Thursday, April 23

Resepi Asas Muffin / Cupcakes Sukatan Cawan. Simple Sangat.

Salam ...

Jom buat muffin / cupcakes dirumah dengan resepi asas sukatan cawan ni. Resepi ni untuk sekali makan aje, untuk 6 cups bersaiz sederhana. Muffin makan begitu sahaja, cupcakes letak cream diatasnya ;)

 Resepi ngam-ngam untuk loyang muffin diameter 10cm, sekali bakar aje :)

Bahan-Bahan;

- 1 @ 11/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Biji Telur (Gred A)
3/4 Cawan Susu
- 1/2 Cawan Minyak Jagung
- 1/4 @ 1/2 Cawan Gula Kastor
- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
- Buah / Serbuk / Kordial (Perisa)

Cara-Cara;

1. Pukul minyak jagung dan telur sampai kembang.
2. Masukkan gula kastor dan esen vanilla, pukul sebati.
3. Masukkan susu dan tepung bergilir-gilir, pukul lagi.
4. Masukkan buah blend / serbuk perasa / kordial kedalamnya.
5. Masukkan adunan dalam acuan, 3/4 cup atau sampai penuh.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15-25 minit.

Tips Tambahan;

1. Jika guna tepung gandum, masukkan satu sudu teh baking powder. Make sure baking
powder bukan stok lama. Cek Manufacturing date kay. Kalau stok lama, takut tak naik.
2. Kalau tak nak guna telur pun boleh, ikut suka. Tapi lagi better letak telur :)
3. Minyak jagung boleh digantikan dengan minyak masak atau marjerin atau butter.
4. Susu boleh guna sama ada susu segar, susu kotak, susu tin atau susu tepung yang dibancuh.
5. Untuk muffin, masukkan adunan sampai penuh cup biar kembang bila dibakar.
6. Untuk cupcake, masukkan adunan 3/4 cup, sebab nanti kita nak letak cream diatasnya.
7. Boleh juga dibakar lama hingga golden brown. Muffin yang garing rasa lebih sedap.
8. Untuk muffin coklat, nestum, pisang dan seumpamanya hanya masukkan 1 cawan tepung,
9. Untuk muffin / cupcakes vanilla atau tambah kordial, masukkan 11/2 cawan tepung.
10. Untuk muffin / cupcake dengan perisa kordial manis, kurangkan kandungan gula.

Muffin Coklat. Untuk resepi penuh Klik Sini

 Muffin Jagung. Untuk resepi penuh Klik Sini

Muffin Pisang. Untuk resepi penuh Klik Sini

 Muffin Red Velvet. Untuk resepi penuh Klik Sini

Muffin Vanilla Coklat Rice. Untuk resepi penuh Klik Sini


Muffin Oren Sunquick. Untuk resepi penuh Klik Sini.

Muffin Pandan Coklat Rice. Untuk resepi penuh Klik Sini

Muffin Strawberi Coklat. Untuk resepi penuh Klik Sini

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
2. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Bubur / Pengat Sagu
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

26 comments:

  1. rasa macam nak cuba..tapi sibuk online buat kerja blogger tu menyebabkan sekadar niat la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kalau lelaki yang baking cam hebat je yer :)

      Delete
  2. Ringkas bahan-bahannya.. Mesti cuba buat nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ringkas kan ... sesuai untuk yang nak cepat :)

      Delete
  3. Senang nak buat ni sis....InsyAllah ada masa nak cuba buat juga lah sismmmhihi

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ilmunya...Mohon share ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer ... jangan lupa bagi backlink kay :)

      Delete
  5. Kalau nak buat cupcake vanilla, serbuk vanilla tu kena letak banyak mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh letak ikut suka dalam 3-5 sudu, serbuk vanilla tak pahit pun kalau kita letak banyak :)

      Delete
  6. Tengah try buat..
    Harap menjadi��

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah siap dah lah kan? menjadi tak? :)

      Delete
  7. Replies
    1. boleh jer kalau nak kukus ... muffin akan jadi moist kalau kukus :)

      Delete
  8. Hi
    Dalam semua resepi yg ada dlm ni mentioned guna SUSU. Susu tu susu cair or susu pekat yer?. Keliru pulak saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ... susu cair ... boleh guna sama ada susu krimer cair yang dalam tin atau guna susu segar atau pun guna susu tepung yang dibancuh dengan air :)

      Delete
  9. Salam nak tanya,kalau pkai tepung sponge boleh x?harap sis jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ... belum pernah cuba lagi. so tak tahu jadi ke tidak. cubalah, nanti inform kay :)

      Delete
  10. Wow...cantik tertarik menarik....memang deboom...nak kene cuba ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada deboom nya sis, buat makan sendiri jer boleh ni hihi :)

      Cubalah, mudah ni

      Delete
  11. TQ sooo much..byk jugak nk tanya,tp sis dah bgtau siap².tips2 sgt membantu bg newbie cam sy.thx again..

    ReplyDelete
  12. Nk tanya kalau satu adunan kira2 dpt berapa biji muffin .😅

    ReplyDelete
  13. Nk tye..klu bakar guna api bawah @ atas bawah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...