Sunday, March 9

Resepi Doh Asas Roti, Pau & Donut Simple Senang

Salam ...

Kali ni nak update resepi asas doh. Mudah, tak perlu penimbang atau penyukat bagai. Resepi doh ni boleh buat roti bun, roti pizza, donut, pau, cakoi pun boleh.

tips membuat pau lembut dan gebu
Doh asas roti pau yang telah kembang. 

Bahan Asas;

- 1/2 Kg Tepung
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 1 Sudu Besar Shortening
- 1 Cawan Air Sejuk
- Sedikit Garam.

Bahan Tambahan;

- 3 Sudu Besar Susu Tepung
- 1 Sudu Besar Gula

Tambahkan satu sudu teh bread softener atau bread improver bagi mendapatkan roti yang gebu gebas macam roti yang kita beli dikedai bakeri. Tapi kalau tak ada pun tak apa, kurang gebu jer lah roti kita nanti :) 

Cara- Cara;

1. Ambil secawan air dan bancuhkan bersama beberapa ketul ais dan ketepikan.
2. Masukkan tepung, garam, yis, susu tepung & gula kedalam bekas dan gaul rata.
3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung.
4. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlampau lembik atau keras.
5. Masukkan shortening dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan.
6. Biarkan doh mengembang menjadi 2X ganda, selama 30 minit, Klik Sini.
7. Bakar dalam oven untuk roti, Kukus untuk pau dan Goreng api sederhana perlahan untuk donut, roti puri & cakoi.

Tips Tambahan;

1. Kalau tak ada shortening, gantikan dengan minyak masak atau butter atau marjerin.
2. Masukkan bahan tambahan; gula & susu tepung jika membuat roti manis atau pau berinti manis, donut dan cakoi dengan sos manis.
3. Guna tepung berprotein tinggi untuk roti dan donut yang gebu. Untuk pau yang putih dan lembut guna tepung pau Blue Key. Untuk cakoi pula boleh  guna tepung gandum sahaja.
3. Tambahkan serbuk penaik kedalam doh cakoi dan donut (jika ada) bagi menjadikannya lebih kembang bila digoreng.

Klik Sini untuk resepi pau lembut dan gebu.

Klik Sini untuk resepi roti pizza home made.

 Klik Sini untuk resepi donut mudah.

Klik Sini untuk roti puri kembung.

Klik Sini untuk resepi mudah roti goreng.

Klik Sini untuk resepi roti bagel lembut sedap.

Klik Sini untuk mudah roti bun manis.

Klik Sini untuk cara kembangkan doh dalam masa 30 minit menggunakan periuk kukus. Manakala untuk kembangkan doh dalam masa 30 minit menggunakan oven pula Klik Sini.

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
2. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
3. Resepi Asas Bubur / Pengat Sagu
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

19 comments:

  1. ish ish ish... mmg suka makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka :) ... skang ni anak-anak pun kuat makan, so jadi suka masak pulak :)

      Delete
  2. pasal guna air panas tu saya tau la.. mak saya ajar.. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah belajar buat doh nampak... senang bini nanti yer, kalau buat kuih pandai, mesti masak pun pandai :)

      Delete
    2. x de la pandai sangat.. cma suka masuk dapur je.. mak buat gulai, saya tukang perah santan. mak buat kuih, saya tukang kacau.. mak buat cekodok pisang, saya tukang lenyek.. hehehe

      Delete
    3. macam husband BW la.. ni suka tolong sebab kuat makan jugak ke? haha ... nanti senang la bini, bila pantang tayah panggil mak ngan mertua jaga :)

      Delete
  3. salam si BW :) yaya tag sis dalam entry yaya http://sweetsouryaya.blogspot.my/2015/09/roti-bun-kosong-menjadi.html .. thanks sb sudi share resepi asas ni . sb follow memg menjadi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yaya ... Alhamdulillah jadi. sama-sama yaya. nanti akan terjah entry yaya kay :)

      Delete
  4. mummy pernah buat..tp bubuh yis tu bukan setengah , tapi sepeket... habis mengembang-gembang dia.. syokkk! gebu gebas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha samalah kita ... first time meroti dulu pun macam mummy juga, masukkan sepeket yis untuk setengah peket tepung, kembang semangkuk, lama-lama try buat separuh :)

      Delete
  5. Dah 2 3 kali try wat roti. X pernah menjadi huhuhu. Siap beli bread machine sbb x pandai nk menguli. Org kata masuk je suma.....dh buat tp hasilnye tetap x menjadi huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hairan. yis tu yis baru beli ke yis lama? ... make sure yis yang digunakan yis baru beli dan tak masuk angin.

      saya pun tak tahu macamana bread machine berfungsi. cuba uli dengan tangan pula, biasanya orang lain cuba menjadi ajer. cuba follow kuantiti bahan dan step by step instruction atas tu kay.

      Delete
  6. Assalamualaikum,

    Kalau guna tepung pau. Tak pyah letak yis atau pengembang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ... mesti kena letak yis. sebab dalam tepung pau tak ada yis pun. kalau beli tepung pau brand bluekey biasanya akan dapat free yis mauripan.

      Delete
  7. salam akak BW. kalau saya tak letakkan tepung susu takpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ... boleh jer. basic buat roti mesti ada tepung, air dan yis ... yang lain-lain boleh tambah atau kurangkan ikut suka :)

      Delete
  8. Assalamualaikum. .... sy mohon maaf dan halalkan resepi ni sbb sy dah share kat fb tanpa minta izin puan... sy jgk ada tambahh bhn dlm resepi ni..... .sy dah buat mmg lembut dan sedap ank2 dan suami suka mkn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ... no problem sis. Sama-sama kita berkongsi resepi dengan yang lain yer.

      Saya pun selalu tambah bahan itu ini ikut apa yang ada kat dapur. tapi kalau tak ada banyak bahan, saya guna bahan asas macam resepi yang saya share tu :)

      Delete
  9. salam sis... sudu besar tu sama dgn sudu makan ke?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...