Sebelum ni ada cerita pasal Drama Korea Best 2014-2015, Klik Sini. Satu-satunya cerita korea yang BW pernah story dalam blog. Kalau ikutkan tak terkira dah drama korea yang ditonton sejak dari first year kat uni :)
Watak-watak utama drama What's Happen To My Family
Awal-awal tengok drama ni, asyik ketawa aje. Tapi dua episod terakhir sangat touching sampai nangis :) Actually BW ni hati kering gak la kalau tengok drama, kalau setakat boyfriend atau girlfriend yang mati, jangan harap la nak nangis. Tapi yang ni ayah dia yang mati, so sedih sangat.
Teringat dulu darjah lima, ayah meninggal. Dia dengan mak pergi kursus haji, tapi keracunan makanan time dia makan di kedai mamak. Dia masuk hospital dan meninggal keesokannya. Biasa bila pergi kursus haji, BW akan stay rumah jiran, sebab BW sorang je masih kecil yang ada dirumah. Sedih teramat sebab tak dapat melihat wajah arwah sebelum meninggal. Kakak-kakak dan abang-abang semua dari bandar terus ke hospital.
BW anak bongsu, manja sangat dengan arwah ayah. So, bila arwah tak ada, terasa sangat. Dah tak ada tempat mengadu. Seminggu tak pergi main dengan kawan-kawan, nangis senyap-senyap kat rumah. Sebulan nangis sebelum tidur. Bila dah masuk MRSM, time cikgu tanya "Ayah awak kerja apa?" Terus bergenang air mata. Dah masuk first year uni pun sebak bila cerita pasal ayah.
So, cerita ni memang terkesan la dengan BW :) Drama ni walaupun bagus sebab ianya bercerita pasal kekeluargaan, ada juga yang buruknya. Orang korea ni tabiat suka minum arak beras dan mabuk memang out la. Pakaian pun seksi. So, yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan la yer :) Sape yang nak tonton, Klik Sini. Full link 53 episod.
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
mesti best kan sebab follow dr mula sampai habis :)
ReplyDeletetu la... yg tak best tu seminggu dua episod je, keluar kat tv korea sabtu ahad aje, so punya la tunggu episod terbaru. ahad lepas baru lah habis cerita ni :)
Deleteye lah kan kalo cerita tu ada berkaitan dgn kisah kita pasti kita akan terasa. Al-fatihah utk arwah ayah BW.
ReplyDeletetu la ... sedihnya, terasa sangat :(~
DeleteSalam singgah pagi BW...Diana tak pernah pula follow cerita ni..sayangnya tu..apa2 pun Al-Fatihah buat arwah ayah BW...
ReplyDeletesalam ... cerita ni baru. ahad lepas baru je habis broadcast final episod :)
DeleteXpernah tgk lg.. al fatihah buat ayah BW
ReplyDeleteerm.. perlukan masa free yg banyak kalau nak tengok :)
Delete