Apa menu minum petang untuk hari ni? Ke korang jalan-jalan. Sejak jerebu ni dah lama dah BW tak jalan-jalan sebab ada anak kecil kan, macam tak sesuai nak keluar time jerebu. Kalau korang pun tak keluar juga, bolehlah buat puff manis yang gebu, wangi, lembut dan sedap ni untuk minum petang bersama keluarga ;)
cara buat cream puff gebu sedap
Puff manis yang gebu, wangi, lembut dan sedap :) |
Semalam dah share resepi roti bun manis, Klik Sini. Hari ni share resepi puff manis pula. Semua yang manis-manis ajer kan :p Resepi puff manis ni untuk 80 biji puff bersaiz mini.
cara buat cream puff gebu sedap
Bahan-Bahan;
cara buat cream puff gebu sedap
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 2 Cawan Air Tapis
- 1/2 Biji Buttercup
- 1/2 Cawan Minyak
- 3/4 Cawan Gula
- 4 Biji Telur (Gred A)
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
cara buat cream puff gebu sedap
Cara-Cara;
cara buat cream puff gebu sedap
1. Buttercup dipotong dadu dan dimasukkan kedalam periuk bersama air.
2. Masukkan minyak jagung / masak kedalamnya dan masak hingga didih sebati.
3. Masukkan gula kacau hingga sebati kemudian masukkan tepung dan gaul rata.
4. Pastikan tepung menjadi doh lembut seperti gambar dan biarkan sejuk seketika.
5. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bekas lain dan pukul hingga kembang.
6. Masukkan doh yang telah sejuk dan pukul lagi guna mixer hingga sebati.
7. Adunan akan menjadi seperti adunan kek, masukkan kedalam piping bag.
8. Picit piping bag tu diatas loyang yang telah digris. Picit saiz mini sahaja.
9. Bakar pada suhu 190 celcius selama 20-25 minit sehingga garing.
cara buat cream puff gebu sedap
1. Panaskan air, minyak dan buttercup. 2. Masak hingga mendidih dan sebati. 3. Masukkan gula dan tepung gandum. 4. Gaul sebati hingga menjadi doh lembut. |
1. Masukkan telur dan esen vanilla kedalam bekas. 2. Pukul menggunakan mixer hingga kembang dan sebati. 3. Masukkan doh yang telah disejukkan. 4. Putar lagi hingga jadi seperti adunan kek. |
Masukkan dalam piping bag dan picit kedalam loyang yang digris. |
Bakar sehingga garing atas dan bawah. |
Jemput minum petang semua. Garing diluar lembut didalam :) |
Kalau korang nak buat cream puff kenalah buat besar sikit supaya boleh dibelah dua dan dimasukkan cream kastard didalamnya. Dan juga kurangkan kandungan gula serta tambahkan sediking baking powder dalam bancuhan telur. Bakar pula pada suhu 180 celcius selama 30 minit supaya tidak garing.
cara buat cream puff gebu sedap
Selamat Mencuba!
cara buat cream puff gebu sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
cara buat cream puff gebu sedap
Asalam..rajin ya masak biskut..pasti sedap..tahnia. Terima kasih resipi
ReplyDeletewassalam ... anak-anak rajin makan, ibunya rajinlah masak :) ... sama-sama
DeleteSEDAPNYA...
ReplyDeletenyum~ :)
DeleteZie Has tahu tak...dek kerana rajin baca blog ni penuh dgn masakan mudah..siang tadi terus pegi survey oven RM139 jenama pensonic....belum beli sbb risau jenama tu cam x berapa ok...apa pendapat Zie Has
ReplyDeletehahaha ... kat rumah ni pensonic kecil tu la JM. beli time mula kawin, 9 tahun lepas, time tu seratus je kot, sampai sekarang ok lagi ;)
Deletehahhahaha ya betui.. mummy pun baru dok survey oven semalam gara2 asyik baca resepi Zie ni.. ni dok congak-congak nak beli ker idak..hehhehehe :D
Deletehehe beli mummy ... boleh la bakar puff pastry ready made, senang je kan :)
Deletecream puff!!! kawan kat opis selalu buat....bila mkn...huemm sedap nya...terus rasa nk buat sendiri bila baca entri ni terus rasa nk buat....tgk lah esok g survey oven lagi hiksss
ReplyDeletesedap kan kalau letak cream kastard, jadi cream puff ... tapi ni nak bagi anak makan, malas letak cream, nanti habis comot rumah :p
Deleteapa tunggu lagi JM, beli la oven tu, pensonic pun ok la, kita bukan mat saleh baking sehari 2-3 kali kan ;)
tapi serius, memang terror masak sungguh Zie ni... especially kek , biskut2 ni.. bagi mummy ianya renyah.. hehhehee tapi tgk Zie buattt ehh senangnya.. :D
Deletemasak yang senang simple jer mummy ... senang ajer nak buat semua tu, yang renyah bila nak mencuci dan mengemas :)
Deletetgk jari dan tangan Zie Has dah tahu pandai dan rajin masak!
ReplyDeletehaha memandai jer JM ni kan ... ingatkan JM nak cakap tangan montel ke apa kan hehe :p
Deletejari aje JM ni.. kikiki :P
Deletehehe dia kan Jari Manis :)
DeleteCream puff makan dengan buah strawbery mesti sedap
ReplyDeletesedapnya kan ... makan dengan strawberi dan fresh cream, yummy :)
Deletepagi-pagi baca blog ini menyebabkan saya teruja untuk makan dah!
ReplyDeletehehe ... belum sarapan lagi ke ni? :)
DeleteBW... reti buat roti potato mcm yg ada kt kedai bakery tu tak?
ReplyDeleteroti potato tu sama macam buat roti lain ajer huda ... cuma kena masukkan kentang rebus yang dilenyek dalam tepung sebelum masukkan air :)
Deleteutg anak - anak zie . tiap hari mkn sedap ni ...
ReplyDeleteuntung juga dapat anak-anak yang kuat makan ni ... semangat nak ke dapur sentiasa datang :)
DeleteSuka sangat makan tapi Zumal beli je ^-^
ReplyDeletehehe beli lagi senang kan zumal ... cumanya jarang peniaga jual sikit-sikit, biasa diorang jual sekotak terus :)
Deletesy mmg suka mkn tp fail bla buat cream kastard... x sesedap yg dijual kat bakery ;-(
ReplyDeletecoba lagi, kipidap dongibap ... cream kastard tu last sekali kena masukkan butter atau buttercup, kalau masuk marjerin sajer kurang sedap :)
Deletep/s kat tmpt sy dipanggil dadih kuih koci tp kt tempat lain sy x tau ;-)
ReplyDeleteoh ok ... kalau dengar dadih jer teringat dadih dalam cup ajer ;)
DeleteSedapnya.. Comel je semuanya... ;)
ReplyDeletesengaja buat comel kecil biar cepat garing ... nanti tak comot anak-anak makan :)
DeleteAmbik tempahan tak. Hihihi
ReplyDeleteambik tempahan anak-anak jer ;)
Deletesedap !! alahai bila dpt buat.
ReplyDeletenanti free buat la nina :) ...
Delete