Sunday, June 28

Misi Mencari Baju Raya Ready Made Sedondon

Salam ...

Bulan puasa ni macam tak cukup masa je nak update blog selalu. Sebab puasa, tak ada mood blogging satu hal, lagi satu, sebab sibuk mencari baju raya ;)

Misi mencari baju raya family sedondon
Sekadar hiasan. Tak sama pun dengan kami, ayahnya tak de la berserban ;p
Anak-anak je yang sama, dua lelaki, dua perempuan.

Sabo je la kan, baru seminggu puasa dah sibuk pasal raya. Baju raya anak-anak dah siap beli dah tau. Sakan tak? Tapi semuanya beli yang ready made. Susah juga yer nak cari yang sedondon ready made ni bila dah berenam semuanya.

My dotter berdua tu pula dah pandai memilih. Nak baju macam princess katanya. Suruh pilih baju kurung tak nak. Suruh pilih jubah pun tak nak. Nak juga macam princess, so, kena lah belikan jubah dress. Nak kasut ada reben la. Macam-macam la budak sekarang ni kan.

Warna tema kami tahun ni maroon. Tapi bertema time hari raya pertama ajer. Sebab ibu ayah biasanya beli sepasang jer untuk raya :p Anak-anak pun untuk raya-raya berikutnya belikan jeans dan t-shirt ajer so nanti boleh la nak pakai bila jalan ke mall.

Tapi kan, baju ibu ayah sepatutnya sepasang je sorang tu pun tak terbeli lagi. Ke nak kena pakai baju tahun lepas ajer? :p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. Baju mak ayah recycle tahun lepas punya pun x pe. Anak2 yg biasanya akan dpt baju baru ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann ... biasa memang recycle je. Tapi rasa macam nak ambil gambar studio la tahun ni,so kena cari gak kot sedondon :)

      Delete
  2. cari BW cari ... jangan tak cari... hihihi.. good luck gitu...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kalau ikutkan my dotter tak cantik, nak pink katanya ... kalau pink tak dapatlah nak sedondon, en suami tobat tak nak pakai pink :)

      Delete
  4. best kan satu family tema sedondon... sehati gitew... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, best bila sedondon ... tapi kami sedondon bila nak tangkap gambar studio aje ;p

      Delete
  5. nak baju princess? mesti terikut dengan Princess Elsa ni....marron pun cantik gak...hurrmm...x de baju raya lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu ... banyak sangat tengok cerita segala princess:)

      erm budak kecil je semangat nak baju raya, kita tak berapa nak ada semangat kot :p

      Delete
  6. kalau baju melayu boleh recycle..baju kurung mcm kena beli lain sbb tkut xmuat pkai yg lama. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ... betul tu. org perempuan setiap tahun mengembang kot ;)

      Delete
  7. salam singgah. selamat hari raya eidulfitri :D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...