Saturday, February 13

Resepi Roti Bun Sosej. Roti Bun Malas Saiz Gergasi

Salam ...

Dah lama pula rasanya tak meroti. Yis pun ada lagi. Tepung roti / tepung high protein pun baru ajer dibeli. Cuma mood rajin jer tak datang lagi. Tapi, dalam malas-malas pun meroti juga ;)

Resepi Roti Bun Sosej. Roti Bun Malas Saiz Gergasi. Cara Buat Roti Bun Gebu Dan Sedap. Roti BUn Sosej Mayo Simple Senang.
Roti bun sosej. "Besarnya roti ni" kata my dotter :)

Bila mood rajin meroti tak ada, jadi lah roti malas bersaiz gergasi. Nak senang, nak cepat dan nak penuhkan loyang  ;)

Seperti biasa, masih menggunakan resepi yang sama. Dari resepi asas doh roti, Klik Sini.

Bahan-Bahan;

- 1/2 Kg Tepung Roti
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 2 Sudu Besar Butter
- 2 Sudu Besar Susu Tepung
- 2 Sudu Besar Gula
- Secubit Garam
- Air Secukupnya

Bahan Tambahan;

- Sosej Goreng
- Mayonnaise

Cara- Cara;

1. Masukkan tepung, yis, susu, garam, gula kedalam bekas dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung dan uli.
3. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlampau lembik atau keras.
4. Masukkan minyak dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan.
5. Biarkan doh mengembang menjadi dua kali ganda saiznya.
6. Ambil segenggam doh, leperkan dan picit mayonnaise diatasnya.
7. Letakkan sosej yang telah digoreng dan bulatkannya menjadi bun.
8. Susun diatas loyang yang telah digris dan biarkannya kembang lagi.
9. Sapukan kuning telur diatasnya supaya cantik bila dibakar.
10. Bakar dalam oven pada suhu 190 celcius selama 30- 45 minit.

Resepi Roti Bun Sosej. Roti Bun Malas Saiz Gergasi. Cara Buat Roti Bun Gebu Dan Sedap. Roti BUn Sosej Mayo Simple Senang.
Leperkan doh, picit mayo, letak sosej dan bulatkannya.

Resepi Roti Bun Sosej. Roti Bun Malas Saiz Gergasi. Cara Buat Roti Bun Gebu Dan Sedap. Roti BUn Sosej Mayo Simple Senang.
Sapukan kuning telur. Sebelum dibakar macam bulan sikit rupanya.

Resepi Roti Bun Sosej. Roti Bun Malas Saiz Gergasi. Cara Buat Roti Bun Gebu Dan Sedap. Roti BUn Sosej Mayo Simple Senang.
Setelah dibakar barulah licin. Penuh loyang tau roti bun ni.

Habis dimakan anak-anak walaupun roti bun bersaiz gergasi. My dotter berdua tu semangat makan roti ni disebabkan nak sosej didalamnya :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. Anak2 mmg sika roti sosej. Sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang anak-anak suka sangat sosej nya tu sue :)

      Delete
  2. Bkn anak2 je yg suka mak2 pun suka sama,hhuhuu.... Cikna pun guna resepi yg sama cuma susu tepung ganti dgn susu pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, mak-mak pun suka kan ... roti dengan susu pekat lebih berkrim :)

      Delete
  3. Sedapnya.... bw ... tlg anta kt sini meh meh meh

    ReplyDelete
  4. alaahi comelnya . sis klu buat roti x denya nak guna tepung roti . gandum sokmo ... hehehee ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bun saiz gergasi ni, tak comel langsung hehe :p ... dulu pun saya meroti guna tepung gandum juga. sejak dah tahu kat mana nak beli tepung roti, asyik guna tepung roti jer ni :)

      Delete
  5. kalau nak potong kecil2 pon boleh je .. hehehe
    memang kenyang makan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kenyang walaupun makan sebiji ajer, besau beno :)

      Delete
    2. besau ke.. alamak kena makan sikit2 kang tak habis

      Delete
    3. time lapar, confirm habis :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...