Thursday, October 10

10 Makanan Best Mesti Beli @ Cameron Highland

Salam Semua ....

Hari ni BW nak review pasal makanan best yang korang mesti cuba kalau pergi Cameron.

1. Strawberi Baru Petik

First sekali mestilah cuba makan buah strawberi yang 'terbaek dari ladang' :) Buah strawberi yang baru petik la. Rasa tak sama yer dengan kita beli kat pasar malam ke kea farm ke. Buah yang baru dipetik rasanya agak manis, 'sedap dimakan begitu saja' ... cam lagu gardenia tu :) Banyak sangat farm yang menawarkan belian strawberi yang dipetik. Harga antara RM30 - RM40 sekilo. BW suggest pergi area Kg Taman Sedia sebab kat sana kita boleh usha dulu kat luar, tengok sama ada dalam farm tu strawberi gemuk, merah ke tidak :)

 Petik strawberi kat Ros Chalet Farm.


2. Ais Krim Strawberi Tempatan

Ais Krim ni wajib beli kay. Memang sangat sedap. Banyak terdapat kat area Kg Taman Sedia. Kat MARDI pun ada yer, kat kiosk Al-Mashoor. Kat Ros Chalet Cafe ade, KHM ade, YZ Agro ade, Opah Farm pun ada. Rasa ais krim warna pink tu semua sama, maybe dari pengeluar yang sama, tu BW nyer assumption la :) Yang berbeza cuma rasa strawberi topping warna merah tu. Topping yang paling best kat Al-Mashoor sebab rasanya yang masam sedikit sangat sesuai dimatchingkan dgn ais krim tu. Harga Ais Krim ni antara RM2 - RM3. MUST TRY! sangat la sedap... BW pun dah beli banyak cup, nak balik pun siap tapau lagi ;)

 Ais krim strawberi in a cup. Yummylicious! Mesti cuba tau!

3. Strawberi Celup Coklat

Yang ni kat memane pun ade jual kan? Tapi beza nya kat cameron ni rasa strawberi tu tak la masam giler cam strawberi beli kat shopping complex :p Rasa yang sedikit manis, celup ngan coklat memang marvelous ;) Banyak sangat jual ni, kat tepi jalan ada, kat pasar malam pun ada. Ada yang jual cucuk. Ada yang jual in a cup. Ada yang serve ngan coklat saja, ada yang serve dengan whipped cream.

 Strawberi celup coklat and tepek ngan whipped cream. Nyum! Nyum!

4. Hot Scone

Scone yang marvelous. Di serve panas dengan jem strawberi home made dan juga cream cheese yang frozen. Ni dari KHM cafe yer. Kalau beli kat Opah Farm pun rasanya sama je, sebab tu farm ibu KHM ni. RM3 je sebiji ni. Sangat berbaloi - baloi. Sangat sedap, mesti terbayang- bayang bila dah balik dari cameron.

Scone panas, sedap dimakan bersama jem strawberi dan cream cheese.

 5. Strawberry Strudel

Pernah dengar tak? BW pun kalau tak gi cameron tak pernah dengar tau apetah lagi rasa :p Strawberry Strudel ni ada kat Strawberry Moments. Cafe ni design dia ala-ala Secret Recipe. Banyak sangat dessert yang jual kat sini. Sedap kay rasa Strawberry Strudel ni, tapi takleh lawan rasa cheese cake Secret Recipe la. Ahaks. Harganya RM7.90. Cuba tau :)



 Strawberry Strudel in action. Yummy!

6. Goreng - Goreng

Kat tempat lain pun berlambak goreng-goreng yer dak? tapi kat cameron ni ada goreng-goreng yang unik kay tade kat tempat lain. Memperkenalkan.... Brokoli Goreng dan Kencom Goreng. Kencum goreng tu rasanya manis and unik. Mesti cuba tau uols ;)

 Brokoli goreng, kencom goreng, cendawan goreng dan rakan - rakannya :)



7. Sup Panas

Cubalah rasa tomyam and sup tulang kat restoran Fauzi Tomyam, area brinchang. Memang la marvelous. Kat KL pun banyak uols, tapi bila makan kat cameron rasanya memang kick la. Sebab kat sana kan sejuk, bila kita makan yang panas-panas ni especially waktu malam memang la rasa sedap, heaven sgtt ;)
 


Tomyam panas kat restoran Fauzi Tomyam. Terbaik!

8. Jagung Manis

Tak kisah la jagung rebus ke jagung bakar ke. Sebab jagung kat cameron ni manis tau. Sedap sangat. Pastu, bila nak balik jangan lupa beli banyak - banyak dari Kea Farm tu, bukan setakat murah, rasa yang manis tu still boleh rasa walaupun dah sampai rumah tau.

Jagung cameron yang sangat sedap dan manis!



9. Strawberry Sundae

Strawberry sundae ni beli kat Big Red Strawberry Farm. Actually dari segi rasa, sama je cam strawberry sundae kat tempat lain. Yang beza nya, strawberi nya ofcoz la fresh dan... harga nyer yang sangat murah la. Hahaha. RM6.90 je satu cup. Full of strawberi, full of whipped cream and full of ice cream. BW pun teringin nak makan lagi la bila tengok gambar ni ;)

 Strawberry Sundae kat Big Red Strawberry Farm Cafe!

10. Minuman Teh Bergas

Pelik tak teh bergas? Kat cameron je kot yang ada ni, minuman teh bergas pelbagai perisa. Ada macam - macam perisa. Tapi BW just try perisa strawberi je. Nama pun nak try so beli satu je la. Tak sedap pun rasanya, cuma rasa lain dari lain je la ;p

Teh bergas perisa strawberi. Unik tak?

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...