Sunday, November 22

Seronoknya Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang

Salam ...

Ini cerita semalam. Kami ke Karnival Upin & Ipin. Last year kami tak pergi pun Karnival Upin & Ipin sebab karnival tu diadakan di PICC, Putrajaya, so memang dah jangka crowded yang melampau tak terkawal tu. Tahun ni Karnival Upin & Ipin diadakan di Maeps, Serdang, walaupun dah jangka crowded tapi still pergi juga dengan andaian kawasan maeps luas, crowded  maybe under control kot ;)

U&I. Karnival Upin & Ipin 2015 Di Maeps Serdang Meriah. Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang 2015 Seronok.
Ni area main hall. Persembahan dah lama bermula time kami masuk.

Karnival upin ipin kali ni kena bayar. Ok la kot, kalau free lagi crowded gamaknya macam tahun lepas kan. Ada dua hall untuk karnival kali ni. Main hall dan magic hall. Main hall tiket murah sajer, RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak. Magic hall agak mahal, RM35 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. BW memang tak kuasa la nak bayar RM35, baik simpan bawa anak ke water park, hehe :p Hanya tiket magic hall ajer yang ada dijual online, sabo jer lah.

So, terpaksalah beratur. BW yang offer diri untuk beratur sebab susah nak kawal anak empat orang ditempat umum tanpa encik suami :p Punyalah ramai orang, 45 minit tau beratur nak beli tiket. Kepanasan, nasib baik bawa payung. Kesianlah kat anak-anak yang teman ibu ayah beratur beli tiket sekali, sure kepanasan tak ingat nya kalau kecil lagi.

Time beratur tu dah dengar dah kat luar yang persembahan dah bermula. Bila turn kami masuk, persembahan ara dan aris dari cerita pada zaman dahulu dah pun habis. Si baby pun dah tertidur, lama dia tunggu kan nak dapat masuk. Si abang pun dah kehausan nak susu. So, tinggal si kakak dengan si adik jer lah yang excited.

U&I. Karnival Upin & Ipin 2015 Di Maeps Serdang Meriah. Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang 2015 Seronok.
Tak excited dah lah budak berdua ni penat tunggu tiket masuk.

U&I. Karnival Upin & Ipin 2015 Di Maeps Serdang Meriah. Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang 2015 Seronok.
Si kakak puteri bali dan si adik puteri nipis memang excited sentiasa.

Time kami masuk tu, persembahan puteri baru nak bermula. Lepas persembahan puteri, persembahan upin ipin pim pim pom pula. Last sekali persembahan ultraman ribut yang di nanti nanti. Persembahan belah pagi bermula dari pukul 11.00. Manakala persembahan belah petang pula bermula dari pukul 3.00.

U&I. Karnival Upin & Ipin 2015 Di Maeps Serdang Meriah. Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang 2015 Seronok.
Persembahan upin ipin, pim pim pom.

U&I. Karnival Upin & Ipin 2015 Di Maeps Serdang Meriah. Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang 2015 Seronok.
Kemunculan ultraman ribut yang di nanti nanti. 

U&I. Karnival Upin & Ipin 2015 Di Maeps Serdang Meriah. Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang 2015 Seronok.
Kemunculan raksasa besar yang menggamat suasana hall. 

U&I. Karnival Upin & Ipin 2015 Di Maeps Serdang Meriah. Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang 2015 Seronok.
Selfie di istana kerajaan limau ;)

U&I. Karnival Upin & Ipin 2015 Di Maeps Serdang Meriah. Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang 2015 Seronok.
Booth Didi & Friends dan Ummi.

Banyak booth kartun yang join Karnival Upin Ipin ni antaranya; Ummi, Didi & Friends, The Amazing Awang Khenit dan Super Squad Heroes. Yang lain penuh dengan booth air dan jajan-jajan ajer lah :p

U&I. Karnival Upin & Ipin 2015 Di Maeps Serdang Meriah. Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang 2015 Seronok.
Tak dapat tengok persembahan ara dan aris,
dapat selfie pun jadilah budak berdua ni :)

U&I. Karnival Upin & Ipin 2015 Di Maeps Serdang Meriah. Karnival Upin & Ipin Di Maeps Serdang 2015 Seronok.
Simpan buat kenang-kenangan, tahun depan belum tentu pergi lagi :p

Kedai cenderahati upin ipin pun ada juga. Tapi bila persembahan dah tamat, semua serbu kedai cenderahati upin ipin. So, nak bayar pun beratur panjang. Diluar dewan pula ada gerai makan upin ipin. Tapi tak best la, lescopoque conquer semua. Satu tu jer booth yang jual makanan. Panjang la pula nak kena beratur. Ingatkan banyak la gerai-gerai makanan macam karnival-karnival yang lain. Kalau tahu macam ni, awal-awal dah tapau makanan kat luar.

Overall, ok lah kot. Berbaloilah pergi karnival upin ipin ni sebab my dotter berdua tu seronok. Encik suami lak, dia suruh BW yang teman budak berdua ni tengok persembahan. Naik kebas kaki duduk kat lantai. Dia dengan boboi berdua tu, elok jer dok tengok kat TV area belakang hall tanpa perlu bersesak-sesak. Tahun depan pergi lagi ke tidak yer? :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

20 comments:

  1. seronok bawa anak2 bersiaran pasti ada memori indah di minda mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok diorang ... tapi tak sure dah besar ada memori ke tidak, sebab diorang kecil lagi, biasanya lupa :)

      Delete
    2. Kalau ada gambar mesti ingat balik kot.. Hehe..

      Delete
    3. kalau tunjuk gambar selalu baru diorang ingat kot ... ni yang share kat blog, biar nanti dah besar diorang baca hehe :)

      Delete
  2. Anak2 pasti gembira dan enjoy kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang enjoy la yang besar berdua tu ... yang kecil nangis nak keluar stroller ada lah :)

      Delete
  3. seronokla anak2..thn lepas kami dh bwk ank2..thn ni hsbnd x nak pergi..tah mcm sama je katanya..xpela..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa pergi tahun lepas mesti serik kan ... rasanya macam sama ajer. yang lain persembahan jer lah kot. tahun depan kami pun tak sure nak pergi ke tidak :)

      Delete
  4. alahaiii klu dekat mau lah sy terjah jugak.. bawa hero sy ni peminat setia upin ipin.. nampak meriah sgt tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah plus crowded hehe ... anak-anak seronok sangat lah. kalau hero lagi seronok kot ada ultraman dan raksasa :)

      Delete
  5. Sebenarnya, kat belakang tu ada lagi gerai2 jualan makanan dan minuman yang bukan milik lescopaque.

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yer ker? kami tak pusing habis kot ... kami jjcm kat pesta buku, tapi ada beberapa jer booth makanan pun

      Delete
  6. Budak-budak memang suka pergi karnival begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sakan diorang kalau bab kartun ... bersesak pun tak pe :)

      Delete
  7. Mungkin pihak penganjur kena perbaiki lagi kekurangan yang ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ... hopefully tahun depan kaunter tiket lebih banyak ... ni time kami nak balik pun panjang lagi que, ramai lagi yang beratur untuk persembahan petang pula

      Delete
  8. Kalau boleh nak bergambar dengan Ultraman ^^

    ReplyDelete
  9. macam2 show ada.. meriahnya. mesti suka budak2 tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah ... suka sangat semua budak-budak yang datang :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...