Monday, February 24

Resepi Rendang Daging Sedap Dan Mudah

Salam...

Kali ni BW nak bagi resepi rendang yang mudah untuk semua. Normally nak masak rendang ni banyak step kan. Tapi yang ni mudah, BW dah cuba beberapa kali cara masak ni, memang jadi sedap rasa rendang tu. So, boleh masak tak perlu tunggu raya :)

Sedap dimakan bersama lemang. Perfect match ;)

Selain lemang, rendang juga sedap dimakan dengan nasi, ketupat dan roti. Resepi ni step memasaknya telah dipermudahkan. Tapi bahan-bahannya memang sama banyak la, tak boleh nak disimplekan, nanti tak jadi rasa rendang :p
Bahan-Bahan;
- 1/2kg Daging (Dipotong Kecil)
- 1 Cawan Santan Pekat
- 3 Sudu Besar Serbuk Kari
- Sedikit Rempah 3 Sekawan
- 1/2 Cawan Minyak Masak
- 5 Helai Daun Limau Purut
- 1 helai Daun Kunyit (Dihiris)
- 3 Sudu Kerisik (Jika Ada)

Bahan Kisar;

- 10 Batang Cili Kering
- 3 Biji Bawang Besar
- 3 Biji Bawang Kecil
- 3 Ulas Bawang Putih
- 3 Batang Serai (Diracik) 
- 3 Sudu Besar Jintan Manis
- Sehiris Halia
- Sehiris Lengkuas

Cara-Cara;

1. panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan (kayu manis, cengkih & buah pelaga)
2. Masukkan semua bahan kisar, daging, gula perang, serbuk kari dan daun limau purut. Masak dengan api perlahan.
3. Biarkan sehingga naik minyak seperti gambar dibawah. Jangan lupa gaul sekali sekala.
4. Masukkan santan pekat, kerisik, garam dan hirisan daun kunyit. Masak lagi seketika dan tutup api, siap :)

Tips Tambahan;

1. Sekiranya kerisik yang anda beli berbau tengik, lagi bagus dibuang sahaja. Kerisik yang tengik boleh menyebabkan rasa rendang jadi tak sedap. Rendang tanpa kerisik pun sedap.
2. Untuk lebih sihat, gantikan minyak masak dengan minyak zaitun dan gantikan santan dengan susu segar.

 Biarkan sehingga nak minyak. Gaul sekali sekala untuk elakkan hangus.

Siap untuk dihidangkan. Yummy ;)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. hehehe... rendang ler menda paling senang nak masak... yang lecehnyer sebab nak potong halus2... haritu pernah mengelat p blender - terus spoilt rasanya...
    cekidout rending versi nhhas kt belog kite yer... hehehehe...
    btw, bg alamat... lain kali masak sedap2, meh ler jemput kiteorang juga. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la senang sebenarnya, tapi bahannya banyak. tapi kalau ikut orang tua-tua kena tumis satu satu kot... yang ni masukkan semua bahan pastu tinggal ;p

      first time dengar orang blend daging rendang, cam nak buat serunding je :p nanti BW usha nhhas nyer rendang lak kay

      Delete
  2. alahai. ni nak cari rendang ni.. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... pasar malam ada kot, ke kat makcik jual nasi lemak :p kalau single mingle memang jimat beli aje :)

      Delete
  3. Aduhh... lamanya tak makan rendang... terliur lak tengok.. :)

    ReplyDelete
  4. nmpak rendang je, teringat raya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... kalau beli rendang kedai, rasa cam biasa je tapi kalau masak sendiri memang teringat raya ;)

      Delete
  5. teringin nya nak makan rendang bila tgk resepi ni... hehe...
    nak cuba gak nti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah, senang jer resepi ni ... blend semua sekali, campak semua sekali dalam kuali biarkan pekat dan sedikit kering :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...