Wednesday, October 25

Cara Buat Sapuan Coklat Homemade Chocolate Spread Simple Senang Sedap

Salam ...

Hari ni BW nak share cara buat homemade chocolate spread. Atau pun bahasa melayunya sapuan coklat, eh ada ke orang panggil sapuan coklat? Hihi macam skema jer bunyinya. Kalau area utara diorang panggil jem koko. Jom buat sendiri, senang ajer.

Coklat spread yang mudah lagi sedap ;)

Walaupun banyak dipasaran, tapi kalau anak dah ramai tu, better buat sendiri. Berbaloi sangat-sangat. Hanya perlukan dua bahan ajer, coklat compound dan susu segar.

Bahan-Bahan:

- 200g Coklat Compound
- 100ml @ 50ml Susu Segar

Cara-Cara:

1. Campur semua dan masak secara double boiler.
2. Masukkan dalam bekas kaca dan biarkan sejuk.
3. Tutup bekas dan simpan dalam fridge.

Hanya campurkan coklat compound dan susu segar sahaja.

Tips Tambahan:

1. Kalau nak guna coklat spread ni untuk sapu pada roti dan biskut  dan cornflakes, masukkan kan 100ml susu segar, so coklat tu sedikit cair mudah nak spread kan dia.
2. Kalau nak guna coklat spread untuk hias atas brownies ke congo bars ke, kek marble coklat ke, masukkan hanya 50ml susu segar sahaja, supaya ianya lebih pekat.

Buat sendiri ni jimat berganda tau. Kalau beli siap biasanya +- RM10 sebekas. Kalau kita beli coklat compound yang 1kg tu boleh dapat 5 bekas. Coklat compound harga tak sampai pun RM20. Biasa BW guna coklat compound Beryls. Kadang-kadang guna coklat compound Le Bourne. Dua-dua ni made in Malaysia. Support product Malaysia gitew ;)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


11 comments:

  1. Mudahnya nak buat rupanya. Ye bila anak ramai buat sendiri lebih jimat poket 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah jer kan ... memang jimat duit poket sebab sebalang tu boleh habis sekali makan ajer tu kalau dibiarkan hihi :)

      Delete
  2. teringat anak kat jauh..dia suka bab2 coklat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dia balik cuti ... boleh lah dia buat sendiri kan :)

      Delete
  3. Berapa lama boleh tahan???

    ReplyDelete
  4. klu pakai susu sejat/cair boleh x?

    ReplyDelete
  5. Boleh buat AISkrem tak

    ReplyDelete
  6. dia xjd keras ke.. tak perlu letak minyak ka

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...