Thursday, October 31

Kiamat Pasti Datang. Kemunculan Imam Mahdi Semakin Dekat

Assalamualaikum ...

Apa khabar semua viewer buatwanita.blogspot.com? Harap semuanya sihat wal-afiat. Lamanya BW tak post apa-apa cerita dalam blog ni. Teramat lah lama, setahun setengah dah.

Semangat berblogging semakin pudar bila mengandung anak ke-4. Time tu masih lagi blogging nak luahkan rasa takut nak kena caeser @ c-sect. Almaklumlah caeser yang pertama. Lepas tu busy jaga anak, ngandung lagi, VBAC pula. Then, ngandung lagi dan caeser lagi. Harap ni caeser yang terakhir lah. Scary tau. Cukup rezeki setakat ini. Sekarang nak focus besarkan anak-anak pula. Still tak berapa ada masa nak berblogging macam dulu.

Berbaitlah kepada Imam Mahdi bila tiba masanya.

Lagipun kita berada di penghujung fasa ke-4. Niat asal berblogging nak sharing resepi dengan semua walaupun diri sendiri pun masih amatur bab memasak baking bagai ni. Tapi bila fikir semua ni akan berakhir, memang hilang rasa mood nak berblogging. Oklah panjang pula intro.

BW pun bukanlah arif bab-bab agama ni. Just nak sharing sikit info jer. Nak tau lebih kena tonton video kay. Kemunculan Imam Mahdi dah semakin dekat. Tanda-tanda kecil kiamat dah terlampau banyak. Tinggal tunggu kemunculan Imam Mahdi jer ni. Imam Mahdi adalah tanda kecil kiamat yang terakhir. Lepas tu muncullah 10 tanda besar kiamat. Allahuakbar.

Sudahkah kita bersedia? BW sendiri rasa belum bersedia. Rasa takut. Tapi kiamat pasti datang. Bagi yang belum aware lagi pasal ni boleh tonton siri Halaqah 2016, Kiamat Pasti Datang. Ada banyak lagi video bab akhir zaman boleh jer nak tengok pendapat pelbagai ustaz. Halaqah ni antara yang better BW rasa, sebab hujah menggunakan hadis sohih dan juga panel ambil kira pendapat beberapa ulamak.

Contohnya Ad-dukhan. Ada pendapat mengatakan ianya mungkin berpunca dari meteor. Ada juga pendapat mengatakan ianya berpunca dari perang nuklear. Ada yang mengatakan Ad-dukhan antara tanda awal dari 10 tanda. Ada juga pendapat yang mengatakan Ad-dukhan terjadi selepas Yakjuj Makjuj. Yang pasti Ad-dukhan terjadi selama 40 hari 40 malam. Bila dan kenapa tu Wallahualam.

Jom tonton video sampai habis. Klik link untuk semua episod. Semoga kita menjadi pengikut Imam Mahdi dan Nabi Musa SAW sekiranya umur kita panjang. Dan semoga kita dijauhkan dari fitnah dajjal. Aamiin Ya Rabb.





Actually sejak mengandung yang lepas BW asyik tengok video yang berkaitan Akhir Zaman @ Kiamat. Antara yang kerap mengulas dan membuat kajian bab Akhir Zaman ni, Ustaz Zulkifli, Sheikh Imran Hosein, Ustaz Rahmat Baequni, Ustaz Auni, Ustaz Wadi Anuar. Dan lain-lain ustaz lagi lah, semua pun BW tengok videonya. Korang pun jangan lupa tengok tau. Kita ambil tahu sebagi persediaan untuk kita dan keluarga jika kita dipanjangkan umur dan sempat melaluinya.

Bagus untuk kita juga bila tonton video akhir zaman ni. So kita akan sentiasa beringat dunia ni sementara sahaja, tak perlu dah nak kumpul harta menggunung. Lebih baik kita fikirkan dan kongsikan juga dengan saudara kita yang teraniaya. Saudara kita di Syria, Palestin, Yaman, Vietnam (Rohingya), China (Uyghur), Sri Lanka, Kashmir dan lain-lain.

BW share ni sekadar reminder untuk kita semua jangan terlalu mengejar dunia. Kita semua tau, termasuklah BW sendiri. Jangan lupa rukun iman kita yang kelima, beriman kepada hari Kiamat.

Thanks For Viewing!

By: BW (Buat Wanita)

2 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...