Wednesday, December 16

Resepi Sup Ayam Tekanan Simple Senang

Salam ...

Menu simple dan senang untuk hari ini. Sup ayam dimasak dalam periuk tekanan / pressure cooker, tu pasal namanya sup ayam tekanan :p

Resepi Sup Ayam Tekanan Simple Senang. Cara Mudah Masak Sup Ayam. Sup Ayam Lembut Sedap. Dimasak Guna Pressure Cooker / Periuk Tekanan.
Sup ayam simple senang.

Bak kata encik suami, walaupun sekadar sup ayam, bila dimasak dengan pressure cooker rasanya lebih sedap berbanding masak dengan periuk biasa. Ayam memang tersangatlah lembut, sampai sendi-sendi ayam pun lembut :)

Bahan-Bahan;

- 1 Ekor Ayam (Dipotong)
- Rempah Tiga Sekawan
- 2 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1/2 Kiub Ayam
- Sehiris Halia
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 1/2 Biji Bawang Holland (Dihiris)
- Sedikit Daun Bawang (Dicincang)
- 2 Sudu Minyak Masak
- Garam Secukup Rasa
- Air Secukupnya

Cara-Cara;

1. Tumiskan semua bawang dan rempah tiga sekawan hingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya, kiub ayam, halia dan ayam yang telah dipotong.
3. Masak selama 20 minit dengan api sederhana kuat kemudian tutup api.
4. Masukkan garam dan daun bawang, kemudian kacau rata.

Resepi Sup Ayam Tekanan Simple Senang. Cara Mudah Masak Sup Ayam. Sup Ayam Lembut Sedap. Dimasak Guna Pressure Cooker / Periuk Tekanan.
Bila dimasak dalam pressure cooker, ayam super lembut :)

Resepi Sup Ayam Tekanan Simple Senang. Cara Mudah Masak Sup Ayam. Sup Ayam Lembut Sedap. Dimasak Guna Pressure Cooker / Periuk Tekanan.
Anak-anak makan banyak kali pun still suka. 

Resepi ni khas untuk adik-adik yang baru nak belajar memasak yer. Ni kalau ada anak kecil, sesuai sangat lah, budak-budak memang suka sangat sup ayam :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. Masak dgn pressure cooker jimat sikit waktu memasak. Sup ayam sgt bagus utk org yg demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sue, jimat masa kan ... selalu tengok drama kalau demam bagi sup ayam, tapi belum pernah cuba lagi bagi anak-anak time diorang demam, pasni nak cubalah :)

      Delete
  2. tetiba rs cm dah lama x mkn sup ayam esp ayam kampung walllaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. sup ayam tekanan ye.. janji tak tertekan dlm perut. haha
    ayam kampung pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau tertekan dalam perut asyik nak membuang jer lah :p

      eh tu ayam ternak jer, bukan ayam kampung pun, tapi bila masak dalam pressure cooker ayam tu jadi sedikit mengecut dan sendi pun tercabut, tu yang nampak macam ayam kampung kot :)

      Delete
    2. ingatkan ayam tu stress.. hehe..

      Delete
    3. hahaha ... bahaya makan ayam yang stess :p

      Delete
  4. sedapnya sup ayam.. dah lama tak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita dah besar memang jarang makan sup ayam kan :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...