Thursday, March 26

Hotel Best Johor - Kingdom Suite @ Legoland Hotel

Salam ...

Cuti Sekolah last week kami balik johor, my anak buah kawin. Lepas kenduri tu my brother sponsor pergi Legoland Resort. Kami menginap di Legoland Hotel, jenis bilik kingdom theme suite.

 Receptionist area. Snap gambar time midnight, so dah lengang :)

Agak mahal hotel ni. My brother tak cerita pun berapa, tapi tengok kat web, more than thousand per night. So, ini adalah hotel paling mewah BW pernah stay. Hotel kedua mewah, Tiara Labuan, Klik Sini

Lift area. Dalam lift siap ada lampu disco, sukalah budak-budak berjoget :p

Kingdom Theme Suite @ Legoland ni dilengkapi dengan:

- 2 Bathroom (1 saiz standard dengan bathtub, 1 saiz sebesar bilik)
- 1 Master bedroom (1 katil saiz king)
- 1 Open Room (2 bunk bed 3-level)
- Open living & dinig area
- 2 TV (1 di living room, 1 di open room)
- Fridge & coffee maker
- Baby play pen & mattres
- Towel, towel slippers & towel clothes
- Toiletries yang lengkap
- 2 Peti berkod (1 steel box saiz kecil, 1 wood box saiz besar)
- Mainan lego 1 box (saiz sederhana)
- Aircond wajib la kan

Biasa toiletries dapat sabun, syampu dan shower cap je kan? Yang ni lengkap tau; shower cream, shampoo, lotion, soap, toothbrush, toothpaste, sewing kid, shower cap, cotton bud set shaver & cream. Lengkap selengkapnya :p

Kingdom kami nombor 724. My dotter & my nephew yang suka buat mimik muka ;)

Ni master bedroom, gambar blur sebab salah setting camera.

Ni open room, bunk bed untuk 6 orang dewasa. Snap pun sebelum balik, dah sepah :p

Ni bathroom saiz besar, sebesar bilik kita dirumah. Tapi snap separuh la pulak.

View time malam, nampak lampu-lampu kat JB sekali, memang cantik :)

Ni pula view waktu pagi, tak sabarnya nak masuk Legoland Park & Waterpark ;)

Ni are main lego. Dekat dengan Brick Family Restaurant, tempat breakfast.

Selfie dulu time tak ada orang. Ruang makan yang selesa untuk breakfast pagi esok :p

Breakfast kat sini memang super meriah tau. Macam-macam ada. Pelbagai salad & dressing, goreng-goreng, buah-buah potong. Nasi minyak, mee sup, roti canai pun ada. Waffle, pastry, yogurt dan roti ada juga. Macam-macam jenis la. Buffet breakfast yang masyuk ;) Untuk minuman, ada tiga jenis jus, fresh milk, milo dan pelbagai jenis coffee. Coffee tu, diorang letak dalam coffee machine macam kat cafe'.

Disebabkan gambar dalam hotel tak berapa clear dan tak lengkap, BW tempek sikit gambar diambil dari www.legoland.com.my Memang cantik, luas dan selesa macam dalam gambar bawah ni.


Untuk yang nak tahu harga bilik hotel, Klik Sini. Untuk entri penuh, Cuti-Cuti @ Legoland Malaysia, Klik Sini

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

  1. Alahai teringin nak pergi Legoland tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada masa boleh la datang yer, jauh nun diselatan :p

      Delete
  2. tengok gambar pun dah nampak mewah. untung badan ada yg nak sponsor ^^

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...