Salam ...
Baru je beberapa jam tadi post entri baru... ni dah post entri lagi, dah macam penyakit gila post entry :p Klik Sini, untuk lihat '20 Penyakit Gila Blogger'
Bukan apa, BW terpanggil nak bagi personal opinion pasal Raja Bomoh ni. Ada ke patut time semua orang bersedih, dia buat amalan karut kat KLIA.
Yang BW heran tu ada juga manusia-manusia yang menyokong kononnya dia berikhtiar. Berikhtiar biar kena caranya, jangan sesat dan menyesatkan. 'Matlamat Tidak Menghalalkan Cara'.
Kalau la bomoh ni bukan islam, contohnya bomoh orang asli, kita kena lah hormat agama dan amalannya kan. Boleh la kita beterima kasih atas ikhtiarnya. Ini tidak, siap baca ayat Quran. Time guna bubu dan teropong buluh, bomoh ni baca surah Yasin tak habis dan tak betul. Time guna payung, kelapa dan bakul, dia sebut Allah hu Akbar sambil mendayung. Aduhai la!
Yang lebih menghairankan tu, siapalah yang menjemput bomoh ni yer. Sabo aja la.
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
X terkejut bro.Cuba fikir, Kenapa ada yg berubat pakai air, limau, garam, tanah,? As a medium? Mcm dari kl nk ke jb. Naik kereta utk sampai. Sebab, kereta adalah medium utk ke sana. kalau lapar, kena makan. Bru kenyang. Makanan adalah mediumnya utk kenyang. Saya x kata dia betul atau salah, cuma mahu ajak penulis berfikir dr lain perpektif.
ReplyDeletesah sah la salahnya... ada dah ustaz komen pasal ni. perubatan islam yang guna limau bagai tu, tade la buat aktiviti mendayung bagai, baca surah pun betul sampai habis. ni baca yasin pun tak betul separuh jalan pulak tu. cer google baca pendapat ustaz.
Deletehmm.. memalukan..
ReplyDeletememang memalukan... kalau dia bomoh baca marang perapu bagai, tak reveal dia tu islam tape... kita terima la dia tu bomoh agama lain.
Deletehaah.. kesian kat student malaysia yg kat luar negara.. diorang yg kena hentam.. menurut sepupu saya yg kini berada di mesir la.. hmm..
Deletetu la pasal, skang ni ada video full karpet terbang, siap jumpa otromen, memang lawak. tapi ada juga parodi karpet terbang dari china, permainkan "Allahuakbar" tak boleh nak salahkan diorg ni, diorg bukan tau ape tu "Allahuakbar". salah bomoh sesat buat malu negara
Deletebetol bak kata khairi jamaluddin bila membalas soalan wartawan bila ditanya respon beliau terhadap ugutan bomoh tu nk tampar KJ... skrg ni 1 malaysia nk tampar bomoh tu sbb malukan negara.. hehehe
Deletesilap polis KLIA pun ada juga, first time die dah buat hal dah dgn bubu dia tu, suruh la dia keluar, second time patut halau je. buat malu betul
Deletehmm.. yg herannya, JAKIM dan badan2 islam yg lain senyap ja..
Deletekan.. ni dah buat aksi kat area Perak lak... jangan ada VIP yang sponsor dia gi Vietnam ke India ke Kazakstan ke sudah ler.. Mentang2 tade siapa ambil tindakan, berleluasa lak pakcik ni
DeleteErmm... mana pegi mufti2 di msia nie? semua pegi bercuti serentak ker? harussani? Noh Gadut? no komen laa... patut la msia nie bertimpa2 musibahnya..
ReplyDeletemaybe mufti-mufti tanak pebesarkan isu ni skang, masa belum sesuai kot, nanti tunggu pesawat dah dijumpai, hopefully ada la tindakan
Delete