Menu apa untuk berbuka hari ni? Jom masak udang sambal, sedap, mudah dan ringkas aje
resepi udang sambal sedap
Nyum nyum, udang sambal memang feveret dari kecil :)
resepi udang sambal sedap
resepi udang sambal sedap
- 20 Ekor Udang
- 10 Helai Cili Kering (Dikisar)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dikisar)
- 1 Biji Bawang Besar (Dikisar)
- 2 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
- 1/2 Cawan Minyak Masak
- Garam (Secukupnya)
- Gula (Secukupnya)
- Air Asam Jawa (Secukupnya)
resepi udang sambal sedap
Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan dua biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar sebiji.
resepi udang sambal sedap
Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan dua biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar sebiji.
resepi udang sambal sedap
Ni rupanya bila dah masak. Tak perlu tambah air kay, nanti udang akan mengeluarkan sedikit air.
resepi udang sambal sedap
resepi udang sambal sedap
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar serta gula.
2. Tumis sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
3. Masukkan udang, air asam jawa dan garam.
4. Kacau seketika sehingga udang masak.
resepi udang sambal sedap
Jemput makan semua :)
resepi udang sambal sedap
resepi udang sambal sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
resepi udang sambal sedap
jadi pengen cepat cepat buka -____-
ReplyDeletemenggoda
sabar ye ... lambat lagi ni nak berbuka :)
DeleteJM failed bab buat sambal ni...biji cili tu x hancur semasa blend..pastu x pedas...rasa x puas mkn
ReplyDeletekena rendam dengan air panas dulu cili tu sebelum blend ... kalau nak pedas kena guna cili india, memang pedas ;)
Deletenak mudah pakai cili boh jee
Deletehahaha cili boh tak sedap lah jadinya sambal tu ... kalau tak percaya cer cuba :)
Deletejgn lupa emailkan alamat eh
ReplyDeletenoted ... will email nanti kay :)
DeleteTambah petai lg terangkat...nyum..nyumm...
ReplyDeleteerk ... terus hilang selera. hehe. tak makan petai la :p
Deleteudang kalau masak mcm ni. memang bertambah nasi masa sahur :)
ReplyDeletebetul tu ... udang kan, sure sedap, goreng pun sodap ;)
DeleteKlau gunakan ketam.. sama jgak ke bhan nye..
ReplyDeletesama juga bahannya kalau nak masak sambal ketam ... untuk sambal ketam tu kalau nak lebih sedap, pecahkan telur last sekali, kacau hingga telur masak then tutup api. selamat mencuba :)
DeleteKalau takde asam keping atau asam jawa nak ganti apa ya? Nak bgi dia masam asam sikit?
ReplyDeleteboleh gantikan dengan cuka, pati delima. boleh juga letak limau kasturi atau limau nipis. make sure letak sikittt jer tau, nanti terover masam pula :)
Delete