Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

Friday, January 16

Harga Tiket & Tarikan Terkini i-City Shah Alam

Selamat Malam ...

Last time dah story pasal Jalan-Jalan Di i-City. Kali ni nak senaraikan harga tiket dan tarikan terkini di i-City. Sekadar panduan especially yang datang jauh, boleh la plan budget dulu nak main apa kan. Kami kalau pergi pun main satu dua aja game, yang lebihnya pusing-pusing snap gambar sana-sini ;)

Seronok bawa anak-anak, "Nak datang lagi la" katanya :)

Tuesday, January 13

Tempat Menarik di Selangor : Jalan-Jalan Di i-City Shah Alam 2015

Salam ...

Last time pernah cerita dah pasal i-City Shah Alam, Klik Sini. Kali ni cerita lagi. i-City ni kalau kita pergi setahun sekali memang akan nampak banyak perubahan dan penambahan dari segi deco serta permainan.

 Snowman island. Dikelilingi air berlampu & pintu gerbang air.


Friday, April 11

Tempat Menarik di Selangor : Cantiknya Pokok Lampu di i-City Shah Alam

Selamat Malam ...

Lagi-lagi Shah Alam. Baru je upload pasal 'Mandi Manda @ Wet World' kan. Bila asyik tulis Shah Alam, baru teringat, tahun ni belum pergi i-City lagi. Macam jauh je kot, pergi just setahun sekali hehe. i-City ni kalau pergi selalu benda yang sama je. Tapi kalau datang setahun sekali baru la rasa syok, sebab ada jer perubahan dan penambahan yang dibuat.

Ni gambar tahun lepas, tahun ni maybe pas habis pantang baru gi kot, perut dah besar ni tak larat nak jalan-jalan sangat ;)

Muka seronok. Suka sangat la dapat tengok lampu cantik ;)

Thursday, April 10

Tempat Best di Selangor : Mandi Manda @ Wet World Shah Alam.

Good Nite ...

Mood mengupload jalan-jalan Shah Alam :p Kali ni nak story pasal Wet World Shah Alam. Actually pergi time ngandung last time. So BW tak berapa nak enjoy la. Just layan my dotter je, harga tiket masuk pun tak berapa nak mahal, so on je la walaupun pregnant ;)

Sekejap je kami mandi pun, dalam dua jam je macam tu, sebab tak berapa banyak sangat mainan nyer. Tapi sesuai la dengan harga tiket. Dulu pergi Sunway Lagoon masuk pukul 10am, pukul 4pm baru keluar tau :p punya la syok. Keluar pun sebab hujan, kalau tak hujan tu gerenti nak tutup baru keluar, haha ;)

Ok la sambung cerita pasal Wet World ni. Actually punya la tak sabar nya nak mandi sampai lupa snap gambar. Bila dah nak balik dah salin baju semua, baru la snap beberapa keping gambar :)

Pintu masuk Wet World Shah Alam.

Monday, April 7

Tempat Best di Selangor : Perpustakaan Awam, Raja Tun Uda, Shah Alam. Memang Awesome!

Morning ...

Nak cerita experience kami di perpustakaan awam tercanggih kat Malaysia ni. Selepas kami balik dari Rumah Salji @ Rumah Empat Musim, kami berkelah di Taman Tasik Shah Alam. Si kakak kan lagi suka berkelah dari makan kedai, walaupun tapau lauk kedai, hehe :p

After that, kami pergi ke Perpustakaan Awam Shah Alam namanya Perpustakaan Raja Tun Uda. Perpustakaan ni terletak di kawasan perumahan elite dan kawasan golf, patutlah awesome. Kalau buat area rumah flat ni, alamatnya, yang ado jer :p
Pemandangan luar yang awesome :)

Saturday, April 5

Tempat Menarik di Selangor : Rumah Salji @ Rumah Empat Musim, Shah Alam

Selamat Bersantai Bersama Family ...

Ni sambungan entri Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam. Actually kami dah datang sebulan lebih sebelum tu, tapi rumah empat musim tutup sebab nak bertukar musim. So, kami datang lagi ;) Kali ni dapat la masuk ke rumah salji. Maybe ni la tarikan utama taman botani ni selain cycling, det's why ramai orang time kami datang kali ni.

Tiket masuk ke rumah salji RM5 untuk dewasa RM3 untuk kanak-kanak. Kalau musim bunga, musim luruh dan musim panas RM3 untuk dewasa RM1 untuk kanak-kanak. Actually kecil je rumah empat musim ni. Ada dua bahagian untuk pengunjung, setiap bahagian satu pintu. Dibenarkan masuk sekejap je. Hanya sesuai untuk anak-anak yang masih kecil, kalau anak dah remaja ni mesti diorang akan cakap bosan :p

 Bahagian luar rumah empat musim. My baby takut sangat dengan patung salji tu, menangis-nangis dia :)

Friday, April 4

Tempat Menarik di Selangor : Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam

Salam Jumaat,

Hari ni baru nak post entri dua bulan lepas. Hehe. Cuti Sekolah bulan dua ituhari kami just ronda-ronda dekat Taman Botani Negara, Bukit Cerakah, Shah Alam. Ni kali ketiga kami pergi. First time dulu pergi sebab ada family day area Perkampungan Budaya dalam tu.

Tiket masuk RM3 dewasa, RM1 kanak-kanak. Bukan la best sangat sampai pergi tiga kali, cuma dalam ni ada bas mini yang my dotter suka sangat naik dan ada tempat yang diorang suka, Taman Haiwan. Ala-ala mini zoo, tapi haiwannya tak seberapa, ala-ala mati segan hidup tak mau. Boleh la kan, anak kecik bukan tau memilih :p

 Cute kan rumah kayu ni. Kalau ada sebiji macam ni kat rumah, syok main playhouse :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...