Pages

Monday, November 24

Resepi Ringkas Kek Keju Bakar / Baked Cheese Cake

Salam ...

Lagi resepi ringkas dan mudah. Bahan pun mudah didapati. Dari Resepi Adunan Asas Cheese Cake. Yang ni cheese cake original tanpa sebarang tambahan dan topping.

Nyum Nyum ~ Kek keju bakar.  Sekejap je licin :)


Bahan-Bahan;

- 1 Cup Cream Cheese
- 1 Cup Plain Yogurt / Whipped Cream
- 1 Cawan Gula Kastor
- 2 Biji telur Gred A
- 2 Sudu Besar Tepung
- 1/2 Sudu Kecil Esen Vanilla

Bahan-bahan kek keju. Mudah didapati. Beli je di hypermarket :)

Bahan-Bahan Base;

- Biskut
- Butter

Cara-Cara;

1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga sebati.
2. Campurkan telur, tepung dan esen vanilla kedalam adunan.
3. Pukul Sehingga kembang dan sebati kemudian ketepikan.
4. Biskut dihancurkan dan digaul bersama butter sehingga menjadi doh.
5. Lenyekkan doh biskut dalam loyang dan tuang adunan cheese diatasnya.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-45 minit, pastikan ada air dibawah loyang untuk elakkan base biskut hangus.
7. Boleh juga dikukus dengan api sederhana kuat selama 30-45 minit.
8. Simpan didalam fridge 4-6 jam sebelum dihidangkan.

Base biskut dilenyek di permukaan loyang

Cheese kek yang belum dibakar. Anak-anak dah menunggu tak sabar :p

Sewaktu keluar dari oven. Bau cheese menusuk kalbu :)

Tepung boleh guna tepung jagung atau tepung gandum. Kalau tak suka atau tak makan telur, boleh digantikan dengan 3/4 cawan tepung naik sendiri. So dua sudu tepung tu tak perlu dimasukkan.

Selamat Mencuba! Klik Sini untuk banyak lagi resepi cheese cake dan tip-tips mudah :)

Entri Berkaitan;

1. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing By: BW (Buat Wanita)

26 comments:

  1. menarik ni, boleh cuba buat lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. Biskut digestive tu sedap sgt. Cake dah x mkn sejak ank ada ekzema.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. lagi bagus makan begitu saja kan. oh baru tahu ekzema takleh makan kek bagai ni. tape la, kek bukan sihat pun :p

      Delete
  3. kalau yogurt gantikan jus lemon leh x

    ReplyDelete
  4. mudah jer . akan cuba satu hari nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah je. cuba la, kalau ramai tukang makannya :)

      Delete
  5. akak tak dek ke resipi kek coklat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. tengok kat side bar. resepi kek coklat sukatan cawan :)

      Delete
  6. tengok gambar pun dah rasa sedap. naknak bila tengok sambil perut lapar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perut lapar kan... nampak makanan semua sedap ;)

      Delete
  7. Wahhh... sonang bah iteww... :D atas letak blueberry pun sodap... kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm... kalau ada blueberry, nak letak juga. double sedapnya ;)

      Delete
  8. sedapnye tgk kek cheese ni..baru tau cara nk buatnye...terima kasih ye kak krn berkongsi resepi..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek cheese memang terbaik ... sama-sama. selamat mencuba :)

      Delete
  9. Nampak mudah je.nak try buat la chess cake

    ReplyDelete
  10. I cup tu memang 1cawan ke sukatannya?

    ReplyDelete
  11. I cup tu memang 1cawan ke sukatannya?

    ReplyDelete
  12. 1cup cream cheese tu memang 1 cawan sahaja ke

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)