Sunday, February 1

Tempat Makan Best : Nasi Arab Damsyik Best @ Senawang Negeri Sembilan

Salam ...

Nasi Arab. Nasi Arab. Lagi lagi Nasi Arab :p Husband BW ni ha suka sangat nasi arab. Jauh ni Senawang pu la tu. Tapi bukan lah datang semata-mata nak makan nasi arab :) kami singgah on the way ke Kuala Pilah.

Biasa kalau makan nasi arab kami pergi malam. Tapi sebab ni on the way, so lunch la nampaknya. Kami order dua set je, satu ayam, satu kambing. Nasi arab damsyik ni dihidangkan bersama salad timun, sambal dan yogurt.

 Wahid set - ayam. Nama je wahid, tapi untuk makan dua orang tau ;) Menu BW share dengan my dotter.


 Menu feveret husbandku. Wahid set - kambing. 

 Actually ni nasi kambing tu, time waiter hidang nampak cam nasi kosong lak, kambing tertimbus :p

 Harga kat sini standard harga nasi arab cyberjaya je.

Memang cozy. Duduk bersila. Kami duduk area sini la senang nak makan, biar anak main :)

Nasi dia best, lembut dan wangi. Ayam pun lembut, cukup rasa rempah. Kambing pun lembut. Berbaloi la singgah. Yang best tu yogurt dia, yogurt cair yg sedap, syok la gaul dengan salad timun, BW siap add on salad timun tu sebab nak makan dengan yogurt. Sambal tu pula agak pedas, biasa BW akan minta extra sambal atau pow husbandnya sambal, kali ni satu cup pun dah terasa pedas. Ni namanya sambal arab versi negeri sembilan ;) Air tak perlu nak review la, kami order teh arab ais je.

Rasa: Sedap
Suasana: Selesa
Kebersihan: Bersih
Servis: Cepat (Sebab tak ramai customer time kami datang)
Harga: Standard (Tak mahal, tak murah)

Alamat: No 1, Jalan Bourgainvilla 1, Senawang, Seremban
No Tel: 011-2376 7917
Web / Fb : Klik Sini

Thanks For Viewing! By: BW (Buat wanita)

9 comments:

  1. Dekat dengan rumah Mrs. A biasa tapau jer..belum pernah makan di restorannya ;-(

    ReplyDelete
  2. Hubby sue pun suka nasi arab. Kalo sue pilih ayam juga sbb x mkn kambing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama eh... agaknya org lelaki memang suka makan kambing la.. kalau pergi western pun order lamb chop la kan :p

      Delete
  3. Assalamualaikum

    Arggghhh nk boikot lah blog bw til kita balik malaysia ... huhuhu... untong lah dpt nasik arab...
    huhuhu....

    Jeles big time

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Arggghhh nk boikot lah blog bw til kita balik malaysia ... huhuhu... untong lah dpt nasik arab...
    huhuhu....

    Jeles big time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ...

      hehe ... dapat makan nasi arab je pun, bukan dapat ergi arab :p

      wah nhhas tak balik dari jepun lagi eh? syoknya,lama kat sana. yg ni lagi la jeles :)

      Delete
  5. Replies
    1. nanti ada kesempatan atau bila ternampak restoran arab boleh la cuba yer :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...