Pages

Saturday, March 22

Resepi Scone Kismis Mudah Sukatan Cawan

Good Night All ...

Resepi scone kismis untuk dibuat dihujung minggu. Sedap dimakan dengan cream cheese and jem. Sedap juga dimakan begitu saja :) Rupa scone sebenar bukan macam ni yer, suppose kena lenyek dengan penguli pastu tekap dengan acuan bulat yang saiz sederhana. Tapi disebabkan acuan tu tade, uli bulat-bulat je, janji sodap :)

Scone kismis yang bulat cam pau mini lak :p


Bahan-Bahan;

- 2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 3 Sudu Besar Gula Kastor
- 1/5 Potong Butter Sejuk
- 1/2 Cawan Kismis Hitam
- 1 Cawan Susu Cair
- Sedikit Garam

Cara-Cara;

1. Potong kiub butter yg baru keluar dari fridge, ketepikan.
2. Campurkan semua bahan kering kecuali kismis, gaul sebati.
3. Kemudian masukkan kiub butter dan ramas sehingga sekata.
4. Masukkan susu dah uli sehingga jadi doh lembut.
5. Masukkan kismis dan uli lagi sehingga sekata.
6. Bulat-bulatkan / tekap dengan acuan bulat
7. Bakar pada suhu 180 selama 20 minit.

 Sebelum dibakar. Dapat la 18 biji scone bersaiz sederhana.

Selepas bakar. Loyang lagi satu dah setel sebelum snap gambar :)

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Doh Biskut Raya
2. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Kek Simple & Senang

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. Replies
    1. haha.. bukan la, tu roti resepi cina.. ni roti resepi omputih nyer, lain sangat rasanya :p

      Delete
    2. owh. dah kata lenyek, bentuk bulat ada kismis.. saya igt roti pong tu je.. heheh

      Delete
    3. Saya nk try buat..sedapp sgt scone ni lps makan di rumah adik saya tempoh ari. Buat nye pun senang dan sekejap je dah siap. Mcm buat cekodok jer.

      Delete
  2. tak perlu letak telur ke macam biskut yang lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu... tapi kalau nak letak telur pun boleh juga :)

      Delete
  3. Lamanya tak makan scone. Yg ni nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba ... sedap juga sama rasa macam kat aeon big je la, tak sama la rasa macam kat coffee cafe tu :)

      Delete
  4. Bakar apai atas bawah ke cane.maap brtanya br blajar nk guna oven😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul sis ... actually semua resepi guna oven, api atas bawah, kecuali dinyatakan dalam resepi :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)