Sunday, March 16

Hotel Best Cherating Pahang Villa The Legend Resort

Salam ...

Ni entri memories. Khas untuk semua yang tengah survey hotel best area Cherating, Pahang. Jom usha The Legend Resort Cherating. Time ni kami dok kat villa. Cam gempak je kan tulis villa, nama jer villa, tapi bilik juga la. Cuma luasnya double dari bilik hotel biasa. BW dok villa bukan sebab terlebih duit dalam poket, tapi sebab BW guna my brother nya membership card, complement stay 3D2N wink ;)

Area lobby The Legend Resort Cherating


Ni dalam bilik. Ada dua katil single. Katil single tu kami cantumkan :)
Bila nak tidur, satu dari selimut tu berbau hancing. Kantoi tak tukar even though customer baru nak check-in.

 Bahagian menonton TV, ada sofa 3 seater. Walaupun dah letak sofa, ruang still luas sangat.

 Pemandangan villa dari pantai. Bilik kami tingkat atas yg terlindung dek pokok tak berdaun tu.

 Pemandangan di waktu senja dari balkoni. Feeling habis la kalau honeymoon ;)

Pemandangan di waktu pagi pula. Yeay tak sabarnya nak main kat pantai :)

Harga bilik kat Hotel Legend Resort Cherating ni agak mahal la. Hotel 4 Star katanya. Pada yang nak tau harga lebih details, Klik Sini.

4 Star ke tidak? Dari segi bilik, sebab kami dapat bilik Villa, saiznya 4 star la. Semua facilities ada. Ada TV, fridge, towel, toiletries dan set bancuh kopi teh semua tu. Ada delivery newspaper setiap pagi dan dalam toilet pun ada bath up, ada hair dryer, ok la bagi 4 star. Tapi dari segi kebersihan, 2 star je kot, dah la dapat selimut hancing. Sepanjang 3D2N, sekali pun tak ada cleaner datang cuci, selimut hancing kami letak dalam almari, terbiar je la dalam almari sampai kami check-out. Still ada habuk la kalau kita kuis jari kat celah rak ke TV ke, sepatutnya hotel 4 star tahap kebersihan perlu up la kan.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

  1. bercuti sakan nampak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni lamanya, entri memori.. skang ngandung jalan pun dekat-dekat je, tak de tenaga nak jalan jejauh :)

      Delete
    2. owh.. eh, baru tahu BW mengandung.. semoga segala urusan dipermudahkanNya.. :)

      Delete
    3. amin... macam-macam cerita pasal org bersalin, walaupun nak bersalin kali ke-4, still rasa takut :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...