Friday, June 19

10 Makanan Sedap Terengganu Mesti Cuba Rasa

Salam ...

Entri makanan untuk hari ini. Last time dah cerita kami singgah di Muzium Kemaman, Klik Sini. Kami ke Kemaman ni dengan tujuan utama jalan-jalan cari makan. Terengganu memang syurga makanan lah, harga pun murah :)
makanan sedap best terengganu
Kalau ke Terengganu mesti kena cuba beli dan rasa makanan-makanan ni kay ...
makanan sedap best terengganu
Nasi Dagang. Makanan Sedap Best Terengganu Mesti Cuba Rasa. Makanan Sedap Best di Terengganu Mesti Beli.
 Nasi dagang RM2.00 aje sebungkus tau.
Kat Terengganu je dapat harga macam ni ;)
makanan sedap best terengganu
1. Nasi Dagang
makanan sedap best terengganu
Nasi dagang Terengganu agak berbeza sedikit dengan nasi dagang Kelantan, dari segi warna nasi dan kuah ikan tongkolnya. Kuah nasi dagang Terengganu warna lebih gelap kerana ditambah kerisik berbanding dengan nasi dagang Kelantan kuahnya lebih kepada rasa masak lemak. Pilihan BW, nasi dagang Terengganu :)
makanan sedap best terengganu
2. Nasi Kerabu
makanan sedap best terengganu
Nasi kerabu Terengganu sama aje rasanya dengan nasi kerabu Kelantan, pada tekak BW la, dua-dua pun sedap. Nasi kerabu ni nasi yang bewarna biru dan dimakan bersama budu, keropok, telur masin, ulam, solok lada beserta ikan / ayam / daging.
makanan sedap best terengganu
Sata Ikan. Makanan Sedap Best Terengganu Mesti Cuba Rasa. Makanan Sedap Best di Terengganu Mesti Beli.
 RM5.00 untuk 10 pcs sata. Yang ni saiz kecil sangat, rasa tak puas. So, kenalah beli berkali-kali ;p Kalau kat pasar malam Kl & Selangor, saiz double :)
makanan sedap best terengganu
3. Sata Ikan
makanan sedap best terengganu
Sata ikan ni merupakan makanan yang korang mesti cuba. Sedap kay. Memang beli sekali nak lagi dan lagi. Kalau kat Johor famous dengan otak-otaknya, kat Terengganu famous dengan Sata Ikannya. Senang cerita orang selatan panggil Sata ni Otak-otak Terengganu. Cuma rasa sata agak manis, untuk penggemar pedas mungkin kurang gemar la. Gerai-gerai tepi jalan banyak sangat yang ada jual sata ni. So, senang la kita nak repeat beli ;)
makanan sedap best terengganu
Pais Ikan. Makanan Sedap Best Terengganu Mesti Cuba Rasa. Makanan Sedap Best di Terengganu Mesti Beli.
 Pais ikan, macam ikan bakar la kat KL & Selangor.
makanan sedap best terengganu
4. Pais Ikan.
makanan sedap best terengganu
Pais ikan ni ikan yang dibungkus dengan sambal kemudian dibakar. Actually sama aje dengan ikan bakar daun pisang area KL & Selangor. Area Melaka pun banyak ikan bakar berlada / sambal ni. Cuma rasa sambal dia berbeza sikit la, sebab sambal dia agak manis. Pilihan BW ikan bakar Melaka. Tapi dah datang Terenganu mesti la cuba pais ikan kan. Selain pais ikan, ada juga pais udang, pais sotong dan pais ketam.
makanan sedap best terengganu
5. Keropok Losong & Lekor.
makanan sedap best terengganu
Jangan lupa cuba keropok losong bila ke Terengganu. Keropok losong susah nak dapat kat tempat lain. Kalau keropok lekor kat mana-mana pun ada. Keropok losong ni sama aje dengan keropok lekor yang rebus tu, cuma isi ikannya lebih banyak, warnanya lebih gelap, saiznya lebih kecil dan harganya lebih mahal. Memang terbaik la rasa keropok losong. Kalau keropok lekor BW prefer yang goreng. Keropok lekor Terengganu memang lebih kick berbanding yang kita beli area KL & Selangor ni, lebih rasa ikannya.
makanan sedap best terengganu
Keropok lekor celup tepung. Makanan Sedap Best Terengganu Mesti Cuba Rasa. Makanan Sedap Best di Terengganu Mesti Beli.
Keropok lekor celup tepung hanya di Terengganu.
makanan sedap best terengganu
6. Seafood Goreng Celup Tepung 
makanan sedap best terengganu
Makanan goreng-goreng yang celup tepung sangat terkenal di Terengganu. Contohnya ICT. Kalau kita bukan Terengganu mesti ingat ICT tu Information Communication & Technology. Kalau orang Terengganu pula, ICT tu Ikan Celup Tepung, famous sangat sampai ada nickname :) Selain ikan, banyak juga dijual sotong celup tepung, udang celup tepung dan ketam celup tepung. Yang rare sekali keropok lekor celup tepung, sebab kat negeri lain takde jual.
makanan sedap best terengganu
7. Laksam
makanan sedap best terengganu
Laksam sebenarnya adalah laksa Kelantan. Dah nama pun jiran, ramailah peniaga Terengganu yang menjual laksam. Laksam dijual time sarapan pagi tau. So, jangan lupa merasa breakfast laksam bila ke Terengganu. Ada sesetengah gerai, bila dia bungkus laksam, dia akan kaut sesudu belacan dan masuk dalam bungkusan kita. Satu sudu besar belacan tau, ada bran? ;)
makanan sedap best terengganu
8. Ikan / Seafood Bakar
makanan sedap best terengganu
Terenganu terkenal dengan makanan lautnya. So, jangan lupa cuba ikan bakar, udang bakar, sotong bakar dan ketam bakar. Biasanya dijual diwaktu malam. Sama macam kedai tomyam biasa tu. Bezanya, jika kita pandai pilih restoran, kita akan dapat makanan laut yang fresh dengan harga yang berbaloi-baloi ;)
makanan sedap best terengganu
9. Nasi Kunyit
makanan sedap best terengganu
Nasi kunyit ni sebenarnya adalah pulut kuning. Bagi orang selatan pulut kuning ni special tau, so dimasak bila ada hari penting contohnya khatam al-quran. Tapi kat Terengganu ni pulut kuning atau diorang panggil nasi kunyit, boleh dapat setiap hari. Ada aje peniaga yang menjual nasi kunyit dan ayam kari setiap pagi dengan harga RM2.00 sebungkus.
makanan sedap best terengganu
10. Keropok Keping
makanan sedap best terengganu.
Tak sah la kalau ke Terengganu tapi tak beli keropok keping sebagai buah tangan. Ada pelbagai jenis keropok keping ikan, ada yang bewarna gelap, ada yang bewarna cerah bergantung kepada jenis ikan yang digunakan. Keropok keping udang, sotong dan ketam pun ada. Keropok keping yang ready dimakan pun banyak dijual, ada juga yang sudah disira.
makanan sedap best terengganu
Kalau korang ke Terengganu jangan lupa cuba kay. Walaupun area KL & Selangor banyak makanan Terengganu dan kita dah pernah cuba dah pun, tapi kena la cuba yang orginal Terengganu juga ;)
makanan sedap best terengganu
Entri Berkaitan;
makanan sedap best terengganu
1. Destinasi Budget Cherating Kemaman Kuantan
2. Hotel Tak Best The Legend Resort, Cherating.
3. Muzium Kemaman, Chukai, Terengganu.
4. Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu.
5. Petrosains Playsmart Kuantan Pahang.
makanan sedap best terengganu
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
makanan sedap best terengganu

10 comments:

  1. sedapnya huuu...kopok lekor celup tepung haven't tried yet :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kann ... keropok lekor celup tepung pun kali ni baru kami merasa, rasa macam makan keropok lekor + pisang goreng dalam satu masa , sedap :)

      Delete
  2. ari tu pernah jugak singgah terengganu. dapat la merasa nasi dagang.. pastu bawak balik kepok lekor.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan, murah lagi tu. ... keropok lekor tu makan on the spot selepas siap rebus memang kick :)

      Delete
  3. sedapnya nasi kerabu.. ehhe.. mmg kena makan kalau singgah ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ... memang kena cuba, original terengganu punya :)

      Delete
  4. ya Allah..murahnya nasi daganggggg....bestnya kalau ada kat jb!

    singgah blogwalking!salam ramadhan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah sangat kan ... kat jb tak dapat la harga ni, nasi dagang kosong pun dah RM2 ;) ... salam ramadhan

      Delete
  5. dalam byk2 tu teringin nak mkan data ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sata ikan susah sikit nak cari ... ada sesetengah pasar malam je yang jual sata ikan ni :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...