Saturday, January 3

Eva Foam Wall Deco Di Bilik Anakku. Mudah & Murah

Salam ...

Entri kali ni nak share tips deco bilik anak dengan budget rendah. Nak buat pun mudah sangat. Last time dah story pasal Wall Sticker RM2. Walaupun dua hengget tapi boleh tahan rupanya, Klik Sini. Kali ni dengan budget below RM30 pula. Jom lihat hasilnya ;)

 Hello Kitty Foam Mirror RM3.50 sahaja tau. Lekatkan pada ketinggian anak kay. Suruh dia diri depan cermin tu dulu. Better lekatkan sebelah pintu, so nanti sebelum kesekolah, ajar dia cek dulu tudung kemas ke tidak :)

Bawah ni pula 123 Eva Foam Mat. Saiz 30cm X 30cm. Harga tak berapa ingat la. RM20++ kot. Untuk 123 Mat ni boleh lekat pada dua dinding tau. Tapi sebelum lekat tu makesure dinding tak comot la yer, kalau dah comot tu, sila lah cat dulu kay. Bahan yang diperlukan hanyalah pistol gam dan gam stick. Gam stick satu pack dua hengget je.

Kelurkan semua nombor yang ada dalam mat. Lepas tu, susun dulu dilantai design yang kita nak. Belah kanan tu la pistol gam tembak untuk dilekatkan pada dinding.

 Tadaa. Lekat tengah-tengah wall tau bagi nampak balance gitew. "Cantiknya Ibu" kata my dotter la. Dia maksudkan wall deco yang cantik, bukan ibunya ;p

 Ni pula nombor dalam mat tu. Jangan buang, jangan bagi anak main, lekat pada dinding sebelah lagi kay.

Ni la hasilnya bila dah dilekatkan. Walaupun nampak simple, tapi anak-anak suka tau ;)

Amacam? Mudah kan? Murah lagi tu, tak sampai RM30 untuk semua ni. So, siap lah sudah deco dinding bilik anakku. Dalam bilik ada 4 wall kan. Satu wall untuk langsir. Satu wall lagi lekatkan sticker, Klik Sini dan gantung jam dinding. Satu lagi, lekatkan eva foam mat macam gambar diatas tu dan gantung frame. Wall yang last pula lekatkan 123 eva foam dan hello kitty mirror. So, penuh dah la kan ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

20 comments:

  1. mmg simple dan murah ... cuma kena ada idea dan rajin ... nice .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tak perlu nak budget besar sediakan bilik anak ni ;)

      Delete
  2. kreatifnya bw...tak terfikir pun nak buat macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti anak yan dah besar boleh la buat gini juga, jimat ;)

      Delete
  3. Menarik ni sbb x terfikir pun idea simple ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple kan... nanti boleh la buat juga untuk anak yer :)

      Delete
  4. kreatifnya puteri.. rajin membuat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab takde duit berkepuk, so kena la pikir cara jimat yg kreatif deco bilik anak ;)

      Delete
  5. alolo comelnyaaa kalau lah ina ada adik baby lagi memang dah kebas dah benda ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kalau buat utk adik yg besa diorang tak suka pulak :)

      Delete
  6. Wa...wa...rajin bangt kamu ni. Kat Umah diana finding plain jr

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara anak kecik, nanti dah besar dia tak minat pula gini ;)

      Delete
  7. cantik..kreatiff boleh tiru nie..hehe

    ReplyDelete
  8. Cantik-cantik, secara tidak langsung boleh ajar membaca :)

    ReplyDelete
  9. Creatif.. nak pindah umah boleh di apply kan.. yeay tq for the idea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tq. nanti boleh la buat gini yer :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...