Thursday, March 20

Tempat Menarik di Brunei : Masjid & Istana Darussalam

Salam Semua ...

Entri terakhir sambungan "Melancong ke Brunei Bersama Keluarga" Walaupun ada yang dah bosan, post juga entri ni untuk kenangan di hari tua kami, juga untuk mereka-mereka yang tengah survey pasal Brunei :)

Masjid Brunei Darussalam kubahnya disalut cat emas. Bak kata pemandu pelancong yang bawa kami ni, emas original. Masjid Brunei ni memang terselah kemewahannya, dari segi tile nya pun memang nampak mahal la. Walaupun saiz nya tak sebesar Masjid Kuala Lumpur, tapi kita akan terpengun dengan kemewahan senibinanya, siling pun nampak mewah tau :) Tapi time kami datang tak dibenarkan ambil gambar bahagian dalam. So tak banyak la gambar untuk dikongsi. Korang kena datang sini lah untuk melihat keindahan, kemewahan dan kecantikan masjid Brunei ;)

Pemandangan dari luar :)

Siling kat bahagian luar pun nampak mewah. Tangga ala-ala Bollywood gitu. Yang tengah bertutup tu escalator khas untuk Sultan Bolkiah.

 Ni tangga utama, tile kat tangga ni pun dah cantik sangat. Nampak tak yang warna warni tengah tu? Tu kubah bahagian dalam, cantik sangat.

Agaknya berapa la kos bina masjid ni yer? Kalau convert duit Malaysia boleh buat berapa biji agaknya masjid kat Malaysia ni? ;) Ok la, stop cerita pasal masjid, kita cerita pasal Istana pula.

Actually tak boleh masuk pun Istana Brunei ni sama je macam Istana Malaysia. Cuma pemandu pelancong bawa kami ronda pusing satu Istana, kat bahagian luar la :p Katanya, kalau Hari Raya rakyat Brunei semua dijemput datang ke Istana. Mesti Istana ni lebih cantik lagi kan? Untunglah siapa yang pernah masuk :)

Kebetulan time kami berehat di seberang jalan depan pintu utama istana, Sultan Bolkiah keluar. Betul-betul time kereta belok dekat dengan kami Sultan Bolkiah melambai kat kami. Kitorang semua pun lambailah. BW yang terkejut ni, tanya la kat pemandu pelancong tu, 'memang Sultan Bolkiah suka lambai rakyat ke?' Tetiba mak jawab 'aku yang lambai dulu' Hahaha, patutlah. Sempoikan Sultan Brunei ni, orang tua tepi jalan melambai kat dia, dia balas lambaian tu :)

 Pintu utama Istana, kebetulan time kami lepak depan ni, ada kerabat yang keluar.

Rupanya Sultan Bolkiah. Time kereta hampir dengan kami ni la dia balas lambaian mak :)

Entri Berkaitan;

1. Melancong Ke Brunei Bersama Keluarga
2. Muzium Bandar Seri Begawan
3. Brunei Hotel, Bandar Seri Begawan
4. Ronda-Ronda Di Rumah Air
5. Tamu Kianggeh Brunei

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. cantiknya masjid istana di brunei ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dan nampak mewah ... masjid Malaysia pun cantik-cantik juga tapi tak nampak mewah :)

      Delete
  2. Kubahnya dicat warna emas atau memang diperbuat dari emas? dengarnya memang emas... ermm kaya sungguhla brunei nie yer... syukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe .. kalau tak silap rasa macam dengar pemandu pelancong tu cakap disalut emas, tatau la kalau tersilp dengar :)

      Delete
  3. hehehee....kalau cun jangan duduk dekat... nnt sultan berkenan - susah nanti... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... kalau Sultan Brunei yang berkenan, nak sangat la kan ... tapi tak cun.. wahaha :)

      Delete
  4. dengar cerita koleksi kereta sultan brunei lagi gempak. teringin nk tengok.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ke? aiseh time dia keluar istana tu guna kereta antik la.. tak dapat juga la nak tengok :)

      Delete
    2. sbb pernah terbaca.. banyak kereta2 yg 'rare' yg sultan brunei ada.. garaj kereta dia saja dah luas giler...

      Delete
    3. oo baru tau ... kaya la katakan :)

      Delete
  5. sejak dahulu lagi teringin nak pergi ke brunei. entah bila boleh pergi

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...