Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Thursday, July 28

Berhujung Minggu Di Pantai Bagan Lalang Sepang

Salam ...

Ini cerita dua minggu yang lepas. mood nak upload baru datang hari ni ;) Kami sekeluarga berhujung minggu di Pantai Bagan Lalang Sepang. Actually sebelum ni dah beberapa kali lah kesana, tapi lama dah lah. Kali ni, Pantai Bagan Lalang dah banyak fasiliti berbanding dulu.

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Apa Yang Best Di Pantai Bagan Lalang. Makan Seafood Dan Ikan Bakar Di Pantai Bagan Lalang.
Bagan Lalang @ Sepang. Dulu kami datang, signboard ala Hollywood ni belum ada lagi.

Thursday, September 3

Destinasi Budget 3H2M Di Kuching, Sarawak

Salam ...

Entri terakhir untuk percutian kami di Kuching, Sarawak. Seperti yang BW inform dulu, ini adalah entri kenangan. Untuk simpanan BW sendiri di hari tua. Sebab rasanya tak mampu dah nak ke sana lepas ni, tak mampu nak angkut anak-anak empat orang ni ;)
Tempat menarik dan best di kuching sarawak.
Tempat menarik dan best di kuching sarawak.
3H2M di Kuching, Sarawak.
Tempat menarik dan best di kuching sarawak.

Monday, August 10

Tempat Menarik Cherating Kemaman Kuantan

Salam ...
Tempat menarik dan best cherating kuantan pahang kemaman terengganu
Cuti sekolah yang lepas kami bercuti di Cherating selama 5 hari 4 malam, dari 7 Jun hingga 11 Jun 2015. Sepanjang di Cherating kami juga pergi ke Kemaman dan Kuantan.
Tempat menarik best cherating kuantan kemaman
Hotel tak best dan hampeh the legend resort cherating pahang
Sepanjang disana kami menginap di The Legend Resort, Klik Sini
Tempat menarik best cherating kuantan kemaman

Thursday, April 9

Tempat Menarik di Johor @ Cuti-Cuti Legoland, Nusajaya

Salam ...

Ini adalah entri penuh cerita dan review pasal Hotel, Theme Park & Water Park di Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor. Kami pergi cuti sekolah yang lepas, 17 dan 18 Mac 2015.

Kami pergi beramai-ramai. BW satu family, my brother dan my kakak dengan family mereka. Hotel dan tiket disponsor oleh my brother ;)


Monday, February 16

Tempat Menarik di Selangor : Kuala Selangor Destinasi Budget Kami

Salam ...

Korang pernah tengok rancangan Destinasi Budget kat 8tv tak? Destinasi budget ni cerita pasal pergi holiday 3 hari 2 malam dengan budget RM300 seorang. Budget tu termasuk transport, hotel, harga tiket & makan-makan.

Kami pun berdestinasi budget juga. Tapi sebab pergi sekeluarga, RM300 tu untuk 2 hari 1 malam aje. So, destinasi budget kami kali ini, Kuala Selangor. Kami pergi minggu lepas. Jom Layan ...

Bukit Melawati tarikan utama Kuala Selangor, Klik Sini

Saturday, January 31

Tempat Menarik di Sabah: Jalan-Jalan Ke Kota Kinabalu

Salam ...

Entri kenangan. Memang dah lama plan nak upload semua entri kenangan. Sebagai kenangan dihari tua. Especially bila pergi tempat-tempat yang BW rasa tak dapat datang lagi, tempat yang jauh.

Ke Kota Kinabalu kita bah :) Kami ke sini dengan tujuan utama nak bersantai di Pulau Manukan, Klik Sini. Lagipun my brother suka snorkeling tu yang dia bawa kami ke Pulau Manukan. Pergi Kota Kinabalu bersama husband, my dotter, arwah mak dan my brother. Kami kesini naik MAS.

 Selamat Datang ke Kota Kinabalu ;)

Friday, November 14

Tempat Menarik di Labuan : Pekan Kecil Yang Tenang & Nyaman

Salam 1 Malaysia ...

Entri kenangan untuk pagi ini.Upload sebagai 3rd backup. Walau tak banyak yang diupload, at least ada juga yang boleh diceritakan pada anak bila besar nanti :)

Last time ada BW cerita kami ke Brunei. Balik dari Brunei, kami ke Labuan. Naik Feri :) Labuan ni pekan kecil jer. My brother cerita, tengok wayang pun tak ada sofa selesa cam kat KL, siap ada tikus lalu bawah kerusi lagi. Hehe. Tapi tenang dan nyaman je la jauh dari bunyi bising bagai.

 Destinasi pertama kami di Labuan, Terminal Ferry.

Friday, March 21

Tempat Menarik & Best di Brunei : Melancong Ke Brunei Bersama Keluarga.

Salam Semua ...

Sebelum cerita panjang BW nak inform la, entri kali ni sekadar catatan simpanan untuk diri sendiri dan family. Melancong ke Brunei ni lama dah pergi hujung tahun 2008, time tu baru anak sorang. Kami pergi berlima, BW, hubby, mak, my dotter dan abang.

Kenapa Brunei? Actually pergi Brunei ni my brother punya plan, dia nak bawa arwah mak jalan-jalan, time pergi tu umurnya, 70 tahun. BW anak bongsu, beza 45 tahun dengan mak, subur kot 45 tahun boleh dapat baby lagi, ahaks ;) So, disebabkan my brother belum kawin lagi, dia offer la siapa yang nak ikut. Tapi BW je yang follow. Trip to Brunei, fully sponsored by my brother, wee ;)

Kami ke Brunei menaiki MAS Airline. Setibanya kami di airport, ada pemandu pelancong datang pickup kami menaiki van terus ke Brunei Hotel. Tu la tempat penginapan kami. Semuanya telah di arrange oleh my brother melalui agen online.

http://buatwanita.blogspot.com/2014/03/brunei-hotel-bandar-seri-begawan-bsb.html

Friday, February 14

Berkelah Dan Bersantai di Pantai Morib Selangor.

Salam ...

Korang suka tak berkelah? BW selalu juga bawa anak-anak berkelah. Kadang-kadang berkelah dekat-dekat je, berkelah kat Taman Tasik Cyberjaya, kat Putrajaya pun banyak tempat untuk berkelah. Kali ni nak review berkelah di Pantai Morib. Tapi kat sini tak boleh mandi yer.

Bila tanya anak-anak,"Suka makan berkelah ke suka makan kat kedai?" Mesti diorang akan jawab dengan confident "Berkelahhhhh" Senyumlah ibu ayah kan, jimat duit gitew, hahaha. Maybe sebab diorang kecil lagi, det's why diorang prefer berkelah, lepas makan boleh main-main. Kalau makan kedai, dah siap makan terus balik :p

Siap ada tanda nama cam hollywood tu :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...