Friday, March 7

Geramnya Dengan Promosi Aeon Big. Sekali Bayar Harga Double. Promosi Sangat.

Selamat Tengahari ...

Hari ni just entri membebel nak lepaskan geram semalam :p Semalam kami pergi Aeon Big kat Alamanda, Putrajaya.

Pendekkan cerita, time nak beli cheese, ternampakla promosi Keju Lactima ni. Harga Promosi RM4.50. Promosi sampai 27/3/2014. Harga tu dia tampal besar guna kertas A4. Time tu ada dua pack je lagi. Tup tup bila bayar ....

Lebih kurang macam ni la cheese yang BW ambil, cuma bukan low fat, just High Calcium.


RM9.20. Hampeh betul Aeon ni, double dari harga promosi. Promosi la sangat. Yang paling hampeh, lagi mahal dari hypermarket yang lain, lagi mahal dari Chesdale dan Kraft Single. Memang rasa geram sangat sebab terkena. BW yang ambil, tapi husband yang bayar. Dalam kereta, barulah BW perasan dah terkena, tapi hubby kata dia nak cepat ada kerja.

So tak boleh la nak complain kat Aeon Customer Services. Just complain kat blog je, boleh membebel je la kan :( Patutlah ramai bebenor kat customer services tu, mesti banyak lagi promosi yang hampeh macam cheese ni. Huh.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


4 comments:

  1. sabor je la.. dah terkena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... nasib baik dari RM4.50 jadi RM9.20 ... kalau dari RM45 jadi RM92, confirm datang lagi bila kerja dah settle, haha

      Delete
    2. semalam pun saya terkena jugak, tapi dekat tesco. beli pisang, kalau ikut harga tu sekilo rm3.99, saya pun angkat la satu sikat. masa nk timbang, akak tu kata, pisang yg saya ambik tu pisang berangan, harga dia lain, mahal sikit.
      dalam hati menyumpah je. habis tu, kenapa diorang letak sekali dengan pisang yg lain... dah la saya ni tak kenal sangat jenis2 pisang ni.

      Delete
    3. erm biasa la diorang ni, nasib baik cek dulu sebelum bayar ...

      pastu hypermarket ni suka betul 'up'kan harga, konon-konon bagi promosi la ... padahal harga promosi sama je dengan harga tak promosi kat pasaraya kecil-kecil tu

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...