Wednesday, October 7

Resepi Mudah Cendol Kenyal Sukatan Cawan

Salam ...

Dulu BW pernah share tutorial cara-cara buat cendol homemade, Klik Sini. Time tu rasa susahnya nak buat, buat sampai dua kali, tapi rasa yang ado ajer, tak kenyal. Lately ni cuba lagi walaupun pernah cakap tak nak cuba dah :p
cara buat cendol kenyal sedap
Resepi Mudah Cendol Kenyal Sukatan Cawan. Cara Buat Cendol Sedap Senang. Cendol Best Santan Gula Melaka
Cendol buatan sendiri :)
cara buat cendol kenyal sedap
Actually resepi yang sebelum ni tak salah pun. Yang salah tu sebab tak masukkan air kapur. Air kapur tu wajib letak yer, bukannya optional. Kalau tak letak air kapur, cendol tak kenyal, tak sedap la rasa dia, benyek jer. So, kalau korang nak cuba buat cendol sendiri dirumah, pastikan ada air kapur tau :)
cara buat cendol kenyal sedap
Bahan-Bahan;
cara buat cendol kenyal sedap
- 2 Cawan Tepung Beras
- 2 Sudu Besar Tepung Jagung
- 5 Cawan Air Pandan
- 1/2 Cawan Air
- 2 Sudu Besar Air Kapur
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula.
cara buat cendol kenyal sedap
Cara-Cara;
cara buat cendol kenyal sedap
1. Bancuh tepung beras, tepung jagung, gula dan garam dengan 1/2 cawan air dan ketepikan.
2. Masukkan air pandan kedalam periuk dan panaskan sehingga hampir mendidih.
3. Masukkan bancuhan tepung, air kapur dan kacau rata hingga sebati dan masak.
4. Masukkan adunan yang telah masak kedalam acuan maruku.
5. Picit kedalam bekas yang berisi air dan air batu.
cara buat cendol kenyal sedap
Untuk tutorial bergambar cara membuat cendol step bby step boleh Klik Sini. Jika tiada daun pandan, boleh gunakan kordial pandan sahaja. Jika tiada acuan maruku, boleh gunakan periuk kukus macam BW. Tapi cendol jadi pendek-pendek montel :p
cara buat cendol kenyal sedap
Untuk air kapur pula, ambil 1/2 sudu teh kapur dan bancuh dengan 3 sudu besar air. Bancuh, kemudian biarkan kapur mendak, ambil air kapur 2 sudu besar untuk dimasukkan dalam adunan cendol. Kapur yang mendak buangkan sajer, jangan masukkan, nanti rasa pahit pula.
cara buat cendol kenyal sedap
Resepi Mudah Cendol Kenyal Sukatan Cawan. Cara Buat Cendol Sedap Senang. Cendol Best Santan Gula Melaka
Pendek-pendek dan montel cendol ni sebab guna periuk kukus sahaja :p
cara buat cendol kenyal sedap
Resepi Mudah Cendol Kenyal Sukatan Cawan. Cara Buat Cendol Sedap Senang. Cendol Best Santan Gula Melaka
Cendol yang telah dibancuh dengan santan dan gula melaka.
cara buat cendol kenyal sedap
Resepi Mudah Cendol Kenyal Sukatan Cawan. Cara Buat Cendol Sedap Senang. Cendol Best Santan Gula Melaka
Buat ais krim cendol pun sedap, anak-anak suka ;)
cara buat cendol kenyal sedap
Resepi Mudah Cendol Kenyal Sukatan Cawan. Cara Buat Cendol Sedap Senang. Cendol Best Santan Gula Melaka
Kalau boleh nak letak cendol penuh semangkuk :p
cara buat cendol kenyal sedap
Selamat Mencuba!
cara buat cendol kenyal sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
cara buat cendol kenyal sedap

18 comments:

  1. Waaa.. kreatif... thanks fot sharing.. nak try ni huhuuu... :D

    ReplyDelete
  2. pergh..memang terbaik dan beruntung encik suami dapat insan seperti puan Zie

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik suami pening asyik makan makan makan ajer hahaha :p

      Delete
  3. Makan cendol time panas rasa syok sangat ^-^

    ReplyDelete
  4. Pendek2 cendol... comelnye... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn pendek-pendek montel, sebab tak ada alat khas :p

      Delete
  5. Sedapnya.. Montel dan pendek takpe.. Asalkan ada rupa cendol.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... yang penting ada rasa cendol juga :)

      Delete
  6. benyek tu mksud apa? hehehe
    nampak sedap ice cream cendol :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benyek tu lembik :p ... ice cream cendol untuk anak-anak :)

      Delete
  7. picit guna apa eh len bentuk cendol montok2 camtu bukan ada acuan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha patutnya gun acuan maruku, tapi takde acuan tu kat rumah ... so guna periuk kukus ajer, bukan picit, tapi lenyek-lenyek :p

      Delete
  8. Assalamualaikum sis .
    Nak tanya lah... Mcm mana nk buat aiskrim cendol tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ... air cendol yang biasa kita minum tu just tuang dalam acuan ais krim, then bekukan semalaman. caranya, kacau cendol bersama santan atau susu dan gula melaka :)

      Delete
  9. Replies
    1. dulu pernah cuba tak letak tepung jagung. rasa macam lain sikitlah kurang kenyal. better letak lah kan. tapi kalau tak nak letak boleh jer, tekstur cendol jer lah kurang kenyal :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...