Friday, November 20

Resepi Masak Lemak Nenas Tulang Ikan Masin

Salam ...

Menu kampung untuk hari ini. Resepi masak lemak nenas tulang ikan masin. Kalau buat masak lemak cili api lagi terangkat la kan. Tapi sebab ada anak kecil memang tak boleh la letak cili api ;)
masak lemak ikan masin nenas
Resepi Mudah Masak Lemak Nenas Tulang Ikan Masin. Cara Masak Lemak Cili Api Ikan Masin. Masak Lemak Nenas Tulang Ikan Masin Sedap Simple Senang
Masak lemak nenas tulang ikan masin :)~
masak lemak ikan masin nenas
Untuk resepi masak lemak nenas tulang ikan masin ni boleh guna apa-apa ajer jenis tulang ikan masin. Antaranya tulang ikan talang atau tulang ikan duri yang dah dikeringkan. Tapi untuk blogging kali ni BW guna tulang ikan merah. Ikan merah yang dibuat ikan masin kurang busuk baunya :)
masak lemak ikan masin nenas
Actually BW tak suka pun makan ikan masin ke ikan pekasam ke. Just masak untuk encik suami. That's why pilih tulang ikan merah sebab kurang bau busuknya tu. Kalau pilihan encik suami memanglah tulang ikan talang, lagi best katanya. Yang tak best BW yang masak ni la sebab bau ikan talang masin agak kuat :p
masak lemak ikan masin nenas
Bahan-Bahan;
masak lemak ikan masin nenas
- Tulang Ikan Masin
- 1/2 Biji Kelapa Parut
- 1/2 Biji Nenas
- 1 Pcs Asam Keping
- 1 Batang Serai
- 1 Biji Bawang Besar
- 1 Biji Bawang Kecil
- 2 Ulas Bawang Putih
- Garam Secukup Rasa
- Sedikit Serbuk Kunyit
- Air Secukupnya
masak lemak ikan masin nenas
Cara-Cara;
masak lemak ikan masin nenas
1. Kelapa parut diblend, ditapis dan diperah santannya.
2. Serai, bawang besar, bawang kecil dan bawang putih diblend.
3. Masukkan bahan kisar, asam keping dan santan kedalam periuk.
4. Masukkan juga nenas yang dipotong kecil dan tulang ikan masin.
5. Masak hingga naik bau dan mendidih.
6. Masukkan garam dan tutup api.
masak lemak ikan masin nenas
Resepi Mudah Masak Lemak Nenas Tulang Ikan Masin. Cara Masak Lemak Cili Api Ikan Masin. Masak Lemak Nenas Tulang Ikan Masin Sedap Simple Senang
Rendam dengan air asam jawa dan limau kasturi sebelum dimasak.
Biar hilang semua bau-bau tulang ikan masin tu ;)
masak lemak ikan masin nenas
Resepi Mudah Masak Lemak Nenas Tulang Ikan Masin. Cara Masak Lemak Cili Api Ikan Masin. Masak Lemak Nenas Tulang Ikan Masin Sedap Simple Senang
Setelah dimasak
masak lemak ikan masin nenas
Resepi Mudah Masak Lemak Nenas Tulang Ikan Masin. Cara Masak Lemak Cili Api Ikan Masin. Masak Lemak Nenas Tulang Ikan Masin Sedap Simple Senang
Encik suami jer yang makan tulang ikan masin tu.
BW makan nenas dan kuahnya sajer :)
masak lemak ikan masin nenas
Sedap dimakan dengan nasi panas, ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman. Anak-anak pun suka juga makan kuah masak lemak nenas tulang ikan masin ni :)
masak lemak ikan masin nenas
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
masak lemak ikan masin nenas

22 comments:

  1. sedapnyaa. kita tak suka nenas sangat. tapi bila dah buat maska lemak, superb !

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang superb kan masak lemak letak nenas :)~

      Delete
  2. ohh...Zie Has x suka bau ikan talang tu eh...kalau JM leh tahan lagi..mmg betul cakap suami Zie Has tu..rasa tulang ikan masin lagi sedap..biasa gak masak lemak tulang ikan masin ni letak nenas..bak kata Zie HAs letak cili padi baru terangkat tp kalau anak2 kecik nk mkn x boleh lah letak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah JM sebab saya tak makan ikan masin yang bau kuat, ikan pekasam ke, ikan sungai lagi lah ... tapi kadang-kadang masak letak juga ikan masin talang tu, dah encik suami suka :)

      Delete
  3. JM suka masak lemak macam sbb belnd semua bahan pastu campak je terus dalam periuk..mudah kan...isshh teringin lah pulak..dah lama x mkn..biasa buat kari tulang ikan masin ni letak terung

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn senang sangat masak lemak ni ... samalah tekak JM dengan encik suami kat rumah ni, dia pun suka kari tulang ikan masin. yang tak suka yang tukang masak ni jer :p

      Delete
  4. ishh sedapnya.. terliuq dibuatnya. Selalu mummy wat ikan sepat masin ngan nenas... Yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan sepat? wah mummy makan ikan sungai yer ... saya takleh telan lah ikan sungai :)

      Delete
  5. Terliur kita febret nieyhh.... Kalau Cikna just basuh ngan air biasa je xde letak limau pun, kalau xde nanas letak terung bulat pun sodap.....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk penggemar ikan masin memang basuh macam tu jer kot ... tapi saya tak tahan bau ikan masin yang kuat, tu yang rendam limau tu :)

      Delete
  6. Sedapnya.. Mak aiza selalu masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mak yang masak sure sedap sangat kan aiza berbanding sendiri masak :)

      Delete
  7. sedapnya..dah lama x makan ikan masin masak gulai cm ni..mau 2 pinggan nasi..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, menu macam ni bukan sihat nak dimasak selalu ... bila dah masak sekali sekala, memang dua pinggan nasi lah :)

      Delete
  8. 1st time dengar resepi ni.. hehehe
    nampak sedap dgn kuah kuning tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time dengar? ni resepi orang tua-tua ni :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...