ya ... blh mkn mentah je kat situ sbb pengusahanya x letak baja kimia ...
ReplyDeletesyokkan bila tengok kat tv, tu yg nak try. eh.. bukan 4 jam ... 4 hari kot. yups boleh makan macam tu aje. kalau tanam kat rumah pun mana ada nak sembur baja bagai, biar aje :)
Deletenanti bila dh keluar hasil BW share la :)
ReplyDeleteok.. will share. keluar ke tak keluar ke,pun nak share :)
DeleteHaha 4 jam zombie vs plants
ReplyDelete??? main game sambil tanam cendawan ke apa ni??? :)
DeleteHaha 4 jam zombie vs plants
ReplyDelete??? main game sambil tanam cendawan ke apa ni??? :)
Deleteboleh beri no tel tempat di mana kita nak beli bongkah cendawan?
ReplyDeletealamak tak save pula nombor tu ... boleh cari di cendawanpuchong.blogspot.com
Delete