Thursday, March 20

Salah Satu Sebab Kenapa Mereka Nak Guna Perkataan ALLAH

Selamat Petang ...

Nak cerita isu sensitif sikit hari ni. Bila kecoh pasal penganut Kristian tuntut nak guna perkataan ALLAH dalam Bible versi Malay diorang, kekadang tertanya-tanya, apesal diorang nak guna perkataan ALLAH? Translate aje la jadi Tuhan ...

Meh tengok perbincangan dibawah ni ... kalau nak tau full discussion, Klik Sini.



Rupanya, diorang confuse, diorang ingat perkataan ALLAH tu, perkataan Bahasa Malaysia :) So ni la salah satu sebabnya yer. BW just kata salah satu sebab je tau, bukan sebab utama. Sebab utama mereka nak guna perkataan ALLAH, hanya mereka-mereka sahaja yang tahu.

Kalau kat Sabah Sarawak, banyak sangat Bible yang dah translate Bahasa Indonesia, lepas tu guna perkataan ALLAH. Ada yang kata, Islam kat Malaysia tak konsisten, tidak benarkan penggunaan ALLAH dalam Bible kat Semenanjung tapi benarkan kat Sabah & Sarawak. Padahal yang kat Sabah, Sarawak tu translate Bahasa Indonesia nya.

Dulu pergi Kuching stay kat Tune Hotel. Dia ada letak Bible Bahasa Indonesia atas rak telefon. Memang Bible Bahasa Indonesia tu guna perkataan ALLAH. Tapi tu Indonesia yang benarkan, bukan Malaysia.

Susah juga yer kalau tak boleh kenal pasti mana Bahasa Arab, mana Bahasa Malaysia dan mana Bahasa Indonesia.

P/S: Ini isu sensitif, Comment Not Allowed. Peace! Apa pun kita Satu Malaysia :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...