Sunday, October 20

Resepi Asas Kek. Simple & Senang (Sukatan Cawan)

Salam ...

Jom baking dengan cara mudah. Resepi sukatan cawan untuk loyang kecil. Boleh dikukus dan boleh dibakar tau. Kalau kukus jadi moist, kalau bakar jadi kek span padat la :) Sangat la senang nak buat. Kacau-kacau pastu kukus/bakar. Boleh di ubah perisanya mengikut selera. Rasanya pun sedap ;)
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Resepi asas kek mudah sukatan cawan. Cara buat kek asas sedap senang
Kalau guna tepung ni, tekstur kek jadi lembut dan sedap!
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Bahan-Bahan;
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
- 11/2 @ 2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Cawan Minyak Jagung
- 1 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Susu Cair
- 1 Biji Telur
- 1 Sudu Serbuk Vanilla 
- Perisa / Serbuk Koko/ Buah (Ikut Suka)
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Cara-Cara;
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
1. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan minyak, susu dan serbuk vanilla. Gaul sebati.
4. Masukkan perisa yang disukai. Samada cecair / serbuk / buah.
5. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi, tetapi jangan terlalu lama.
6. Tapis semua adunan kedalam loyang. Guna penapis teh je.
7. Kukus selama 1 jam / Bakar (180'c) selama 45 minit.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Tips Tambahan;
Resepi asas kek. Cara buat kek asas. 
1. Kalau guna tepung gandum, campurkan 1 sudu teh baking powder.
2. Kalau tak ada serbuk vanilla, gantikan dengan esen vanilla. BW guna serbuk vanilla sebab ianya lebih wangi, dan tidak pahit jika masukkan lebih.
3. Kalau tanak guna telur pun boleh, tapi kek nanti cam senang berkecai sikit la.
4. Kalau bakar guna oven yang build in kat kabinet just guna 150'c je yer.
5. Kurangkan gula kepada 3/4 cawan jika tak suka manis sangat.
6. Susu boleh digantikan dengan susu segar. Ataupun susu tepung bancuh dengan air je.
7. Kalau guna mixer, tak perlu tapis adunan dengan penapis kerana adunan sudah sebati.
8. Untuk perisa, boleh gunakan perisa dalam botol kecil tu. Juga boleh masukkan perisa berserbuk seperti serbuk koko atau serbuk kopi. Boleh juga masukkan buah dan sayur yang dikisar contohnya, pisang, karot, daun pandan dan kurma (pastikan kisar bersama secawan susu tu, jangan masukkan air tambahan) 
9. Bagi perisa berserbuk seperti, serbuk koko, atau pun perisa dari buahan diblend seperti, kurma atau carrot, kurangkan tepung kepada 11/2 cawan. 
10. Tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. Kurangkan tepung jika bancuhan adunan agak pekat. Kuantiti tepung yang sesuai antara 11/2 - 2 Cawan sahaja. Untuk kek yang dibakar, kurangkan sedikit tepung. 
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Untuk first timer, disarankan guna tepung naik sendiri blue key. Cuba banyak kali, ejas itu ini, cuba bakar dan cuba kukus, nanti korang akan tahu bancuhan adunan yang sesuai. BW pun tak pernah pergi mana-mana kursus baking kek, just belajar dari pengalaman.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Jom tengok macam-macam resepi kek mudah menggunakan adunan asas yang sama. Cuma perlu ejas kandungan tepung dan perisanya :)
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Kek Coklat Moist Sedap. Kek Coklat Bakar Kukus Lembap.
Kek Coklat. Senangnya nak buat. Sedap pula tu :)
Klik Sini untuk resepi penuh.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Kek Pandan Coklat Rice Bakar Sedap
 Kek Pandan Coklat Rice. Nyum Nyum :)
Klik Sini untuk resepi penuh.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Kek Kurma Bakar Sedap
Kek Kurma Yang Sihat :)
Klik Sini untuk resepi penuh.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Kek Marble Kukus Sedap
Kek Vanilla Coklat Yang Digemari :)
Klik Sini untuk resepi penuh.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Kek Oren Sunquick Gebu Sedap Kukus
Kek oren yang marbelous :) Guna Sunquick je tau.
Klik Sini untuk resepi penuh.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Kek Keju Slice Simple Sedap
Kek keju yang simple. Guna Slice Cheddar Cheese Sahaja.
Klik Sini untuk resepi penuh.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Kek Red Velvet Dengan Topping Cream Cheese Sedap
Kek Red Velvet dengan Topping Cream Cheese.
Klik Sini untuk resepi penuh.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Kek Strawberi Marble Coklat Sedap Dan Mudah
Kek Strawberi Coklat. Simple aje nak buat.
Klik Sini untuk resepi penuh.
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Selamat Mencuba! Kena pandai-pandai ejas yer :)
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Entri Berkaitan;
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
1. Resepi Asas Doh Biskut Raya
2. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
 Resepi asas kek. Cara buat kek asas.

172 comments:

  1. Selamat pagi.. Ros tak pernah try lagi guna tepung tu .. nanti next time boleh try kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la, memang tekstur kek lagi lembut compare guna tepung gandum :)

      Delete
  2. wah sedap nie..bila nak buat tuk kita =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap (angkat bakul sendiri) hahaha. Ni buat tuk Eyma la ni, buat tuk Eyma tengok ;)

      Delete
  3. Salam susu tu gna susu apa ya.susu cair @ susu pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam fazirah... susu cair. susu segar pun boleh. susu tepung bancuh ngan air pun boleh (tp rasa kureng sikit la :)

      Delete
  4. yeah...resepi tradisi...kami kat rumah pun buat kek pakai sukatan cawan / mangkuk jer...
    resepi orang kampung...
    eh BW kalau nak resepi kampung2 simple dimple, kat belog kita ada juga sikit2...
    moh ler kita berkongsi2 resepi pulak yer... hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna cawan je senang kan... lagipun nak makan sendiri je... kalau nak jual bagai, kena la timbang. nanti BW usha eh resepi nhhas :)

      Delete
  5. napa guna tepung gandum x naik eak

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik je guna tepung gandum tapi make sure letak baking power la... kalau tak letak baking powder sah sah tak naik :)

      actually kalau just guna tepung gandum kek tak berapa nak gebu

      Delete
  6. Kalau minyak tu ganti dgn minyak masak .. Boleh tk ? Ke memang kene pakai minyak jagung ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je minyak masak ... cuma minyak jagung lagi sihat la.. pastu kek pun rasa moist lain sikit compare guna minyak masak :)

      Delete
  7. Salam,,maaf siapa nama empunya BW blogger... saya mar ikhlas nak ucap terima atas perkongsian resepi nih,,,byk yang baik terutamanya bila dapat kurangkan kuantiti telur, kerana kebanyakan resepi yang mar dah buat banyak guna telur at least 3 biji kek untuk satu loyang. Semalam mar dah cuba buat kek kurma tu, ermm memang sedap! Mar guna tepung gandum aje + b/powder, biasa mar guna resepi kek kurma kukus ajer guna 3 biji telur,, tapi kali ni guna sebiji jer,,,memang tak sangkalah rasanya SEDAP sgt, tak sangka yang bakar lebih sedap rangup bahagian atas, tangah lembut, manis kurma walaupun tak esen vanila...suami pun puji,,, sihat dan menjimatkan telur,,,first time jumpa resepi sesimple dan sebaik ni boleh diaplikasikan dengan pelbagai rasa. next insyaallah nak cuba wat muffin lak dari blog ni,,, minta izin diperpanjangkan resepi ni di blog saya untuk wat rujukan. Salam ukhuwah persahabatan dari saya buat empunya blog ni. TQ.Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar, panggil BW aje ;) ... tq sebab sudi cuba resepi dari blog BW ni. Memang perlu kurangkan telur dalam kek, kalau boleh kurangkan gula dan elakkan penggunaan marjerin sekali. Boleh je nak share resepi ni. Salam ukhuwah juga :)

      Delete
    2. Salam..nk tanya.serbuk koko nya berapa banyak ye

      Delete
  8. Boleh ke kalau taknak letak perisa/serbuk koko/buah??? Just nk plain vanila..pastu boleh ke kukus dlm bekas bulat transparent?? Dlm 1 adunan tu, klu saya nak buat dlm kuantiti bekas kecil2, bolehkan ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak nak letak perisa ... letak serbuk vanilla banyak sikit atau letak coklat rice ke ... kalau plain memang rasa agak kureng, sebab guna minyak je kan, kalau butter memang sedap :)

      kukus dalam bekas transparent boleh, bekas kecil-kecil pun boleh, isi 3/4 cup je kay.

      Delete
  9. Kalau guna butter yg d cairkn utk ganti myk jagung tu blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh... kalau guna butter lagi sedap rasanya. tapi makesure butter la, bukan campuran marjerin macam buttercup tu, sedap tapi tak sihat :p selamat mencuba mamasyahmi :)

      Delete
    2. Gune buttercup yg cair xleh ea? Nape ye?

      Delete
    3. boleh jer guna buttercup cair ... buttercup tu sejenis marjerin. memang kek sedap dan wangi tapi tak sihat lah kek kita ;)

      Delete
  10. Orang yang macam saya yang baru nak mula belajar ni bolehlah mencuba. Terima kasih berkongsi resepi.

    Punca Dan Tips Rawatan Bagi Demam Denggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat, sebab senang je nak buat. selamat mencuba :)

      Delete
  11. Boleh tak kita guna mana2 adunan kek yang dibakar kepada kukus. Maksudnya kita guna resepi kek yang dibakar,tapi kita guna resepi tu menggunakan kaedah kukus. Adakah kita perlu tukar adunan or adakah semuanya depends kepada bahan. Sebagai contoh saya mengambil resepi kek red velvet ubi bit yang dibakar. Tetapi saya menggunakan kaedah kukus bg resepi tadi. Adakah menjadi kek tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. normally selama ni kalau sy cuba, ok je. makesure dah tau kepekatan adunan la. kalau adunan agak cair, kukus jadi penyek sikit, kalau adunan agak pekat, bakar pula jadi keras sikit .. apepun cuba jer .. nanti lama-lama dah pandai agak :)

      Delete
    2. Ooo... maknanya try jer adunan yang dia bagi. Kalau tak okay next time adjust. Okay. Faham. Thanks :)

      Delete
    3. yezze. betul tu ... selamat membaking :)

      Delete
  12. sis, kalau guna gula ising menjadi tak? sebab tersalah beli gula :( banyak pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. tak tau la jadi ke tak... sebab gula ising tu gula halus dah dicampur sedikit tepung jagung. kalau buat biskut ok la, buat kek tak sure la :p

      actually gula kastor tu gula pasir biasa je, kita blend kering sampai halus

      Delete
  13. Replies
    1. sedap.. hehe, yang penting tanpa lemak trans dan kurang gula :)

      Delete
  14. erm .. aslam, kalau minyak jagung tu tukar ngan minyak lain bole x

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ... minyak masak ke? boleh je ... kalau minyak bunga matahari pun boleh, cuma bau lain sikit. minyak zaitun lagi bagus, sihat tapi mahal la :)

      Delete
  15. salam nak tanya resipi kek rintik hujan ada tak??
    terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... guna jer resepi asas tu... masukkan manik bewarna ataupun colorful rice diakhir adunan, kacau sekejap je... masuk dalam loyang then tabur lagi manik bewarna tu diatas...

      Delete
  16. ermm...nak tnya kalau 350g bersamaan dgn bape cawan ye..saya kurang pasti lah
    ???
    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sy pun tak sure, sebab sy kalau test guna cawan aje... kalau guna resepi gram better beli penimbang ... kalau agak-agak takut tak jadi

      Delete
  17. bw. saya dh try 2 kali. knpe xnak naik kek ni? sedehh :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna tepung naik sendiri ke tepung gandum campur dengan baking powder??? normally kalau guna tepung naik sendiri macam bluekey tu, akan naik la keknya... cuma bila guna tepung gandum, sama ada kurang baking powder ataupun baking powder tu stok lama dah kat kedai yang kita beli tu

      Delete
    2. guna tepung naik sendiri.tp xnak naik pun. xtau apa mslahny

      Delete
    3. confuse juga ni... tak pernah lagi guna tepung naik sendiri tak naik... beli kat kedai runcit kot, tepung naik sendiri tu stok lama.. atau pukul tepung tu terlampau lama sangat

      Delete
    4. Puan, saya ni elergi kpd tepung gandum.. Adakah tepung naik sendiri ni bebas tepung gandum/gluten free. Tq

      Delete
  18. salam sis sya bru blajar nak wat kek ni leh tak gula castor tu tukar gna gula biasa jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... boleh je. blend halus dulu tau. kalau tak susah nak sebati nanti

      Delete
    2. sis td sya try buat kek tu tp sya gna susu fresh perisa coklat pastu sya ltk parutan kulit sunkist saya gma 1/2 cwm gula perai tu 2 cwm tepung gandum dan sesudu teh baking powder... bila siap bakar tf sya tgk cam x baper nak naik jer pastu dia punya permukaan tu cam garing jer... ker mmg hasil dia camtu... tp dlm dia cam span ... kiranya jadibx kek sya tu..

      Delete
    3. Kalau guna tepung gandum campur baking powder memang macam tak naik. Kekadang kita gaul dengan tepung tak sebati. Untuk beginner better guna tepung naik sendiri sebab dalam tu dah siap baking powder dengan soda bikarbonat.

      Garing tu pula sebab awak letak dalam oven keatas sikit kot. Next time letak loyang kebawah sikit yer. Untuk bakar ni better kurangkan sikit tepung. Kalau kukus ok je. Cuba lagi dan lagi. Lama-lama awak akan tahu adunan macamana yang sesuai. Teruskan membaking :)

      Delete
    4. Akak nak tanya...kalau kita nak buat kek coklat untuk sepuluh orang makan berapa sukatan yang perlu kita guna untuk setiap bahan?boleh x akak tlg share ilmu kek dgn saya...

      Delete
  19. Assalamualaikum...tepung kek bole gne jugakke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam... tepung naik sendiri tu tepung kek la. kecuali tepung kek segera dah ada perisa, yang tu kena ikut sukatan dan step kat belakang kotak :)

      Delete
  20. Salam..skrng ni tgh bakar kek ni..cantik jer kembang kat dalam oven tu..ni pon 1st tem buat,,ni lah resepi yng paling mudah nak buat..tq BW,,harap2 jadilah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah jadi. especially kalau guna tepung kek naik sendiri tu. caiyok :)

      Delete
  21. kalau xd minyak jagung tu boleh tukar dgn minyak masak tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je guna minyak masak... cuma kek jadi kurang sihat la :)

      Delete
    2. kalau guna marjerin pulak ? tapi dicairkan huhu

      Delete
    3. boleh guna majerin... cair kan atau pukul sampai kembang guna mixer. rasa lagi sedap dan wangi.. cuma kurang sihat la :)

      guna butter pun ok sangat. wangi. sihat sikit compare marjerin :)

      Delete
    4. oh okay thank you sis. ertinya, marjerin letak satu cawan lah ?

      Delete
    5. sama-sama. erm majerin kalau nak cairkan, cairkan dulu then sukat satu cawan. kalau nak pukul sampai kembang guna mixer, 3/4 cawan pun dah cukup rasanya.

      Delete
    6. terima kasih sekali lagi. haritu ada cuba buat kek cheese tapi lain pulak jadinya 😭 dia jadi mcm kuih bingka 😂

      Delete
    7. Kek cheese yg guna cheese slice tu ke? Kalau buat kek bertepung ni, untuk beginner harus lah beli tepung naik sendiri bluekey. Kalau guna tepung gandum campur baking powder, kadang-kadang kita kacau tak sekata, atau kurang baking powder, tu yang jadi bingka :)

      Tepung naik sendiri memang dah ada baking powder plus bikarbonat yang sebati. Biasanya memang jadilah. Makesure masukkan tepung last sekali, dan jangan kacau terlampau lama kay.

      Delete
    8. kek yg cheese slice tu la 😂 okay thank sis.

      Delete
  22. As salam...sy baru buat cupcakes ikut resepi sis....kukus n bakar...memg mnjd...gebu naiknya...bole x kalu sy nk share resepi kt fb...mintk halal yer sis..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ... Alhamdulillah menjadi. Seronok kan kalau jadi :) Erm.. boleh je nak share... bagi backlink sekali kay :)

      Delete
  23. adunan ni mengembang tak masa dibakar ? 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengembang ... biasa kalau guna tepung naik sendiri memang akan mengembang ... cuma kalau guna tepung gandum, kadang-kadang tak kembang, baking powder kurang atau tak sekata :)

      Delete
    2. thankyou sis. nak try buat 😁

      Delete
    3. sama-sama. selamat membaking. hopefully jadi yer :)

      Delete
  24. Salam perkenalan sis. Tq for sharing tips tuk buat kek tu.

    Jika sudi boleh la bkunjung ke blog saya pulak.

    www.noramizaahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. Salam perkenalan sis. Tq for sharing tips tuk buat kek tu.

    Jika sudi boleh la bkunjung ke blog saya pulak.

    www.noramizaahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan. sama-sama. ok will visit your blog :)

      Delete
  26. Zumal teringin gak nak buat kek, nanti nak try resepi nie ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. kalau lelaki pandai buat kek memang nampak gempak la. sebab husband tolong pun tak nak, jangankan nak buat sendiri. selamat mencuba kay :)

      Delete
  27. as'salam sis. kek tu dah jadi. terima kasihh hehe sedap :* guna perasa coklat pastu letak choc rice and rainbow rice aum aum haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. Alhamdulillah. mesti meriah keknya kan, warna-warni lagi. lepas ni mesti rajin buat kek kan :)

      Delete
  28. mestilah hehe. thankyou sis ajar resipi ni 😁

    ReplyDelete
  29. Slm...
    klau guna minyak masak boleh tak...???

    ReplyDelete
  30. sis kalo nk letak jem blueberry sbgai prasa kne kurangkan tepung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. kurangkan sikit.. kalau kukus, cuba letak 1 + 3/4 cawan. kalau bakar, cuba 1 + 1/2 cawan tepung kay

      Delete
  31. Salam sis klu guna blnder bole x😀

    ReplyDelete
  32. Salam sis klu guna blnder bole x😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... boleh je. blend semua bahan kecuali tepung naik sendiri. masukkan dalam bekas baru gaul bersama tepung naik sendiri, guna sudu ... kalau guna tepung gandum, boleh blend sekali. baking powder masuk last sekali . tapi jangan blend, kacau guna sudu aje. selamat mencuba :)

      Delete
  33. BW nak tnya,.. sebenarnya kek nilebih sedap kukus ke @ bakar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm ... ikut selera masing-masing. ikut jenis kek pun yer kot. contohnya, kalau kek coklat lebih sedap dikukus, lebih moist, kalau kek kurma, lebih sedap bakar, ada rangup diatasnya :)

      Delete
  34. Amboi...best2 baca komen dorg...nak buat nak buat..esp kek kurma..bln puasa haritu byk kurma lebih..

    Jom jln2 ke blog akak..salam ukhuwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kak ... kurma lebih tu boleh buat kek. cuba jangan tak cuba ;)

      ok sat yer ... sat gi datang blog akak :)

      Delete
  35. Amboi...best2 baca komen dorg...nak buat nak buat..esp kek kurma..bln puasa haritu byk kurma lebih..

    Jom jln2 ke blog akak..salam ukhuwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kak ... kurma lebih tu boleh buat kek. cuba jangan tak cuba ;)

      ok sat yer ... sat gi datang blog akak :)

      Delete
  36. Salam sis teringin nk buat kek yg ada lapisan krimer ditengah buat kek jd tp krimer plak tk mnjd..ad resepi yg akk bole kongsikn..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam suraya ... nak krimer apa tu? kalau butter cream, ada dalam kek coklat, Klik Sini

      Delete
    2. Kalau cream cheese topping, ada dalam resepi red velvet, Klik Sini

      Delete
  37. Sis...skang ni tepung kek tu takde la kat uma...so nak pakai tpung gandum..kena letak baking powder kan...tp tips laa camne nak buat kek tu kembang wlaupun pakai tpung gandum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm rasa macam dah tulis kat komen diatas ni :) ... kalau guna baking powder, makes sure baking powder stok baru,yang masih ok lagi. Masukkan baking powder last sekali, pukul slow aje kay, then biarkan adunan dalam 10 minit baru bakar / kukus. selamat membaking :)

      Delete
  38. Salam
    Tq atas perkongsian ini
    Saya nak tanya kalau susu tepung nak jadikan susu segar macam mana sukatannya?dan air yang digunakan tu air masak biasa @ panas?
    Tqvm sis 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. sama-sama intan ... susu tepung memang tak boleh la jadi susu segar :p

      Delete
    2. Untuk bancuhan susu tepung, ambil 3/4 cawan air biasa campurkan dengan 5 scoop susu tepung dan kacau ... kalau goncang dalam botol lagi better, susu goncang lebih sedap compare dengan kacau sudu :)

      Delete
  39. Asslm...nama sy nurul...sy nk tanya pukul telur sampai berbuih tu pukul dgn whisk ke? Dan pukul telur dan gula hingga sebati tu mksd dia sampai kembang ke? Atau xperlu kembang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam nurul, kalau ada mixer pukul sampai berbuih dan kembang, kalau guna whisk atau sudu pukul sampai sebati pun ok dah :)

      Delete
    2. Terima kasih... Kalau nak buat kek vanila guna tepung gandum 2cwn atau 1 1/2 cwn da cukup ye? Kukus ok je kan resepi ni? ��

      Delete
    3. kalau kek vanilla ... lebihkan esen vanilla / serbuk vanilla. Tepung guna dua cawan kalau nak kukus kay. selamat mencuba :)

      Delete
    4. Ok...terima kasih.....insyaallah harap2 menjadi kek ni...amin :)

      Delete
    5. sama-sama... kalau tepung naik sendiri tu stok baru dan tak masuk angin, biasanya menjadi :)

      Delete
    6. Asslm....saya da try kek vanila tp guna tepung gandum dan baking powder jer....saya kukus kek td ok je kejadian nye...lembut sgt dan sedap..tq so much...(:

      Delete
    7. Wassalam ... tepung gandum pun ok je. just make sure baking powder stok baru dan make sure gaul sebati. Alhamdulillah jadi. seronok kan? next time boleh buat kek perisa lain pula yer... you're welcome :)

      Delete
  40. Assalamu'alaijum sis bw, nak tanya..kalau susu segar boleh ganti dengan susu cair tak? Tq.

    #sy dah buat kek kurma ikut resepi sis bw, mmg sedap sgt2. Awesome utk beginner mcm sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... guna susu apa pun boleh, susu pekat / tepung dibancuh air pun boleh :)

      Alhamdulillah jadi ... resepi ni memang resepi simple, senang nak ingat, senang nak buat :) ... tak upload resepi kek kurmanya ke? :)

      Delete
  41. Assalamualaikum thanks for sharing cara asas membuat kek ni.. insyallah nak try.. saje nak bagi isteri tercabar kalau kita boleh buat kek.. mesti dia akan rajin sket nak masuk dapur huhuhuu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, sama-sama ... amboi rajinnya, untung isteri dapat merasa kek air tangan suami ... yer ker dia akan rasa tercabar? ker nanti dia order ajer sebab suami dia terer masak kan :)

      Delete
  42. salam BW,hehe saya tengah bakar kek ni.... harap harap la menjadi,,, saya xpakai minyak jagung ,, saya tukar kpd minyak masak,, kalau susu tu pula, saya bancuh susu anak dalam air suam hihi.... saya letak je serbuk oligo ,,,tapi saya ada tambah sikit la,, pes choc dan vanilla,,, thanks BW,, resepi sangat simple dan senang...saya harap BW dapat share lagi banyak resepi mudah mcm ni,, terutamanya yg pakai sukatan cawan,senang !! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mummy fina, sama-sama ... nak membaking ni mudah, ejas ajer ikut bahan yang ada dirumah kan. resepi dalam blog ni semua simple-simple dan sukatan cawan, boleh klik pada page "My Resepi" kat atas tu ... erm, time komen ni tengah bakar kan? sekarang ni mesti dah licin loyang kan :)

      Delete
  43. Kalau saya guna milo brpe sukatannye eh sbg pngganti serbuk koko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna milo masukkan satu cawan setengah kemudian gula kurangkan jadi setengah cawan kay ... selamat mencuba :)

      Delete
  44. Kalau saya guna milo brpe sukatannye eh sbg pngganti serbuk koko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna milo masukkan satu cawan setengah kemudian gula kurangkan jadi setengah cawan kay ... selamat mencuba :)

      Delete
  45. kalau x ada minyak jagung ,blh ganti dgn apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minyak masak pun boleh, tapi kurang gebu lah. boleh juga gunakan butter / marjerin yang telah dicairkan.

      Delete
    2. kalau guna butter nak guna berapa bnyak?

      Delete
    3. kalau follow kandungan tepung dalam resepi ni, cairkan butter dan sukat satu cawan juga.

      Delete
  46. Kalau guna minyak masak brand helang ok kh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer. tapi bila guna minyak masak kek kurang gebu berbanding guna minyak jagung :)

      Delete
  47. Replies
    1. alamak ... tak pernah ambil tahu loyang tu saiz apa, loyang saiz kecil la. anggaran diameter kecil sikit dari pinggan.

      guna loyang besar pun ok kot, kek jadi besar tapi nipis lah :)

      Delete
  48. Replies
    1. alamak ... tak pernah ambil tahu loyang tu saiz apa, loyang saiz kecil la. anggaran diameter kecil sikit dari pinggan.

      guna loyang besar pun ok kot, kek jadi besar tapi nipis lah :)

      Delete
  49. Saya dah cuba..tp wat kek lapis2 letak hawflakes..mmg sedap..gebu je..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kek menjadi, sedap dan gebu pula tu ... sama-sama :)

      Delete
  50. Salam saye nak tanyer, kalau tepung tu boleh tak gantikan dengan tepung superfine? Ade beza tak? Maaf tak tahu sgt bab2 tepung nie��

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... boleh jer guna tepung superfine, tapi makesure masukkan baking powder kay :)

      Delete
  51. Nk tanya...klu nk buat kek vanilla. Gune 1 sd besar serbuk vanilla or sd kecil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna 1 sudu besar serbuk vanilla ... nak letak 2-3 sudu pun ok, lebih sedap ... serbuk vanilla ni kalau letak banyak pun tak apa :)

      Delete
  52. Salam. Nk tny, klo guna tepung serba guna bole?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... tepung serbaguna? setahu saya tepung serbaguna ni tepung untuk goreng menggoreng hehe ... tapi kalau kat label tepung tu tulis sesuai untuk kek, boleh lah kot :)

      Delete
  53. Asalkm sis... Law utk kek span nx kukus bh kr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... kek span tak sesuai lah kalau nak kukus. so far saya belum pernah lagi kukus kek span. takut kek tu jadi mendap bila dah sejuk sebab lembap. tapi kalau nak cuba apa salahnya :)

      Delete
  54. Asalkm sis... Law utk kek span nx kukus bh kr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... kek span tak sesuai lah kalau nak kukus. so far saya belum pernah lagi kukus kek span. takut kek tu jadi mendap bila dah sejuk sebab lembap. tapi kalau nak cuba apa salahnya :)

      Delete
  55. Alhamdulillah..kek pandan coklat rice sedap....saya tambah serbuk santan dan guna pandan cocunut essen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti lagi sedap kek pandan coklat rice haini kan, sebab haini tambah serbuk santan dan pandan coconut essence nyumm~~ :)

      Delete
    2. Salam akk, saya ad 2soaĺan. Saya nk buat kek span so need to bakar lah. Tepung kena kurnggkn okay, koko tu nk bape sukatan cawan?? And api atas bawah or???

      Delete
    3. Ouhh yaa, keluarkan kek masa dh betul2 sejuk right?? But befre ltk tuangkan kek dlm acuan sapu marjerin kan?? So 4soalan hehe. Wish u repl ASAP pls tq sis

      Delete
    4. Wassalam Ain Isa ... actually resepi ni bukan resepi kek span. untuk buat kek span, kuantiti telur harus banyak. telur putih mesti dipukul hingga kental. penggunaan ovallete juga diperlukan.

      disebabkan ini bukan resepi kek span, so kuantiti tepung dan serbuk koko untuk hasilkan kek span tak perlu jawab lah kot. untuk bakar kek, memang perlu api atas bawah. suhu pula bergantung kepada oven masing-masing, jangan terlalu panas, nanti kek kembung dan merekah ditengah.

      Delete
    5. Untuk soalan ke-3, kek perlu dibiarkan sampai sejuk sebelum dikeluarkan. tapi kalau buat kek span lain pula tekniknya tau. kek span lebih rumit nak buat dan agak sensitif.

      Untuk soalan ke-4 pula, sebelum tuang kek memang perlu sapukan butter/ marjerin/ minyak sebelum tuang adunan supaya kek tak melekat nanti. untuk kek span, disarankan guna kertas minyak.

      harap awak jangan confuse lah. yang ni resepi kek biasa bukan kek span.

      Delete
  56. Ninta izin utk copy dan cuba resepi datas yer

    ReplyDelete
  57. Salam BW,

    Banyak betul pembaca yang komen untuk entri yang simple ni. Saya baca resipi ni pagi tadi... Terus keluar pergi kedai cari bahan ada pulak bluekey atas rak tu tinggal 2 kotak. Balik rumah terus cuba buat kek, buat aktiviti membaking bersama anak dan isteri.

    Resipi menjadi, gebu, lembut dan sedap. Terima kasih atas resipi kek yang simple ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... Alhamdulillah menjadi. sama-sama :)

      Delete
  58. Assalam . kalo untuk resepi bakar, pakai api atas bawah pastu kena buat water bath tak ? Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ... biasa bakar kek api atas bawah, kecuali dinyatakan dalam resepi ... waterbath tu untuk cheesecake ajer, sebab cheese mudah hangus :)

      Delete
  59. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. norazlin mohd yusof has left a new comment on your post "Resepi Asas Kek. Simple & Senang (Sukatan Cawan)": thanks for sharing :)

      Sama-sama norazlin :)

      Delete
  60. Nak tanya, kalau nak buat kek takda esen vanilla tapi nak gantikan dgn perisa vanila boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya esen vanilla atau perisa vanilla yang dijual dipasaran benda yang sama, label jer tulis lain, bergantung pada brand :)

      boleh sis. guna esen vanilla boleh, perisa vanilla boleh, serbuk vanilla boleh, serbuk vanillin pun boleh. sama ajer fungsi semuanya :)

      Delete
  61. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  62. Br siap buat kek sunquick..
    Tgk resepi terus buat..
    Dah tgh membakar br baca komen..
    Rupanya guna susu cair..
    Sy plak guna susu pekat..
    Ambik kau.. manis gila keknya..
    Hahahaha...
    Yg pasti menjadi.. kembang sekali ganda.. jenuh nak ejas bg masak..
    Tp mmg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah menjadi ... tapi manis sangat lah pula kan kalau guna susu pekat ... next time cuba lagi :)

      Delete
  63. Wah....sedapnya nampak....nak try la...

    ReplyDelete
  64. Salam sis. Ovellet tak payah bubuh ke? 1 lg kalau gun tepung gndum biasa, kena letak baking powder saja ka atau campur sekali soda bikarbonat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ... ni resepi basic sis, kacau pun guna sudu ajer .... kalau letak ovallete kena guna mixer, ovallete untuk jadikan kek gebu macam kek span.

      Tepung gandum tambah baking powder ajer pun dah ok. Kalau nak tambah soda bikarbonat pun boleh, masukkan separuh-separuh (sudu)

      Delete
  65. Hi sis. Kalau bhn yg perlu dipukul tu, kita blender pulak, boleh ka?

    ReplyDelete
  66. As salam
    Semoga murah rezki kongsi2 ilmu ni ... rezki pahala,rezki 💰,rezki kesihatan ... amiinnn ..

    ReplyDelete
  67. Satu cawan tu, cawan besar mana yek...

    ReplyDelete
  68. Satu cawan tu, cawan besar mana yek...

    ReplyDelete
  69. Tumpang tanya . Jikalau resepi ade cakap guna 8 biji telur dan 4 kuning telur. Kesemuanya brapa byk telur digunakan? 8 atua 12?

    ReplyDelete
  70. Ade tk bende lain yang boleh digantikan dengan minyak jagung

    ReplyDelete
  71. Assalam sis,ade tk bende lain yg boleh digunakn selain minyak jagung

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...