Monday, March 17

Donut Mana Best? Big Apple Ke Donut J.Co Atau Dunkin' Donuts?

Selamat Tengah Hari ...

Entri lapar hari ni. Hehe. Bila lapar macam-macam teringin nak makan kan. Tetiba teringat donut. Kat Malaysia now, antara donut yang famous Dunkin Donuts, Big Apple & J.Co. Banyak lagi donut yang lain, cuma yang tiga ni ada di kebanyakan shopping complex.

Sedapnya makan donut selepas lunch ;)

First time suka donut bila makan Dunkin' Donuts. Time tu still tenagers la. Hampir kesemua jenis donut kat Dunkin' Donut dah cuba. Paling suka yang jenis bulat, dalam ada cream, luar salut coklat. Suka sangat la time tu, tapi bila dah dewasa ni, tak leh dah nak makan, manis sangat kot yang tu :p
Dunkin' Donuts

Bila dah ada kewujudan Big Apple Donuts, time ni lupa dah kat Dunkin Donut tu. Dok beli Big Apple je kalau teringin makan donut. Tapi kalau beli pun kotak kecil yang 2 pcs, sebab hubby tak suka pun. Takyah beli banyak kalau nak makan sendiri je, nanti gemuk melampau lak :p

Big Apple Donuts

Sejak setahun lebih ni, bila BW cuba J.Co Donuts, tertarik pula. Donut J.Co kurang manis berbanding Dunkin dan Big Apple. Even yang jenis bulat ada cream tu, cream bahagian dalam tu pun kurang manis. Ni la yang sesuai untuk BW yang dah masuk alam dewasa ni kan ;)

Donut dari J.Co

Now, my dotter dua orang ni pun suka makan donut. Donut yang cantik ke donut kosong kat pasar malam ke semua diorang suka. Donut beli kat Jusco nyer bakery pun ok je. Tapi kalau dapat Dunkin' Donut, mesti cakap "erm, sedapnya donut ni" Yo la, sebab Dunkin' Donut kan manis, memang la kanak-kanak suka sangat :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


9 comments:

  1. sy suka j.co sebb tak terlalu manis. yang laen tu manis sgt, xleh telan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... sama la, skang ni suka J.Co juga ... tapi time teenager suka Dunkin :)

      Delete
  2. cuma pernah try j.co donut tu je.. yg blain belum pernah try lagi.. tu pun sbb kawan belanja.. kalau x, rasanya mmg x de la beli kat kedai tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... memang la hang org utara.. kerja makan kat mamak je, sama aja dgn husband BW, dia kata ... "kalau dia tak kuasa nak beli makanan camni, tak kenyang, baik pergi mamak" :p

      Delete
    2. HAHAHAHAHAHA.. bab tak kenyang tu saya setuju 100%..!!! baik pi mamak ja.. harga donut sebijik tu, dah lepas buat beli nasi kandaq lauk teloq kuah campoq taruk ataih kasi banjeer.. kenyang pun dapat.. hahahaha

      Delete
  3. salam...suka big apple...
    heheheh...
    ngan donut kat kantin opis... dah lah murah 50 sen jer... besau dan lembut gebu gittew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. betul sebiji big apple = 5 biji donut msia yer :)

      Delete
  4. Actually JCo dengan Big Apple dulu kawan. pastu split sebab salah paham tu yang bentuk perisa lebih kurang jer.
    Lebih suka Big apple sebab service sangat sangat lebih baik dari JCo yang agak sombong heheh
    Dunkin Donut sedap gak ni makan kena pekena kopi O baru kaw hehe


    3 kisah semua wanita wajib baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ic ... baru tahu cerita disebalik jco dgn bigapple tu. patutlah sama aje sedapnya :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...