Monday, March 10

Tempat Menarik di Brunei: Tamu Kianggeh, Bandar Seri Begawan

Salam Isnin ....

Tamu maknanya pasar bagi masyarakat Brunei. Pasar kat Brunei ni walapun jual bahan-bahan dapur tapi bersih sangat. Tak sama dengan Pasar Siti Khadijah, kurang terjaga kebersihannya, pernah terserempak dengan family mat salleh ni, diorang masuk pun tak sampai 5 minit dah keluar. Lagikan pula Pasar Chowkit, punya la kotor, bukan mat salleh je tanak masuk, BW pun geli nak masuk :p

Ni entri sambungan Melancong ke Brunei Bersama Keluarga.

Pemandangan tamu kianggeh dari seberang sungai.



 Signboard Tamu Kianggeh.

 Lantai yang bersih, tak ada sampah dan cecair yang tumpah.

 Ikan masin Brunei macam dibakar.

 Ada berani? Usus lembu yang disumbat dan dikeringkan :p

 Udang kering yang dijual kebanyakan saiz besar, kat Malaysia udang kering kecil je.

Kuih muih Brunei, lupa nak snap nasi lemak bagai :p

Ada juga bahagian yang jual makanan. Kami just beli beberapa pack kuih muih yang lain dari Malaysia. Satu pack BND2.00, mak je yang suka sangat makan kuih tradisional, kami just rasa-rasa je. Terasa macam mahal bila membayarnya, ye la kuih yang beharga RM2 kat Malaysia, beli di Brunei RM5 :p

Entri Berkaitan;

1. Melancong Ke Brunei Bersama Keluarga
2. Muzium Bandar Seri Begawan
3. Masjid & Istana Darussalam
4. Ronda-Ronda Di Rumah Air
5. Brunei Hotel, Bandar Seri Begawan

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

5 comments:

  1. Salam...
    Mac last year pon kita g Brunei... boleh ler read Borneo trip kita kalau free.. hehehe...
    tapi tak sempat abes pun pusing brunei - paling sedih, 3 4 kali pusing, tak jumpa juga istana nurul iman tu... huhuhuhu... kempunan... tah bila lah lagi nak dapat pergi brunei tu...
    pastu dia nyer barang letrik, murah2... hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, ok nanti BW usha entry nhhas pula yer ... kami pun guna pemandu pelancong, kalau sendiri drive tak jumpa juga kot :p

      sempat lagi eh shopping barang letrik. kami just beli souvenir je, sebab lepas tu kami ke labuan, tak boleh la nak shopping bagai, semak beg je :)

      Delete
  2. baru je tahun lepas pi pasar siti khadijah. ha ah, nk lalu at bahagian bawah tu pun malas. kotor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ... lalu bahagian atas je, tu pun tak berapa nak selesa. tapi still ok la berbanding pasar chow kit, tengok dari luar pun geli nak masuk :p

      cuma yg tak ok, pasar siti khadijah ni tak patut masuk dalam buku pelancongan negeri tu, pelancong datang mesti geli nyer especially yang dari negara-negara bersih ni, macam eropah, jepun. (jangan marah eh org kelantan, ni just personal opinion shj) :)

      Delete
    2. betol2.. saya setuju.. nothing personal, cma kalau nk komersialkan, pastikan dulu kebersihat terjaga.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...