Tuesday, August 25

Resepi Mudah Laksa Johor Simple Dan Sedap

Salam ...

Resepi Laksa Utara, Klik Sini, Resepi Laksa Sarawak, Klik Sini dan Resepi Laksa Kelantan, Klik Sini. Kali ni jom buat Laksa Johor pula. Walaupun BW orang johor, tapi jarang juga makan Laksa Johor ni, sebab encik suami tak berapa suka ;)
Laksa Johor Simple Sedap
Kepada penggemar Laksa Johor, jom kita masak sendiri. Actually kuah laksa johor ni agak rumit step-step untuk disediakan. Laksa Johor yang original pula menggunakan bahan mentah yang mahal seperti ikan parang, ikan tenggiri dan udang laut yang segar. Tapi kita nak makan sendiri, kita buat yang mudah, murah dan simple ajelah, yang penting sedap :)
Laksa Johor Simple Sedap
Resepi dan cara masak buat laksa johor simple sedap
 Laksa Johor sedap dimakan bersama spaghetti. Nyum nyum ;)~
Laksa Johor Simple Sedap
Laksa Johor lazimnya dimakan bersama spaghetti. Boleh juga dimakan dengan mee laksa beras kalau tak suka spaghetti. Tapi bagi tekak BW makan dengan spaghetti la yang terbaik. Untuk ikan pula, guna ikan yang biasa kita buat laksa utara. Kita masak secara simple, masak kuah macam kuah laksa utara dan pastenya dimasak macam paste laksa Sarawak. So, cara yang BW buat ni agak simple, cuma banyak bahan-bahan yang perlu digunakan dan tak boleh diskip, nanti tak jadi la Laksa Johor :p
Laksa Johor Simple Sedap
Resepi dan cara masak buat laksa johor simple sedap
Isi ikan dan paste Laksa Johor. Ni baru nak start masak kuahnya.
Laksa Johor Simple Sedap
Bahan-Bahan;
Laksa Johor Simple Sedap
- 1 Pack Spaghetti (Direbus)
- 1 Biji Kelapa (Diambil Santannya)
- 10 Ekor Ikan Selar/ Kembong (Direbus)
- 1 Ketul Asam Keping
- Garam Secukupnya
- Minyak Masak (Tumis Paste)
- 2 Sudu Besar Serbuk Kari (Membukit)
- Daun Kesom (Dibersihkan)
- Bunga Kantan (Dipotong Empat)
Laksa Johor Simple Sedap
Resepi dan cara masak buat laksa johor simple sedap
Setelah dimasak beginilah kuahnya. Kalau suka yang betul-betul pekat, kurangkan air santan.
Macam BW suka yang sedang-sedang aje, tak pekat sangat, tak cair sangat :)
Laksa Johor Simple Sedap
Bahan Paste (Dikisar);
Laksa Johor Simple Sedap
- 10 Tangkai Cili Kering
- 3 Biji Bawang Besar
- 3 Biji Bawang Kecil
- 3 Ulas Bawang Putih
- 3 Sudu Besar Udang Kering (Rata)
- 1 Sudu Besar Jintan Manis (Rata)
- 1 Sudu Besar Ketumbar (Rata)
- Sehiris Halia
- Sehiris Lengkuas
- Sebatang Serai
Laksa Johor Simple Sedap
Resepi dan cara masak buat laksa johor simple sedap
Masukkan spaghetti dan semua ulam-ulaman.
Laksa Johor Simple Sedap
Ulam-Ulaman (Dihiris);
Laksa Johor Simple Sedap
- Taugeh
- Timun
- Kacang Panjang (Jika Suka)
- Lobak Asin (Jika Suka)
- Daun Kesum
- Bunga Kantan
- Daun Selasih
- Bawang Besar
- Limau Kasturi
Laksa Johor Simple Sedap
Resepi dan cara masak buat laksa johor simple sedap
Tuang kuah diatasnya, dah ready untuk dimakan ;)~
Laksa Johor Simple Sedap
Cara-Cara;
Laksa Johor Simple Sedap
1. Spaghetti direbus, ditos dan diketepikan.
2. Ikan direbus, diambil isinya dan diblend halus.
3. Semua bahan untuk paste dikisar sehingga sebati dan halus.
4. Panaskan minyak masak, masukkan semua bahan kisar.
5. Tumis sehingga naik bau dan masukkan serbuk kari.
6. Tumis lagi hingga pecah minyak, sentiasa kacau supaya tak hangus.
7. Campurkan isi ikan bersama paste dalam satu periuk.
8. Masukkan santan yang cair dahulu, masak hingga mendidih.
9. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
10. Masukkan pula santan pekat dan garam secukupnya.
11. Masak sehingga betul-betul mendidih dan tutup api.
12. Masukkan spaghetti dan semua ulam-ulaman kedalam pinggan.
13. Tuang kuah laksa keatasnya dan hidangkan bersama sambal belacan.
Laksa Johor Simple Sedap
Resepi dan cara masak buat laksa johor simple sedap
Gaul-gaul semuanya guna sudu dan garpu, kemudian ngap. Jemput makan ;)
Laksa Johor Simple Sedap
Selamat Mencuba!
Laksa Johor Simple Sedap
Entri Berkaitan;
Laksa Johor Simple Sedap
Laksa Johor Simple Sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Laksa Johor Simple Sedap

31 comments:

  1. Sedapnya.. Wawa memang suka laksa specially laksa pineng.. Feveret sungguh..")

    ReplyDelete
  2. waaaa..ni bagai org mengantuk disorong2 kan bantal ni..ena dah lama mengidam laksa johor ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan pula yer ... nanti boleh la cuba buat sendiri :)

      Delete
  3. salam singgah petang sis...sedapnya laksa...diana jarang makan laksa ni kecuali pergi ke rumah keluarga...

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..walau dh kawen ngan org johor 9 thn dh..x pernah lg mkn laksa ni kt johor..klga mertua pn x pernah buat..biasa makan mee rebus je

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..walau dh kawen ngan org johor 9 thn dh..x pernah lg mkn laksa ni kt johor..klga mertua pn x pernah buat..biasa makan mee rebus je

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan semua orang johor suka makan laksa johor ... family saya pun tak masak laksa johor. saya sorang aje yang suka :)

      Delete
  6. Sedapnya..walau dh kawen ngan org johor 9 thn dh..x pernah lg mkn laksa ni kt johor..klga mertua pn x pernah buat..biasa makan mee rebus je

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan semua orang johor suka makan laksa johor ... family saya pun tak masak laksa johor. saya sorang aje yang suka :)

      Delete
  7. wpun saya org johor tapi lbh suka laksa penang sbb x berapa suka kari ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan saya dulu-dulu ... tapi sejak beberapa tahun ni, semua laksa pun suka ;)

      Delete
  8. Wahhhh terliurnyaaaaa.... tq share resepi.....

    ReplyDelete
  9. sedapnya.. terima kasih share resipi.. biasa kalau nak makan laksa johor ni kene pg rumah sepupu sbb x reti buat sendiri.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ... wah bestlah ada tempat nak dituju bila teringin nak makan :)

      Delete
  10. wah petang2 ni...sejuk2 hujan ni...buat bunda lapar pulak tengok laksa johor ni...

    Bunda suka sebab kelainannya tang spagettinyer tu berbanding laksa2 lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze, sebab guna spaghetti tu yang lain sikit kan ... saya pun suka juga :)

      Delete
  11. oh mai memang sedap la kan. Thank you share link resepi laksam. Lama ngidam. Jual tak? meh jual kat kita sikit

    3 Sebab Anak kuat Mengamuk

    ReplyDelete
  12. laksa johor my feveret....bookmark entri ni

    ReplyDelete
  13. baru nak try laksa johor nih... moga-moga sedap hingga menjilat jari

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah aqila ... adjust ikut selera sendiri ... kalau suka berlemak masukkan lebih santan pekat, kalau suka kari, lebihkan serbuk kari :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...