Thursday, February 13

Resepi Pavlova. Guna Telur Putih Dan Gula Sahaja.

Selamat Petang ...

Hari ni nak share dengan korang semua resepi pavlova. Tapi jangan makan selalu yer, tak bagus untuk kesihatan, sebab pavlova ni manis betul :p

Pavlova ni just sesuai makan dengan buah-buah masam sahaja. Kalau makan dengan buah yang manis memang rasa mual, rasa ada yang tak kena. Kita boleh makan dengan strawberry ke kiwi ke anggur ke, cam biasa jual kat kedai pastry tu. Tapi BW guna apple dengan mangga masam je :p



Ni mini pavlova, dibakar saiz kecil-kecil, lagi sedap rasanya sebab agak rangup. Time ni yang ada dalam fridge apple sahaja. Sedap juga dimakan dengan wafer dan tabur sedikit milo :)


Ni pavlova yang dibakar saiz besar, yang ni lembut, so kemanisan dia agak terasa. BW prefer yang bakar mini. Makan dengan mangga masam, yummy :)

Bahan-Bahan (Base);

- 4 Biji Putih Telur (Saiz A)
- 3/4 Cawan Gula Castor
- 1 Sudu Tepung Jagung
- Sedikit Serbuk Vanilla

Cara-Cara (Base);

1. Pukul telur putih guna mixer pada kelajuan tinggi. Pukul sehingga lekat kat bekas. Bila terbalikkan bekas, putih telur tu tak jatuh pun.
2. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, pukul lagi pada kelajuan tinggi.
3. Masukkan serbuk vanilla, tepung jagung dan pukul lagi.
4. Sapukan butter pada loyang, tuang aduanan dan leperkan.
5. Bakar selama 1 jam pada suhu 150c

Tips Tambahan;

1. Tepung boleh diganti dengan tepung jagung. Kalau tanak letak tepung pun boleh.
2. Gunakan kertas minyak kalau ada, lagi mudah nak cabut :)
3. Biarkan base pavlova ni menyejuk dalam oven.

Untuk cream tu, BW just guna whipped cream dalam botol aje, senang, bila nak makan baru picit ;)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

  1. assalam,
    salam ukhuwah dari bunda...bunda belum pernah buat lagi pavlova ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam... salam ukhuwah juga. bonda boleh la cuba nanti yer. senang sangat, gerenti jadi :) kesedapan pavlova ni bergantung kepada whipped cream dan buah-buah tu

      Delete
  2. Salam perkenalan..
    Bestnya..boleh la try nanti :-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga buat norma... nanti try yer :)

      will vissit u too ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...