Pages

Wednesday, December 17

Resepi Dan Cara Buat Roti Goreng Gebu Sedap

Selamat Malam ...

Ada sesiapa pernah makan roti goreng? Ke tak pernah dengar pun roti goreng :p Actually, BW pun first time buat. Dari Resepi Asas Doh, plan nak buat roti, tapi digoreng. Nak cepat makan punya pasal. Kalau bakar kan lama :)

 Roti goreng cicah susu pekat. Sedapnya makan time panas :)~

Bahan-Bahan;

- 1/2 Kg Tepung
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 1 Cawan Air Sejuk
- Sedikit Garam.
- 3 Sudu Besar Susu Tepung
- 1 Sudu Besar Gula
- 1 Sudu Besar Minyak Masak

Cara- Cara;

1. Ambil secawan air dan bancuhkan bersama beberapa ketul ais dan ketepikan.
2. Masukkan tepung, garam, yis, susu tepung & gula kedalam bekas dan gaul rata.
3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung.
4. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlampau lembik atau keras.
5. Masukkan minyak masak dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan.
6. Biarkan doh mengembang selama 30 minit, Klik Sini.
7. Bulatkan doh sebesar bola golf , leperkan dan tarik-tarik.
8. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana kuat.
9. Goreng sehingga garing dikedua belah roti.

Hidang time panas, sekejap je licin. Garing diluar, gebus didalam :)

Klik Sini untuk Resepi Asas Doh yang lebih details. Klik Sini untuk teknik kembangkan doh dua kali ganda dalam masa 30 minit sahaja.

Selamat Mencuba!

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

31 comments:

  1. hai bw...kalau roti ni dibakar pun boleh yer..yan suka roti cicah kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually resepi asalnya bakar, guna shortening. klik pada resepi asa doh tu. tapi ni buat goreng. jadilah roti tak berapa nak sihat :p

      sedap kan kalau cicah kari

      Delete
  2. buat roti ni kena rajin menguli ... goreng mmg cepat siap .

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini sis...wahh...sedapnya..m

    ReplyDelete
  4. Salam kenal, saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. TQ :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih kongsi resepi...bole cuba ni...^_^

    ReplyDelete
  6. xpernah dgr pun puteri.. selalu tgk roti bakar atau goreng dgn telur je. nampak sedap. boleh try ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kan. takde jual dipasaran. sendiri buat sendiri makan boleh la, sebab tak cantik :p

      Delete
  7. Roti Puteri Wanita ni, kalau letak inti pun sedap ni :)

    ReplyDelete
  8. ohh sedapnya.. mertua baru buat baru-baru ni.. sedap nyumnyum

    ReplyDelete
  9. Terliur lak tengok time lapar gini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lapar la katakan.. wpun rupa roti tak cantik pun terliur ;)

      Delete
  10. Ni resepi utk berapa org makan ya? Kita nak buat utk makan dua orang je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni banyak la ... kalau dua orang tak habis kot, setengah kilo tepung tu :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)