Thursday, July 9

Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan

Salam ...

Hari ni nak share resepi asas doh biskut yang mudah sukatan cawan. Dengan resepi ni kita boleh buat pelbagai jenis biskut raya. Resepi ni BW create dari try and error :) Jom buat biskut raya sendiri ...
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan. Cara Mudah buat doh biskut raya sedap rangup best
Beginilah rupanya doh biskut yang siap diuli. Yang ni doh asas tanpa pewarna.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Menggunakan Butter / Marjerin / Buttercup
resepi asas biskut raya mudah
Asas: Untuk resepi asas menggunakan butter dan marjerin ni, disarankan menggunakan campuran tiga jenis tepung iaitu tepung naik sendiri, tepung gandum dan tepung jagung bagi mendapatkan biskut yang rangup. Cadangan 4-5 cawan campuran tepung termasuk oat / nestum / cornflakes, kuantiti tepung bergantung kepada cara kita memukul butter dan gula. Sekiranya butter dan gula dipukul kurang kembang, kuranglah tepungnya, kalau agak kembang, lebih la tepungnya.
resepi asas biskut raya mudah
Bahan-Bahan;
resepi asas biskut raya mudah
- 1 Buku Buttercup (250g)
- 1 1/4 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1 Cawan Tepung Kastard / Nestum / Oat / Conflakes
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
- 1 Biji Telur (Optional)
resepi asas biskut raya mudah
Cara-Cara;
resepi asas biskut raya mudah
1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot ;)
2. Masukkan telur, dan pukul lagi hingga kembang dan sebati (Skip step yang ni jika tidak masukkan telur).
3. Masukkan esen vanilla, semua tepung termasuk oat/ nestum / cornflakes dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dgn tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan yang disukai.
6. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.
resepi asas biskut raya mudah
Nota: Buttercup adalah sejenis marjerin yang ditambah butter. Kalau budget lebih, seelok-eloknya guna 100% butter. Nak guna marjerin sahaja pun boleh, cuma rasa biskut kurang sedap. Boleh juga buat campuran sendiri marjerin 200g dan butter 50g.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan. Cara Mudah buat doh biskut raya sedap rangup best
Doh biskut berbeza dengan doh roti, Klik Sini. Doh biskut agak peroi bila dipegang.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan. Cara Mudah buat biskut raya sedap rangup best. Biskut ais krim
Biskut Ais Krim Coklat, Klik Sini untuk resepi penuh.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan. Cara Mudah buat biskut raya sedap rangup best. biskut mentega kacang
Biskut Mentega Kacang, Klik Sini untuk resepi penuh.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan. Cara Mudah buat biskut raya sedap rangup best. biskut nestum
Biskut Nestum, Klik Sini untuk resepi penuh.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan. Cara Mudah buat biskut raya sedap rangup best. biskut sarang semut
Biskut Sarang Semut, Klik Sini untuk resepi penuh.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan. Cara Mudah buat biskut raya sedap rangup best. biskut coklat rice
Biskut Chocolate Rice, Klik Sini untuk resepi penuh.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan. Cara Mudah buat biskut raya sedap rangup best. biskut cornflakes
Biskut Cornflakes, Klik Sini untuk resepi penuh.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Menggunakan Minyak Jagung
resepi asas biskut raya mudah
Asas: Untuk resepi ni disarankan menggunakan minyak jagung, sedap dan sihat. Boleh juga nak guna minyak masak, tapi rasa biskut tu tak seberapa la. Minyak jagung dituang akhir sekali supaya tidak terlebih minyak. Pastikan uli menggunakan tangan suapaya kita boleh rasa doh dah jadi ke belum.
resepi asas biskut raya mudah
Bahan-Bahan;
resepi asas biskut raya mudah
- 2 Cawan Kacang Hancur / Oat / Nestum / Cornflakes Hancur
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 3/4 Cawan Gula Kastor
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- Minyak Jagung Secukupnya
resepi asas biskut raya mudah
Cara-Cara;
resepi asas biskut raya mudah
1. Masukkan tepung, baking powder, kacang / dll dan gula ke dalam bekas dan gaul sebati.
2. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh dan leperkan kemudian susun dalam loyang.
4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit.
resepi asas biskut raya mudah
Nota: Resepi ni agak simple. Ianya kurang sedap berbanding dengan resepi menggunakan butter dan marjerin di atas. Resepi guna minyak jagung ni sesuai untuk biskut kacang.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan. Cara Mudah buat biskut raya sedap rangup best. biskut kacang mazola
 Biskut Kacang Mazola, Klik Sini untuk resepi penuh.
resepi asas biskut raya mudah
Resepi Asas Biskut Raya Senang Sukatan Cawan. Cara Mudah buat biskut raya sedap rangup best. biskut oat daisy
 Biskut Oat Daisy, Klik Sini untuk resepi penuh.
resepi asas biskut raya mudah
Selamat Mencuba!
resepi asas biskut raya mudah
Entri Berkaitan;
resepi asas biskut raya mudah
1. Resepi Asas Kek Simple & Senang
2. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard
resepi asas biskut raya mudah
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
resepi asas biskut raya mudah

43 comments:

  1. wah dah byk buat biskut raya.
    ooo baru tahu asas2 dlm buat biskut sbb mmg tak pernah buat. masa kecik just tolong2 mak je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya banyak buat makan sendiri untuk anak-anak :) ... yang nak bawa balik bagi kakak-kakak dan abang-abang, sejenis aje, buat berbalang-balang ;)

      erm ... memang asas dia sama aje. ni pun resepi my resepi 10 tahun lepas setelah puas try and error :)

      Delete
  2. Replies
    1. hehe ... untuk yang baru belajar ni, so tak perlu try and error banyak kali :)

      Delete
  3. saya dah biasa buat biskut / kek pakai agak sendiri je sukatannya ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh hebat la ... buat biskut ni dah berabat lamanya, tapi setahun sekali aje, tu yang sukat sentiasa ;)

      Delete
    2. Hy blh sya belajar mcm mna nk buat biskut tnpa ikut sukatan yg d berikan,contoh nk buat biskut dlm 1 balang je

      Delete
    3. hai ... separuhkan adunan tu, dapatlah sebalang lebih sikit :)

      Delete
  4. Replies
    1. tak hebat mana ni ... sebab tu still sukat guna cawan, kalau hebat boleh agak-agak aje macam Qaseh Vee :)

      Delete
  5. tips dari BW yang ada pengalaman 10 tahun buat biscuit? daebak!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak daebak manalah ... sebab buat setahun sekali. bolehlah bagi tips untuk adik-adik yang baru belajar :)

      buat biskut yang senang-senang aje. yang susah macam tart nenas, almond london tu ... tak buat pun. so tak daebakk la :p

      Delete
  6. boleh buat meniaga ni BW kalau ada assistant. hehe
    banyak gunakan tepung dan yg penting biskut tak keras tp ranggup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. laku ke kalau jual ni?? semua pun biskut yang senang-senang aje :p ... biasa yang wanted biskut raya yang susah-susah macam tart nenas, almond london tu :)

      Delete
  7. Assalam akak, tumpang tanya kalau tukar guna planta boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... boleh sangat tukar dengan planta, buttercup pun marjerin juga sebenarnya, marjerin yang dicamput sedikit butter :)

      Delete
  8. Salam akak kalau guna tepung gandum dgn baking powder jer boleh ke? Bru nk try buat ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer kalau sekadar nak guna tepung gandum ditambah baking powder sahaja ... cuma bila kita campurkan pelbagai jenis tepung, biskut jadi lebih rangup :)

      Delete
  9. Assalamualaikum,kak nak resepi kuih makmur yg guna tepung susu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... alamak nurazira, saya orang selatan ... tak pernah lagi buat biskut makmur, makan pernah lah ;)

      Delete
  10. Sy suka sgt2 blog ni. Penuh dgn tips menarik. Semakin bertambah minat nk baking kek. Anyway, thanks BW.

    ReplyDelete
  11. Saya cari resepi utk biskut dam sukatan cawan.mntk bnatuan plizz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk... bantuan apa tu? resepi kat atas tu kan dalam sukatan cawan :p

      Delete
  12. Kalau cokelat chip boleh x guna self rising flour?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, bila dah guna self raising flour jangan tambah baking powder dah tau ... tapi kuantiti kena pandai adjust, tak boleh terlalu banyak, nanti terlampau cookies kembang :)

      Delete
  13. Baru nak pelajar buat visit sendiri..selalu beli he..terima kasih tips!!

    ReplyDelete
  14. Wahhhh.... NK tryy... Xpenah lagi buat... Hahahahah

    ReplyDelete
  15. Nk tau sukatan cawan guna cawan apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cawan minum teh tu ... make sure semua sukat guna cawan yang sama :)

      Delete
  16. wahhhhh...hebat tu, nak try lah utk raya ni..

    ReplyDelete
  17. Sis.. Kalo tak guna tepung naik sendiri tu boleh ke?

    ReplyDelete
  18. Terima kasih sis...semua biskut yang I buat hebat...I suka blog INI..

    ReplyDelete
  19. Guna this resepi this best but it is very old but old its gold

    ReplyDelete
  20. Menarik cerita biskut dalam ini. Rumah saya tiada oven. Yang ada mikro, air fryer, toaster dan magic fryer. X boleh bake biskut atau kek.

    ReplyDelete
  21. Umur atok dah 66 tahun. Masa kecil selalu tolong mak, akak dan aunti buat pelbagai kuih tradisional, roti, kek dan biskut. Masa kecil mana kisah fasal adunan dan sukatan atau suhu oven. Kini dah pencen ada duit lebih sedikit atok bermodal sedikit dan belajar semula. Dengan adanya internet, atok lebih faham dan bila buat sesuatu kek atau biskut, semuanya menjadi. Bake roti pun elok aje. Tambah semangat bila Tok Chah sama2 buat. Anak cucu pun suka masakan air tangan Tok Wan. Kredit kepada Cikgu Internet pengurus blog. Drpd. Cg. Wan 0167082442 JB

    ReplyDelete
  22. Terima kasih...share ilmu ni ya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...