Friday, October 2

Resepi Kulit Tart Rangup. Cara Buat Tart Shell

Salam ...

Tadi dah cerita misi membuat kulit tart, Klik Sini. Kali ni nak share resepi dan cara buat kulit tart yang rangup pula.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Kulit tart rangup, sedap dimakan begitu saja :)~
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi kulit tart ni BW just guna resepi asas biskut, Klik Sini. Cuma untuk buat kulit tart BW tak guna mixer hanya guna tangan sahaja, so buttercup tidak terlalu kembang dan tepung pun kurang sedikit. Dan doh tart pula perlu disimpan dalam fridge supaya lebih rangup.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Bahan-Bahan;
kulit tart rangup. tart shell sedap
- 1 Biji Buttercup (250g)
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 33/4 Cawan Tepung Gandum
- 1 Biji Telur (Gred A)
- 3/4 Cawan Gula Castor
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
kulit tart rangup. tart shell sedap
Cara-Cara;
kulit tart rangup. tart shell sedap
1. Pukul buttercup bersama gula kastor menggunakan senduk sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan telur kedalamnya,  pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan secawan tepung naik sendiri bersama tiga cawan tepung gandum.
4. Uli menggunakan tangan sahaja. Uli hingga sebati kesemuanya.
5. Masukkan tepung gandum terakhir sedikit demi sedikit, uli lagi.
6. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
7. Masukkan doh kedalam bekas kedap udara dan simpan fridge semalaman.
8. Bulat-bulat doh dan leperkan kemudian letak dalam acuan tart yang digris.
9. Tekan doh menggunakan jari, tekan sehingga kulit tart menjadi tipis.
10. Doh yang terkeluar dari acuan tart hanya perlu tekan guna jari hingga tanggal.
11. Susun dalam loyang dan lubangkan kulit tart menggunakan garpu.
12. Bakar pada suhu 180 celcius selama 10 hingga 20 minit.
13. Biarkan kulit tart sejuk kemudian terbalikkan acuan tart untuk keluarkannya.
14. Sejukkan lagi kemudian susun dalam balang.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Untuk dapatkan kulit tart yang rangup haruslah simpan doh di dalam fridge sekurang-kurangnya 4-6 jam. Seelok-eloknya simpan semalaman. Doh yang telah disimpan semalaman dalam fridge lebih wangi dan lebih rangup bila siap dibakar.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Doh disimpan dalam fridge semalaman.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Bulatkan doh, leperkan dan masukkan dalam acuan tart.
Tekan doh menggunakan jari sambil pusing-pusing.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Doh yang telah siap disusun dalam loyang.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Lubangkan doh menggunakan garpu.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Kulit tart separa masak dibakar selama 10 minit.
Sesuai untuk tart cheese dan tart telur.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Kulit tart yang rangup dibakar selama 20 minit.
Sesuai untuk tart buah dan tart coklat.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Cara keluarkan kulit tart, hanya perlu terbalikkan acuannya.
Jika kulit tart korang melekat pada acuan, just cungkil guna lidi.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Resepi Kulit Tart Shell Rangup Sedap. Cara Buat Kulit Tart Shell Mini
Setelah kulit tart sejuk, simpan kedalam bekas kedap udara.
kulit tart rangup. tart shell sedap
Kulit tart boleh dibakar hingga garing ataupun separa garing. Kulit tart separa garing sesuai untuk tart yang perlu dibakar semula seperti tart telur dan tart cheese. Manakala kulit tart yang garing sesuai untuk tart buah dan tart coklat kerana tidak perlu dibakar semula. Kulit tart yang garing juga sedap dimakan begitu saja ;)
kulit tart rangup. tart shell sedap
Selamat Mencuba!
kulit tart rangup. tart shell sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
kulit tart rangup. tart shell sedap

85 comments:

  1. Ok... nnt kan buah2an di dalam nya...

    Errr pos sebalang kt saya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe .. tahu tahu je huda kan, bukan letak buah-buah aje, macam-macam nak letak ni :p

      Delete
    2. Tart telur kastard... tp x suka sgt...

      Suka fruits tart...

      Hihi

      Delete
    3. fruit tart lebih sedap kan :)

      Delete
  2. Wah, memang Zumal mencari resepi nie, terima kasih BW...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh zumal pun minat membaking ke? :p ,,, sama-sama :)

      Delete
    2. Nak tanya boleh guna butter (unsalted) ke?

      Delete
  3. Salam singgah sini sis...diana suka makan tart yang rangup...sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam diana ... diana pun mesti selalu buat kulit tart kan sebab dah ada acuan dirumah :)

      Delete
    2. Assalamualaikum.. Aini bru first time buat.. Tggu ptg nanti bru nk bakar.. Hrp mnjdi.. :)

      Delete
    3. Wassalam Aini ... InsyaAllah jadi. Selamat membaking :)

      Delete
  4. hamboiiii rajinnya dia... ntah bila la mummy nak buat tart ni. makan je mau..hahhaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takpe kulit tart ready made banyak kat kedai bakeri ... ni seronok-seronok je buat sendiri, teringin :)

      Delete
  5. owh , blh makan dgn ais krim tu ...

    ReplyDelete
  6. Pandai buat kulitnya.. Aiza tahu makan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kulit tart senang ajer, macam buat biskut juga :)

      Delete
  7. xreti nk buat kulit.. hehehe
    tau mkn je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper, banyak dah penjual kulit tart ready made :)

      Delete
  8. ishh rasanya mmg x lepas buat sendiri ni JM jenis x sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang kena sabar ni, especially nak menekan kat acuan tu :)

      Delete
  9. Wahh,bestnya,nak cuba buatlah.Tak sabar rasa.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat jangan tak buat ... senang ajer macam buat biskut jugalah :)

      Delete
  10. Wahh nampak sedap tapi dengar cam susah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan susah sangat pun, cuma leceh sikit lah :)

      Delete
  11. Yes Jadi pon Tart saya thank you sebab bagi tip2 untuk membuat kulit tart nie k... Sebab resepi nie saya dah boleh buat Tart Lemon Meringue With Berry Splash, Tart Strawberry With Berry Serbat dan banyak lagi yg saya akan cuba.... Sekali Lagi Thanks You K

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ... 'tart lemon meringue with berry splash dan tart strawberry with berry serbat' ... dengar nama pun dah terasa sedap dah ni tau :)

      Delete
  12. Kulit tat ni boleh simpang berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahan lama sampai beberapa bulan, macam biskut raya juga, tahan lama kalau disimpan dalam bekas kedap udara :)

      Delete
  13. Kalo buat cheese tart, tart shell tu kekal rangup tak lepas letak filling? Biasa saya beli je tart shell. Sblm letak filling mmg sedap dan rangup, tapi lps letak filling dia lembik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheese tart, mula-mula memang rangup ... tapi kalau kita simpan terlalu lama akan jadi lembik.

      so, untuk raya, kena masukkan filling tart tu last minit lah, supaya still rasa rangup bila balik kampung :)

      Delete
  14. Cawan tu guna cawan minuman biasa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul ... guna cawan yang kita selalu hidang teh tu ajer :)

      Delete
  15. acuan cheese tart tu saiz dia berapa cm ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya guna ni acuan 5.5cm ... memang saya sengaja beli saiz besar sikit sebab nak senang dan cepat :)

      Delete
  16. Terima kasih share.....nak cuba...

    ReplyDelete
  17. Slm. Saya nak tanye, orang kata shell tart mengembang sebab overbeat and tepung naik sendiri.. tak elok ke kalau shell tart mengembang?
    - clueless

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... yer betul, pukul butter jangan sampai over beat, nanti jadi cookies la pulak :p

      kalau nak guna tepung naik sendiri, pastikan dicampur dengan tepung gandum supaya kandungan baking powder tak berlebihan, so kulit tart tak terlalu mengembang.

      tart shell yang terlalu mengembang tak elok kalau kita nak buat cheese tart atau tart telur ... nanti adunan cheese / telur masuk dalam rongga kulit tart tu

      Delete
  18. Wah!!cantik & kemas je sis buat pkai tangan.kalau saya macam2 bentuk jadinya nanti.untuk yang tangan tak berapa seni cm sy boleh try guna Tart Presser.lebih cepat,mudah,kemas & cantik.kalau nak bh dapatkan di https://www.facebook.com/tartpressermurah@wsap 018 9778938.Guna resipi yg sis bagi...mesti sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tart presser sesuai untuk yang nak meniaga, cantik terbentuk ajer tartnya, mudah pun mudah. all the best bibialisya :)

      Delete
  19. Wah!!cantik & kemas je sis buat pkai tangan.kalau saya macam2 bentuk jadinya nanti.untuk yang tangan tak berapa seni cm sy boleh try guna Tart Presser.lebih cepat,mudah,kemas & cantik.kalau nak bh dapatkan di https://www.facebook.com/tartpressermurah@wsap 018 9778938.Guna resipi yg sis bagi...mesti sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tart presser sesuai untuk yang nak meniaga, cantik terbentuk ajer tartnya, mudah pun mudah. all the best bibialisya :)

      Delete
  20. Tq memang favorite anak anak. Boleh lah cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ... selamat mencuba. anak-anak mesti suka :)

      Delete
  21. Tq memang favorite anak anak. Boleh lah cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ... selamat mencuba. anak-anak mesti suka :)

      Delete
  22. Maaf nak bertanya...kalau saya menggunakan telur gred B boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer, cuma saiz telur gred B lebih kecil, so kurangkan satu/ dua sudu tepung gandum supaya doh tak terlalu keras :)

      Delete
  23. Maaf nak bertanya...kalau saya menggunakan telur gred B boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer, cuma saiz telur gred B lebih kecil, so kurangkan satu/ dua sudu tepung gandum supaya doh tak terlalu keras :)

      Delete
  24. Nak tanya.. Buttercup tu nak guna dlm suhu bilik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya resepi ni, buttercup suhu bilik supaya senang nak dipukul bersama gula.

      Boleh juga guna buttercup yang sejuk dari fridge, dipotong kecil dan digaul terus dengan campuran tepung dan gula. untuk teknik ni telur masukkan last sekali.

      Delete
  25. Sis yg butter tu unsalted ke salted?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya biasa guna salted ... nak unsalted pun boleh :)

      Delete
  26. Hii.. yg doh tu ltk semalaman brpa lma ?? Smpai esok hri ke atau 1-2jam je ltk ??��

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai esok hari doh jadi lebih wangi ... tu kalau guna buttercup atau 100% pure butter lah ... nak perap sejam dua pun boleh, rangup juga :)

      Delete
  27. Bleh ke guna selain dri buttercup ??#margerin

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna 100% pure butter atau lepa susu jenama lain. marjerin pun boleh guna tapi tak digalakkan. sebab kalau guna marjerin, lama-lama kulit tart tu akan bau tak best :)

      Delete
  28. Ok2..bru baca yg doh tu tdi hihihihi 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... next time baca habis dulu tau sebelum mencuba resepi sesiapa :)

      Delete
  29. Resepi yg sis bgi tu dpt buat brpa biji ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa nak ingat ... rasa macam dapat bakar 4 kali ... dalam 76 biji lah kot ... kuantiti bergantung kepada saiz acuan dan ketebalan kulit tart, lagi tipis, lagi kecil saiz acuan lagi lah banyak kuantitinya :)

      Delete
  30. Replies
    1. boleh jer ... nanti kalau adunan keras sikit, tambah minyak sedikit ... kalau guna telur gred c, boleh letak dua biji ... gred tu sekadar saiz telur ... kalau adunan terlembik, boleh tambah sedikit tepung. boleh adjust ikut suka :)

      Delete
  31. Nk tnya lgi nii...hihih tk lemau ke kulit tart letak dlm fridge ???😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tak lemau... kalau tak percaya cuba simpan keropok ke biskut ke plastik terbuka dalam peti ais, sure tak lemau :)

      Delete
  32. Boleh x kalau x pakai tepung naik sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ... kena masukkan baking powder, tapi tak sure lah banyak mana .... sepanjang saya buat kulit tart berkali-kali guna tepung naik sendiri ajer ;)

      Delete
  33. Boleh guna selain buttercup tak..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ... lagi sedap guna 100% pure butter .... nak guna marjerin pun boleh, tapi rasa kulit tart tu nanti kurang sedap. lagipun bila guna marjerin ni, bila kita simpan lama, bau dia kurang best :)

      Delete
  34. Salam sis nk tye..klau untk buat cheese tart dan nk kekal lama kulit tart tu bkar dlm 10mnit jer okay x..20mnit x tlebih gring? Sbb sy nk dapatkn tekstur kulitny thn lama dn xlembik bila dh msokkn peeling dia.. nk bg dia kekal bgaimana ye? Spaya x jd lembik klau di simpn lme....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa bakar bergantung kepada oven dan suhu yang kita set.

      untuk cheese tart better bakar kulit dulu separuh masak kemudian masukkan adunan cheese dan bakar lagi.

      Tak surelah cara nak bagi kekal lama ... sebab kat rumah ni cepat habis, tak sempat nak lembik :p

      Memang secara normalnya akan lembiklah kulit tart tu kalau simpan lama, sebab intinya jenis berair kan.

      Cara yang ramai peniaga guna, bakar kulit tart dan simpan dalam balang kedap udara. Bila nak makan barulah bakar semula dengan inti :)

      Delete
  35. Salam...kalau nak bakar separa masak means x nak faring sngt...kne bakar dlm suhu brape yea??api atas bawah ke??
    Klu separa masak sesuai untuk chess tart kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ... bakar suhu macam biasa kita bakar biskut, cuma kurangan masa membakar jangan sampai garing.

      yer betul, separuh masak sesuai untu cheese tart sebab nak bakar semula nanti :)

      Delete
  36. salam sis. tq. byk sgt ilmu yg sy dpt dlm blog ni. x sabar nk baking malam ni. hehe. nk tye, untuk tat telur.. kl kite beli kulit yg dh siap, nti bile bakar inti dgn kulit tu, kena letak dalam sarang besi x?

    guna api atas sahaja kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ... sama-sama, semoga bermanfaat yer :)

      Untuk tart telu, better letak dalam acuan besi tu, sebabnya, dia mudah kembang, nanti tart telur tak cantik :)

      Saya biasa guna api atas dan bawah, kalau atas sahaja, nanti dalam lambat masak, atas jer yang cepat golden brown :)

      Delete
  37. Salm puan...nk tnya ni tlur tu cm guna kuning je kn puteh telur xperlu kn..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ... telur tu saya guna semua, putih dan kuning. kalau nak guna kuning sahaja, gunakan dua biji telur kuning kay ;)

      Delete
  38. Salam. Nak law kita buat inti jem nenas, kena Bakar sekali ngn kulit ka cmna eak.

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...