Friday, February 14

Berkelah Dan Bersantai di Pantai Morib Selangor.

Salam ...

Korang suka tak berkelah? BW selalu juga bawa anak-anak berkelah. Kadang-kadang berkelah dekat-dekat je, berkelah kat Taman Tasik Cyberjaya, kat Putrajaya pun banyak tempat untuk berkelah. Kali ni nak review berkelah di Pantai Morib. Tapi kat sini tak boleh mandi yer.

Bila tanya anak-anak,"Suka makan berkelah ke suka makan kat kedai?" Mesti diorang akan jawab dengan confident "Berkelahhhhh" Senyumlah ibu ayah kan, jimat duit gitew, hahaha. Maybe sebab diorang kecil lagi, det's why diorang prefer berkelah, lepas makan boleh main-main. Kalau makan kedai, dah siap makan terus balik :p

Siap ada tanda nama cam hollywood tu :p

Ini dikira percutian budget kami. Ala-ala macam rancangan Destinasi Budget, percutian 2 Hari 1 Malam dengan budget dibawah RM300. Actually dalam rancangan tu 3H2M untuk seorang, tapi BW tukar 2H1M untuk sekeluarga. Budget termasuk transport, penginapan dan makan-makan. Kami bermalam di Morib Goldcoast Resort, Klik Sini. Perjalanan dari rumah kesini ambil masa sejam lebih ajer sebenarnya. Tu pasal lah budget boleh cover kos perjalanan sekali ;)

Ni bahagian yang dah upgrade, untuk lepak-lepak.

Ada food court dan gerai-gerai kat area ni, tapi tak snap gambar lah pula :p

 Ada playground juga untuk anak-anak.


 Ni area tempat kami berkelah tu.


 Dekat ngan pantai, tapi tak ada sorang pun yang mandi, so kami pun tak berani.


Menara tinjau la kononnya, tapi tak tinggi mana pun ;)

Pantai Morib ni sesuai untuk seisi keluarga berkelah dan berkhemah. Nak mandi-manda memang tak sesuai. Time kami datang tak ada sorang pun yang mandi. Nak main pasir pun tak berapa nak sesuai juga, sebab pasir tak berapa nak cantik. Sesuai untuk lepak-lepak dan santai-santai tenangkan fikiran jer lah kot :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

  1. Replies
    1. boleh tahan la cantiknya ... tapi tak banyak aktiviti sangat boleh buat kat sini, yang ada anak kecil sesuai la :)

      Delete
  2. knp xbole mandi eak kat sini..?

    kalau tye sy y bukan budak2 lagi ni pun sy pilih berkelah dr makan kat kedai . hehe . Lagi seronok smbl menikmati suasana..hehe . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tatau la kenapa takde orang mandi ... maybe air tercemar dah kot

      betul tu, berkelah makan santai-santai sambil menikmati pemandangan kan :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...