Walaupun dah habis cuti, tapi rasa cam nak bercuti lagi. Bila belek-belek album, ternampak la gambar bermalam di Hotel Gold Coast Resort Morib, Banting. Lama dah pergi sana, tu yang terasa teringin nak pergi lagi. Hurm, bilalah nak kesana lagi kan?
View dari balkoni bilik kami. Rasa tak sabarnya nak mandi :)
|
Apa yang gempak sangat sebenarnya sampai teringin nak pergi lagi? BW teringin nak pergi lagi sebab hotel ni ada jacuzzi dalam bilik mandi. Lagi satu, hotel ni betul-betul tepi pantai. Ada mini waterpark juga tau, tu yang teringin nak kesana lagi tu. Walaupun sebenarnya tak banyak tempat menarik pun di Pantai Morib ni, boleh Klik Sini ;)
Konon-konon romantik la ambil gambar macam ni. Padahal malap ;) |
Anak-anak pun nak posing gak ;) |
Yeay Jacuzzi. Setiap kali mandi mesti on jacuzzi ni. Almaklumlah, kat rumah tak ade ;) |
Ni kat pantai, betul-betul kat hotel. Ni bar kot, dilarang masuk kalau duduk-duduk saja yer. |
Anak-anak sakan main kat waterpark. Kami masuk dua kali tau, sakan tak? :p |
View waktu malam. Kami dapat bilik menghadap waterpark.
|
Kepada yang duduk Kuala Lumpur dan Selangor, budget pun tak besar, boleh la bercuti di Gold Coast Morib. Book online memang boleh dapat harga murah dibawah RM200 semalam pada hujung minggu, tapi kena pandai pilih tarikh lah, bukan peak hour.
Harga yang dikenakan termasuk tiket waterpark untuk dua dewasa dan sarapan pagi untuk dua dewasa. So, kami just bayar tiket waterpark untuk si kakak sahaja, si adik masih kecil, free sahaja. Kami mandi dua kali tau, petang selepas check in dan pagi sebelum check out.
Untuk sarapan pagi pula, si kakak pun tidak dikenakan bayaran sebab ketinggian tidak melepasi ukuran yang disediakan. Breakfast kat sini memang best lah bagi BW. Ada macam-macam menu. Ada makanan melayu dan juga menu western yang simple. Menu tu tak lah segah hotel mewah, tapi kalau nak compare dengan harga yang kita bayar, sangatlah berbaloi :)
Klik sini untuk lihat harga bilik terkini hotel Gold Coast Morib.

Thanks For Viewing! By : BW (Buat Wanita)
Memang nampak seronok... dah bookmark dah... insyaallah nak pegi juga nanti...! :D
ReplyDeletememang seronok especially anak-anak ... ;)
Deleteerm yeay... kiteorang lah yang merasmikan hotel ne masa dia baru2 bukak dulu... hehehehe...
ReplyDeletecool... sekarang mesti lagi best... dah stabil...
wah.. cepat je nhhas yer :P time BW pergi tu ramai sesangat, check in hari sabtu, time breakfast ahad pagi tu kena tunggu tempat duduk ... skang lagi padat agaknya
DeleteAssalamualaikum .. bestnya. teringin nak pergi. Dekat dah ni. hehehe
ReplyDeleteWassalam ... memang seronok.. dah dekat tu mesti pergi, tayah susah-susah bayar tol bagai :p
Deleteitulah, sedang pregnant camni susah pula nak masuk air. suami takut kita tergelincir T___T hari2 tengok groupon/mydeals. banyak harga murah2.. heeee
DeleteInsyaAllah kalau berhati-hati tak tergelincir. BW dulu time pregnen anak 2nd pergi waterpark shah alam, ok je, tapi terasa rugi bayar tiket, sebab satu pun takleh main .. ;)
DeleteSaya orang Banting, tapi sampai sekarang tak pernah lagi jejak kaki dekat Gold Coast Morib ni. Selalu lalu depan Gold Coast Morib je
ReplyDeletebiasa la kan... kalau dah dekat memang tak teringin... kalau jauh teringin aje nak pergi :)
Delete