Tuesday, July 14

Resepi Cornflakes Madu. Gerenti Rangup & Sedap

Salam ...

Dah siap ke buat biskut raya? Jom buat cornflakes madu pula. Mudah sangat nak buat. Last minute pun sempat ni. Yang penting gerenti rangup dan sedap ;)
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim
Cornflakes madu biskut pilihan kami sepanjang tahun. Nyum Nyum~ ;)
konflake cornflakes madu sedap rangup
Gerenti sedap sebab guna nestle cornflakes. Kalau korang guna kelogs atau cornflakes takde brand, rasa dia memang tak sama la dengan guna nestle cornflakes. Gerenti rangup pula sebab dibakar. Jangan malas tau, jangan masuk cup terus simpan fridge pulak :p
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Nestle Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim
Mesti guna nestle cornflakes tau. Barulah gerenti sedap :)
konflake cornflakes madu sedap rangup
Bahan-Bahan;
konflake cornflakes madu sedap rangup
- 1 Pack Nestle Cornflakes (500g)
- 3/4 Buku Buttercup (250g)
- 1/2 Tin Susu Pekat
- 5 Sudu Besar Madu
- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
konflake cornflakes madu sedap rangup
Cara-Cara;
konflake cornflakes madu sedap rangup
1. Masukkan buttercup kedalam kuali dan kacau sehingga cair.
2. Masukkan susu pekat, gula, madu dan esen vanilla, kacau rata.
3. Kacau dan kacau sehingga berbuih-buih dan tutup api.
4. Biarkan seketika supaya suhu menurun, so cornflakes tak lembik.
5. Masukkan cornflakes dan kacau rata, makesure semuanya digaul.
6. Masukkan kedalam cup dan taburkan hiasan yang disukai.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5-7 minit.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim butter
Masak sampai keluar buih dan kacau-kacau sehingga buih mengembang baru tutup api.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim
Inilah rupanya bila dah siap gaul dengan cornflakes.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim
Masukkan dalam cup dan hias la dengan apa saja yang korang suka.
Boleh guna chocolate rice, semua jenis kekacang, ceri kering yang dipotong pun boleh.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Resepi Cornflakes Madu Rangup & Sedap. Cara buat konflake madu best lemak berkrim
Untuk resepi ni, boleh dapat 3 balang sederhana besar macam ni.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Nota: Buttercup adalah sejenis marjerin yang ditambah butter. Kalau budget lebih, seelok-eloknya guna 100% butter. Nak guna marjerin sahaja pun boleh, cuma rasa biskut kurang sedap. Boleh juga buat campuran sendiri marjerin 200g dan butter 50g.
konflake cornflakes madu sedap rangup
Selamat Mencuba!
konflake cornflakes madu sedap rangup
Entri Berkaitan;
konflake cornflakes madu sedap rangup
1. Resepi Asas Doh Biskut Raya
2. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Kek Simple & Senang
konflake cornflakes madu sedap rangup
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
konflake cornflakes madu sedap rangup

33 comments:

  1. Satu2 nya kuih raya yg saya reti buat sebab easy breezy hehe. Selamat Hari Raya buat tuan blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu easy sangat ;) ... selamat hari raya :)

      Delete
  2. saya dah buat tapi gunakan bubble rise ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lain dari lain ... belum pergi lagi guna buble rice, next year nak cuba la :)

      Delete
  3. BW... ianya lebih sedap kalau dikongsikan dengan saya....
    hihihi... cepat... bak mai sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks ... kongsi gambar ajelah nampaknyer sebab dah habis settle semuanya ;p

      Delete
  4. suka biscuit cornflake ni lebih kepada biscuit kanak2...simple je nk buat...kalau lah JM rajin

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang simple ... bukan kanak-kanak je suka, org dewasa pun suka gak kan :)

      Delete
  5. Kena masukkan butter dulu atau gula dulu yer? Biasa saya letak butter dulu, xjd huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan butter dulu untuk cairkan, make sure api perlahan ... kalau masukkan gula dulu nanti jadi gula hangus pula :)

      Delete
  6. Kena masukkan butter dulu atau gula dulu yer? Biasa saya letak butter dulu, xjd huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan butter dulu untuk cairkan, make sure api perlahan ... kalau masukkan gula dulu nanti jadi gula hangus pula :)

      Delete
  7. Replies
    1. perlu ... memang perlu bakar supaya rangup dan tak melekit. bakar sekejap sahaja dalam 5-7 minit :)

      Delete
  8. Replies
    1. perlu ... memang perlu bakar supaya rangup dan tak melekit. bakar sekejap sahaja dalam 5-7 minit :)

      Delete
  9. Kalau tak letak susu pekat, jadi rangup tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rangup tu sebab dibakar ... cuma kalau tak letak susu pekat rasa conflakes madu tu kureng sedap, tak berlemak lah :)

      Delete
  10. Klau tk letk esen vanilla jdi tk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi ... esen vanilla nak bagi bau wangi time bakar :)

      Delete
  11. kalau tak letak susu pekat boleh tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga, tapi kurang sedap nanti ... better letak susu pekat lah kalau nak confirm sedap :)

      Delete
  12. salam kak. Butter tu guna 250g ke 3/4 daripada 250g buttercup ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. guna 3/4 dari 250g butter ... actually kalau nak guna 250g pun boleh juga, cuma nanti bila dah siap bakar, ada adunan yang melekat di bawah cup. dari segi rasa sama ajer :)

      Delete
  13. Apa maksud gula (membukit)? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu sukat tu biarkan gula tu berbentuk bukit ... kalau ratakan gula tu, kuantiti kena lebih kan atau double kan.

      Delete
  14. Kalau takde oven boleh guna microwave tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rasanya ... sebab nak bakar cornflake madu ambil masa sekejap ajer tak macam bakar biskut. tapi saya belum pernah cuba guna microwave lagi, cubalah :)

      Delete
  15. ½ tin susu pekat tu ikut sukatan tin besar ke tin kecil sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tin kecil sis ... saya tak pernah beli susu pekat tin besar sebab tu tak inform :)

      Delete
  16. Sedap resepi tu..nak cuba juga!

    ReplyDelete
  17. Bajar api
    atas bawah ke sis?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...