Sunday, September 7

Resepi Adunan Asas Kek Keju / Cheese Cake Senang Simple

Salam ...

Resepi Adunan Asas Cheese Cake ni sesuai untuk baked atau chilled cheese cake atau cheese tart atau pun tiramisu. Sesuai untuk buat original cheese cake, oreo cheese cake, blueberry cheese cake dan semua jenis cheese cake la :)

 
Dua bahan utama yang BW selalu gunakan. Beli di Hypermarket je.

Bahan-Bahan Asas;

- 1 Cup Cream Cheese
- 1 Cup Plain Yogurt / Whipped Cream
- 1 Cawan Gula Kastor

Bahan Tambahan Untuk Baked Cheese Cake;

- 2 Biji telur Gred A
- 2 Sudu Besar Tepung Jagung
- 1/2 Sudu Kecil Esen Vanilla

Bahan Tambahan Untuk Chilled Cheese Cake;

- 1 Sudu Besar Gelatin
- 3 Sudu Besar Air Panas

Cara-Cara;

1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga sebati seperti gambar dibawah.
2. Untuk baked cheese cake, campurkan telur, tepung jagung dan esen vanilla kedalam adunan.
3. Untuk chill cheese cake, bancuh gelatin bersama air panas sehingga cair, kemudian masukkan dalam adunan cheese dan pukul lagi hingga sebati.
4. Untuk chill cheese cake, simpan dalam fridge semalaman.
5. Untuk baked cheese cake, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-45 minit, atau kukus dengan api sederhana selama 30-45 minit.

Tips Tambahan;

1. Cream cheese boleh digantikan dengan yang jenis berbuku seperti Philadelphia ataupun yang jenis tube seperti Tatura.
2. Plain yogurt boleh digantikan dengan whipped cream ataupun susu.
3. Kurangkan gula kepada 3/4 cawan jika mahukan cake yang kurang manis.

Adunan asas cheese. Sapu pada roti pun sedap :)

 Nyum nyum. Original cheese cake yang dibakar.

>> Original Cheese Cake : Bahagian bawah, letakkan doh bread crumb (campuran biskut hancur dan butter cair). Tuang adunan cheese diatasnya. Boleh Kukus / Bakar. Resepi penuh, Klik Sini.

Cheese choc all time favorites ;)~

>> Cheese Choc / Chocolate Cheese Cake : Bahagian Bahagian bawah, letakkan doh bread crumb (campuran biskut hancur dan butter cair). Bahagian tengah adunan cheese original. Bahagian atas adunan cheese ditambah serbuk koko. Boleh Kukus / Bakar. Resepi penuh, Klik Sini.

Sedap dimakan bila dah disejukkan dalam fridge selama 4jam. Yummy~

>> Oreo Cheese Cake: Bahagian bawah, letakkan doh oreo (campuran oreo dan butter cair). Tuang adunan cheese yang dicampur oreo hancur diatasnya. Boleh Kukus / Bakar. Resepi penuh, Klik Sini.

>> Blueberry Cheese Cake: Bahagian bawah, letakkan doh bread crumb (campuran biskut hancur dan butter cair).Tuang adunan cheese yang dicampur blueberry filling diatasnya. Boleh Kukus / Bakar. Resepi penuh, Klik Sini.

Marble Chocolate Cheese Cake. Yummy~ :)

>> Chocolate Chese Cake: Bahagian bawah, baked dulu kek coklat sampai masak. Tuang adunan cheese diatasnya. Masak lagi. Boleh Kukus / Bakar. Resepi penuh, Klik Sini.

Nyum Nyum~ All time favorite, paling senang nak buat ;)

>> Tiramisu Cake: Hanya menggunakan bahan-bahan asas sahaja tanpa bahan tambahan seperti di atas. Cuma perlu layerkan adunan cheese dengan sponge finger / biskut / kek span. Kemudian chill / simpan dalam fridge semalamam. Resepi penuh, Klik Sini.

Nestum cheesekut, confirm anak-anak suka ;)~

>> Nestum Cheesekut : Sama seperti tiramisu cake. Layerkan adunan cheese bersama biskut dan nestum, then simpan dalam fridge sekurang-kurangnya empat jam atau semalaman. Resepi penuh, Klik Sini.

>> Cheese Tart: Letakkan filling kesukaan kedalam tart shell, kemudian masukkan adunan baked cheese. Bakar seketika. Kemudian sejukkan dalam fridge. Resepi penuh, Klik Sini.


Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
2. Resepi Asas Bubur / Pengat Sagu
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

16 comments:

  1. amboi bertinkek -tingkek tiramisu tu ... perghhh jeles .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertingket-tingket sebab gina biskut kan ... kalau guna sponge kek, 2 tingket sudah ;)

      Delete
  2. Menarik la tengok Marble Chocolate Cheese Cake.tu... ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kukus kot... tu yang nampak lembap jer tu :)

      Delete
  3. Wah, macam-macam juga buat keknya.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... buat untuk makan sendiri je boleh la :)

      Delete
  4. Tulun..tulun..baru first time wst oreo cheesecake ni..huhu..cane nk wat kalo filling tercair..aiseh..camouran nye whipping cream n fresh milk tu terlebey suda..acaner yea?nt xjadik pulokkk.. ='(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni filling buat kek ke filling topping? Kalau filling topping cair, campur dengan butter yang telah dipukul sampai kembang. Kalau filling kek, campur je tepung atau telur, tapi make sure kukus/ bakar la, jangan terus chill :)

      Delete
  5. sis tumpang tanya, klo guna cream cheese tatura, guna yg 250g or 500g .thanks u 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna cream cheese tatura, guna yang 250g tu kay :)

      Delete
  6. Assalamualaikum...sis,kalo whipping cream/plain yogurt tu blh ganti dgn susu per?susu cair k susu pekat manis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... boleh gantikan dengan susu cair atau susu segar. tambah lah sedikit perahan lemon untuk naikkan rasa. cheese ni kena ada rasa masam-masam sikit baru syok. kalau letak plain yogurt dah memang masam, so tak payah perahan lemon :)

      kalau nak ganti dengan susu pekat pun boleh juga, kurangkan kuantiti gula. saya pernah cuba guna susu pekat, tapi tekak tak berapa nak feel sangat. kalau nak cuba boleh, lain orang lain citarasa kan.

      Delete
  7. kalau tak pakai gelatin, boleh ganti dengan apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang chill memang kena letak gelatin ... ataupun yogurt tu gantikan dengan whipping cream yang telah dipukul kental, kandungan gula pula bergantung pada kuantiti whipped cream tu :)

      Delete
  8. Saya baru hasilkan cheesecake original ikut resepi yg diberi ni. Alhamdullilah. Menjadi dengan cantikm terima kasih yaa.
    Saya dapat pujian dari chef tempat saya bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. sama-sama ... wahhh chef yang puji tuu. terbaiklah sis :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...