Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Friday, February 21

Senarai Chalet / Homestay / Inap Desa Best Dan Murah, Kampung Taman Sedia, Cameron Highland

Salam ...

Entri kali ni lebih kepada simpanan BW. Actually BW dah google pasal chalet & homestay ni hujung tahun lepas, kononnya nak pergi tahun ni. Tapi apakan daya, termengandung pula, haha, tak larat nak jalan jauh. So simpan list ni untuk next year la, tunggu baby baru besar sikit ;)

Pilihan BW yang berjiwa kampung ni, ofcoz la menginap di Kampung Taman Sedia. Cuma tak boleh pilih lagi nak inap desa yang mana. Kebanyakan inap desa disini menyediakan beberapa unit bilik sahaja, so BW listkan semua, senang nanti nak tau mana yang still available ;)


Monday, February 17

Hotel Murah Cameron - Ros Chalet, Kg Taman Sedia

Selamat Petang ...

Dulu BW ada share pasal 10 Makanan Best Mesti Beli @ Cameron Highland. Kali ni nak share tempat penginapan best kat Cameron Highland. Yang BW nak share ni bukan hotel tau, hotel banyak kat area lot-lot kedai. Penginapan ni di dalam kampung yang ada sungai dan banyak sangat ladang strawberry. Terletak di Kampung Taman Sedia, memang stratergic lokasi nya, terletak di tengah-tengah antara Brinchang dan Tanah Rata. Ada banyak sangat chalet dan homestay kat area kampung ni. Kebanyakannya, buka pintu,  tingkap je dah nampak ladang strawberi. Kami pilih Ros Chalet.



Ni kat kaunter register dan souvenir shop. Sebelahnya ada mini cafe dan ada ladang strawberry.

Thursday, October 10

10 Makanan Best Mesti Beli @ Cameron Highland

Salam Semua ....

Hari ni BW nak review pasal makanan best yang korang mesti cuba kalau pergi Cameron.

1. Strawberi Baru Petik

First sekali mestilah cuba makan buah strawberi yang 'terbaek dari ladang' :) Buah strawberi yang baru petik la. Rasa tak sama yer dengan kita beli kat pasar malam ke kea farm ke. Buah yang baru dipetik rasanya agak manis, 'sedap dimakan begitu saja' ... cam lagu gardenia tu :) Banyak sangat farm yang menawarkan belian strawberi yang dipetik. Harga antara RM30 - RM40 sekilo. BW suggest pergi area Kg Taman Sedia sebab kat sana kita boleh usha dulu kat luar, tengok sama ada dalam farm tu strawberi gemuk, merah ke tidak :)

 Petik strawberi kat Ros Chalet Farm.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...